Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label FAMILY. Show all posts
Showing posts with label FAMILY. Show all posts

July 22, 2012

Khamis lepas ku cuti...


cuti pun ala2 EL sebenarnye... sbb MIL ada minor surgeri kat HUKM.
hubs pulak takut tak sempat sebab dia kena kerja jugak petang tu. 
dia lagi la cuti since isnin selasa rabu kot. bawak pegi check apa semua.
so Khamis tu kena buat minor surgeri. MINOR je la ok...

ape benda tak tahu la kan yang minor tu. 
surgeri apa pun tak payah la aku bagitau kat sini...
surgeri nye kejap je, tapi sebab MINOR kan, kau kena tunggu turn la jugak.

eh, perut i nampak kempis

berkicap jugak la nak tunggu.. nasib baik tempat tunggu best and selesa sejuk semua.
aku memang sarung tshirt je. plus spec. tak kuasa nk ber-lens2 bagai.

ni haaa hubs lagi selamba baring kat situ tido.
nasib area kitorang tunggu tu takde orang sangat.. so senang lenang la dia baring celah tu.

sampai hospital pukul 8.15am macam tu...
habes nye dekat2 pukul 1.... dengan lapar nye tuhan saje tau.
aku makan kaya ball je kot 10 bijik pagi tu. mana cukup 10 bijikkkkkkk!!!!
me want more ