Lilypie Pregnancy tickers

November 4, 2012

Amanah..


Alhamdulillah...
Selamat melahirkan seorang baby girl.

D.O.B: 1/11/12
P.O.B: Hosp Raja Permaisuri Bainun
Berat: 2.9kg.
Normal delivery...

Amanah Allah buat kami suami isteri.
Akan kami jaga amanah ini.
Dia nyawa kami sekarang...


October 30, 2012

Still standing...


Ahkak tak beranak lagi ye deq non...
Still standing ni haa..

Tapi dah kat ipoh. Tunggu masa je.
Hubs dah balik KL ahad lepas sbb kena keje la.
Aku dah start cuti smpai next year January.
Sekali harung dengan clear annual leaves.

Update terkini?
Almost 40 weeks.
Badan dah berat gila aku rasa.
Nak bergerak pun tersangat la susah.
If duduk atas sofa, nak bangun pun kena ada orang tolong tarikkan.
If dulu, hubs la jadi mangsa kena tarik2 aku bangun.
Tp since sekarang dah kat kampung ipoh, adik la mangsa aku.
Nasib kau la dik Along kau dah berat sangat ni.

Perut memang senak je rasa sebab mcm full gila ha.
Kadang tu duduk pun x selesa, baring pun susah.

Takpe, demi mu Anak.


October 4, 2012

36 weeks esok....


esok genap aku 36 weeks...
dah boleh kira full term ke belom ni eh?
tapi if tak cukup full term lagi pun risau2 jugak kot2 terberanak awal..
dah la first time kan, memang nervous nye Tuhan saje yang tau.
At the same time, tak sabar nak jumpe baby...

preparation semua Alhamdulillah dah cukup kot.
just nak tunggu tilam kekabu and breast pump set sampai je.
beli online je sekarang, klik klik bayar bayar, tunggu abang posmen je.
insyaAllah semua tu dapat next week kot.

u know what, barang baby tak habes basuh lagi...
aritu basuh baju2 je, last weekend was fully occupied, so takde masa nak basuh2.
tapi takde la banyak pun yang tinggal.
lampin, receiving blanket, tuala, and barut je belum basuh.
harap2 sempat la... malam ni or malam esok.
tu pun hubs yang basuhkan... aku tolong sidai je.
nak harap aku dok mencangkung dalam bilik air harap maaf la yer....
nak dok mencangkung kencing pun mak dah tak koser, ni kan pulak membasuh. :|

semoga semuanya dipermudahkan la. Amin...
ade mane2 mommies yang dah nak bersalin jugak ke?




September 25, 2012

sakit tekak vs heartburn



Sekarang ni aku kerap rasa sakit tekak.
Die bukan macam sakit tekak batuk ke apa, tapi rasa mcm melecur tu.
Bahasa nak propa je ‘melecur’ kan… tapi itu la hakikat yang aku rasa.
Heartburn takde plak rasa. Kat tekak ni je…
Dulu ade la jugak rasa heartburn tu, tapi sekarang memang totally takde.
Sakit tekak je. T______T

Padahal bukan tak minum air masak. Sehari kat ofis je 2liter aku telan.
Satu tumbler penuh before lunch, tu pun kadang2 pukul 11 dah pegi topup lagi.
Satu tumbler penuh jugak after lunch.
Kat rumah tu anggaran je la 1 liter jugak sbb aku siap letak air lagi tepi katil.
Malam2 bangun kencing pun aku minum lagi.

3liter sehari tak cukup ke untuk pregnant mommy???
Musykil aku kalo tak cukup. Abes berapa liter yang cukup???
Yang takat 3 liter sehari ni pun aku rasa pundi kencing ni macam nak pecah.
Jalan terkepit2 geli2 je rasa kat pundi kencing aku. Ni kan pulak nak suruh topup minum lagi.

Eh betul ke orang cakap kalo asek rasa geli2 je kat dalam perut or ari-ari tu, maksudnya anak rambut lebat.
Sebab rambut dia tu la yang buat geli. Betol ke??? Fakta ke auta ni???




September 24, 2012

Current Situation



morning morning....
lama tak menulis... bukan sebab apa pun, sebab penyakit M dah kembali.
plus badan memboyot ni cepat sangat penat nya...
tu pasal takde masa nak mengadap PC tulis2 bagai ni...
bloghop pun dari tab sajo... malas nak duduk kat PC. online kat tab senang kan, baring atas katil je.

entry ni ngam2 sebulan dari entry bulan lepas. ngeh ngeh ngeh....
sekarang ni aku dah 34 week nak masuk 35 weeks dah....
adalah sangat nervous ok... sebabnya, sepupu hubs yang due date 14/10/2012 dah bersalin last 2 weeks.
tapi dia bukan first baby la... but stilllll, awal kot...

skrg ni bila perut aku sikit2 sakit ke, apa ke, aku dah mcm cuak terlebih...
siap tengok jam bagai. tapi takde sakit ape lak lepas tu... hehehe... saje nak propa je..


barang baby ada yang tak abes beli lagi... baju lampin napkin selimut sume dah siap la...
yang macam barang2 mandi, feeding accessories, travelling items, and baby grooming je ada yg tak settle lagi..
dis weekend la ingat nak setelkan sume. barang2 aku nak pantang pun ada yang tak beli lagi.
buatnye terberanak awal tak pasal je...

baju2 pun dah siap basuh cuci sume. tak packing je lagi...
beg baby pun xde nak packing camno kan???? hehe ok weekend ni pegi beli.



kaki sekang memang macam kaki gajah dah aku rasa.
aku ni naik kat bahagian bontot kebawah. pls dont imagine macamana besar cik von and paha aku.
betis apatah lagi. tengok je la gambar kat atas ni.
hubs tengah urut kaki si isteri. besar pahala suami InsyaAllah...
nak dok bersila pun susah, apatah lagi aku nk urut kaki sendiri, potong kuku bagai kan...




ok la till then.
bila ada masa and ada mood lagi aku tulis lagi...
;)







August 23, 2012

Khamis - Isnin


Khamis pegi.

Isnin baru balik.

Vacay mood!



August 16, 2012

Bebelan di petang Khamis...


Hye uolss. Dah start cuti ke? iolss xcuti pun this week.
Sampai Jumaat kena kerja. Sebabnya raya tahun ni di rumah mertua.
So KL sajo. Tu yg x amek cuti awal tu. Plussss, AL pun dah tinggal sikit je.

Mood raya dah berkobar2 ni. Rasa macam nak mc je esok. Hahaha...
Nak dok rumah, hias2 rumah, kemas apa yang patut kan.
Cermin yang beli dekat ikea aritu pun xtampal lagi kat dinding.
Malam ni kot buat. Tu pun kena pegi beli double sided tape yang agak kuat sikit.

Macamana korang punya raya preparation?
Aku biasa2 saja. Bersederhana. Tak banyak benda baru pun.
Tapi meriah part kuih raya je. Nak tau kenapaaa?
Meh nak cite...

Gini kisahnya. Aku n hubs dua2 order biskut raya tak bagitahu each other.
Bagus kan?
End up aku bawak balik 5 jenis, hubs bawak balik 6 jenis.
Nasib baik la campur2 bukan semuanya biskut. Ada kerepek, kuih siput and kacang ape tah.
Ok la bole tahan lama. Ni pun nak lantingkan 2 3 jenis kat umah MIL or umah mak aku je.
Tak terhabis kang if letak kat umah aku.

Tadi MIL ada called. Tanya aku reti balut ketupat palas tak. Sbb ada orang order dekat200pcs ngan dia.
Mane la acik tahuuu... :-/ (ketupat MALAS aku tau la)
Sembang2 pok pek pok pek trus dia cakap aku tak payah masak apa nanti raya.
Means rendang semua dia buatkan. Untuk bawak balik umah kitorang pun dia buatkan.
Aku cakap la, tunggu la kitorang balik sana dulu, boleh aku tolong kan, tapi tau ape yang aku dapat?
"tak payah la, mira bukannye larat pun"

Ya right. Aku dok masak sikit pun dah tercungap2.
Baik kan MIL saya? Teeeheeeeeee (senyum leborrr sampai ke telinga)



Salam Aidilfitri

Jika ada perkataan saya disini yang menyakitkan hati.

Bila ada tulisan-tulisan saya yang tak sedap dibaca.

Bila ada kelakuan saya seperti lupa usia dan menyakitkan mata.

Jika ada kata membakar lara menusuk hati.

MAAF ZAHIR & BATIN KU POHON.


August 14, 2012

Sad...


Sedih.

Interview kastam gagal.

Been thru thick n thin nak menempuh semua 3stage tu.
Tapi gagal jugak.
Really frustrated. Xde rezeki mungkin.

DIA tahu mana yang terbaik untuk aku.

"mungkin kita ada tertinggal sesuatu kot" ayat hubs sambil pujuk bila aku menangis teresak2....

Ye. Tak ada rezeki. Redha.

August 13, 2012

Finally update!!!

Been busy lately... So sorry! Tu pasal xde update hape pun.
Memang lepas berbuka je dah x larat nak duduk mengadap pc buat entry bagai.
Nak bloghopping pun dari tab je, tu pun atas katil lepas tu tetido.

Dengan nak buat preparation raya nye lagi. Haishhh...
Kemas rumah xpenah habis. Padahal duduk 2 orang je...
Tapi dengan meja computer printer sume kat hall ape cite.
Harus la raya2 ni sorok bawak masuk dalam bilik...

Last saturday pegi ikea. Itu pun pegi awal. Pukul 11 dah smpai sana and nasib baik sbb x ramai orang sangat.
By the time kitorang keluar je around 2.30 cmtu, pergghhhh sesak kereta saje nak masuk parking tak hengat ok. Ramai kot!

Then ahad memang kemas rumah sesajo. Tu pun halfway done baru.
Maklum la saya beraya di KL tahun ni. Semangat nak hias rumah kena lebih sikit.
And xbalik kampung kot this year raya. Sbb raya ke-5 je nak pegi vacation pulak... Teeeheeee... Suka suka!

Tengok gambar semalam pegi berbuka kat Bangi Golf Resort. As expected, memang sedap melampau makanan dia. Ni second time aku datang sini for Ramadhan buffet.

Ok till then!





Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

August 7, 2012

Recommended!



totally recommended!
Bangi Golf Resort.
worth untuk sape yang nak harga buffet yang agak murah.
makanan banyak terutamanya dessertttttt!!!! teringat2 creme brule die.
last week dah pegi dengan one customer ni. tp sorry malu nak amek2 gambar.
this weekend insy pegi lagi dengan kawan2 hubs.




August 6, 2012

Ketam ketam ketam...


ni menu hari ke berapa ntah... rasanya isnin or rabu lepas kot.
lama gila baru nak upload kat sini kann... belog lain berkejar2 nak upload entry buka puasa.

hubs ada beli ketam. kecik kecik je saiznye. ada dalam 13 ekor semua.
hari tu aku masak 7 ekor je. untuk kami berdua. sounds banyak kan???
tapi xheran la sebab laki aku memang hantu seafood.
dia boleh habiskan, dont worry. aku makan sekor setengah je kot berbuka tu. 
and time sahur makan lagi sekor. bayangkan the rest hubs yang habiskan.


resepi adalah di gugel. main campak2 je sebenarnya... 
cili blend, sos cili, sos tomato, paste tomyam and telur untuk kuah dia.
rasanya nama resepi ni sweet and sour kot... tapi boleh tahan sedap jugak tu. :))

pengat durian and agar2 tu adalah belas ihsan maksue aku... teeheee.... 
dah tak payah susah2 g beli dessert lagi dah. 
sediakan roti je makan ngan pengat durian yg super duper sedap itu.

menu hari itu:
- ketam sweet and sour
- ayam goreng (instant)
- sayur campur
- agar2 santan pandan
- pengat durian
- air jagung + air teh o panas

dah jadi kebiasaan aku kena ada air panas time berbuka sebenarnya.
kalo hentam aisssss je, mau lepas tu perut meragam semacam.

sekarang ni banyak main dish aku akan masak kat rumah.
beli kat bazaar pun yang side side dish je...
if tak sempat sangat baru la kitorang makan bungkus sume. tu pun kalo tak sempat sangat la...

pejam celik pejam celik dah masuk 17 hari kita berpuasa kan...
sekejap je dah nak raya... first time raya ni salam cium tangan suami mintak ampun. 
huwaaaaa! meraung tak agaknya aku nanti???



Flannel!!!


dah beli flannel untuk my baby!!!


tengok colour pun korang dah dapat teka gender baby kan???

ni beli last week kat Jakel KL. pegi tempat sesak tu semata2 nak pegi jakel je.
ni rm5.80 semeter. tengok kat nagoya rm5.50 tapi choice tak banyak. 
tu pun pegi nagoya kat kajang je.

then after jakel trus balik cepat2 sebab nak trus balik ipoh.
bawak sekali flannel ni balik ipoh sebab nak suroh mama jahit tepi.
then siap! dah boleh buat receiving blanket.

fyi, ni barang untuk baby pertama aku beli.




August 5, 2012

I'm sorry by DLCW



no need to say sorry Dato'.
u r still the winner.
Juara di hati kami rakyat Malaysia.
u had tried your best....



August 2, 2012

Iftar @ Vistana


Selasa lepas ada buka puasa dengan satu department semua.
kat Vistana Hotel KL. nak menyampai ke sana adalah hazab kot dari Jalan Loke Yew tu.
jammed gilaaaaa... naik kematu bontot dok dalam kereta tu.

boss belanja la. buffet. so nafsu adalah macam dah keluar tanduk sikit.
Astagfirullahalazim.

semua sekali 10 orang. 2 table. ni je yang sempat di snap. tu pun sebelum azan.
bila dah azan paham2 la ye macamana keadaan semua orang. nom nom nom....


overall makanan adalah ok. means ok saja. aku bagi 7/10 stars la. 
ada yang tak kena dengan tekak aku. plus seafood aku tak nampak pun.
ikan ada la. udang sotong oyster ke??? nan hado.

rate: RM 50.00 nett per person. kira murah la tu. sebab murah la takde seafood kot.
redha sahaja la.
orang belanja takleh complain lebih2. teeeheeeeee....

lepas tu macam tersentap sikit hati naluri seorang isteri.
sebab hubs buke sorang kat rumah. aku buke sorang takpe, jangan dia.
dia post gambar ni kat fb. sayu hati. 


bini makan sedap2 kat luar, laki makan bungkus kat rumah.
dia makan ayam percik, muratabak, and ayam uncle bob je. fresh orange pun beli. T_____T

sampai2 rumah dari Vistana tu, dia dah tunggu depan pintu sambil cekak pinggang ala-ala marah gitu. (tapi buat-buat je tu bukan marah betul)
aku pun memang takut if dia call-call tanya kenapa tak balik lagi? 
kat mana dah ni?, sampai mana dah ni?, etc.
takut dia marah la sebab tak sampai2 rumah lagi.
he is very particular bab2 aku drive malam2 sorang-sorang ni.

sapa tak sayang bini woi!!!!





August 1, 2012

#WW - Setujukah Anda???






Semalam.... 11Ramadhan





11 Ramadhan 1407H, Lahirnya seorang bayi lelaki ke dunia ini...

iaitu nyawa dan jiwa saya. 
hembusan nafas saya.
my otherhalf. sebelah jiwa saya.
penyelamat saya. my hero.
teman bergaduh, teman ketawa, teman menangis.
my drugs. my aspirin.
my life partner. 
jodoh yang Allah temukan buat saya.


Kini beliau bergelar seorang anak & suami. Belum jadi ayah lagi.
dan kini jantung benihnya sedang berdegup di dalam rahim saya ini.


Semoga Allah s.w.t. panjangkan umur B, murahkan rezeki B, rezeki kita sekeluarga, permudahkan jalan hidup B, kurniakan kebahagiaan dalam hidup B, dalam perhubungan kita suami isteri sekeluarga dan semoga Allah panjangkan jodoh kita hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.



semalam, 11 Ramadhan 1433H, genaplah umur si lelaki itu 26 tahun mengikut kalendar Islam.

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yang ke-26 buat suami tercinta.


No words can describe how much u meant to me.






July 30, 2012

Hari pertama tanpa....


sejak puasa ni, ini lah hari pertama berbuka tanpa nasi.

makan kuey tiau goreng. homemade. terbanyak taugeh sikit.
nasib baik sedap + kenyang kenyang sama macam kenyang nasi.

selama ni memang tak pernah tak makan nasi.
asal berbuke je nasi asal berbuke je nasi.
kau letak la roti john sepuluh bungkus ke, murtabak lapan keping ke, chicken chop ke, kalo ada nasik kat situ, memang aku tuju nasi dulu.


Alhamdulillah.
lepas ni boleh la try masak untuk sahur pulak nanti.

ini adalah menu berbuka pada hari Jumaat ye.
sekian wasalam.
eh tu ke ko update mira???




July 27, 2012

Salam Jumaat


Selamat pagi uolls!!!

Alhamdulillah dah masuk hari jumaat. hari ke-7 berpuasa.
sekejap je dah masuk seminggu kan. lepas ni 2 minggu tau2 dah nak raya.

plan weekend memang dah sedia ada. just nak kena susun betul2.
kalah PM nak susun susun jadual bagai.
hubs siap suruh pegi keluar dgn kawan2 lagi pegi cari baju raya.
aku memang tak hadap pun dia teman aku cari baju raya.
nanti siki2 nak ajak balik cepat. tot of beli kaftan je la tahun ni.
tu je yang bole masuk rasanya ngan badan aku sekarang ni..

banyak cantik2 aku tengok kat fb orang dok jual2...
tapi aku jenis if ada beading2 ni tak yakin nak beli online.
kang ade je aku tak puas ati. so baik aku pegi cari sendiri kat jalan tar masjid india sana.

sabtu still KIV nk keluar jalan2 ke tak. berbuka kat umah in laws kot kat damansara.
ahad buke rumah maksue. alhamdulillah murah rezeki.

selamat berhujung minggu!





July 25, 2012

Ramadhan 2012


dah masuk hari ke-lima puasa baru rasa nak cerita2 pasal bulan puasa ni.
Alhamdulillah 4 hari berjaya puasa dengan baby kat dalam pun x buat hal.
just hari ketiga tu je (Isnin) pukul 6 pun rasa nak pitam dah.
6.30pm terbaring terlentang dalam bilik macam budak2 baru belajar puasa tu.

after berbuke pulak, makan je selesai solat maghrib memang kebaboom tertido dengan telekung2.
hubs pun kesian nak kejutkan sbb memang muka aku time tu memang muka simpati penat gila.
sedar pun bukak telekung je and sambung tido balik sampai pukul 1030pm.
being mira, keluar depan g meja makan, makan roti john pastu lepak depan tv jap and sambung tido balik. heheheheheheh....

gambar2 menu berbuke takde la pulak.
sebab nye malas nak amek + malu dengan in law. she's here since lepas buat minor surgery aritu.
tapi today dah balik ampang balik dah....
so kembali kami berbuka dan bersahur berdua saje.

sekarang kat opis masuk je waktu petang, sebok aku dok google resipi nak masak ape.
takkan asek nak makan lauk yang slalu masak je kan.

maybe after this bole la kite share2 menu berbuke and bersahur kita ye dok?
semalam ade buat agar2 santan gula melaka. tapi takde gambar.
teringin sangat nak makan sebab teringat2 mama punye agar2 santan gula melaka tu.
cepat2 whatsapp mama mintak resepi. padahal dah google but stillllll nak tanya mama jugak.

cubaan pertama adalah 70% berjaya.
agar2 tak keras tak lembik sangat. gula melaka kurang so kaler adalah cair2 saje.
santan terlebih sikit so lemak dia lebih la...
dalam pada 70% berjaya pun hubs ulang amik je dari dalam pinggan.
kira misi berjaya la tu kennn???


pasni nak buat dessert apa pulak ye???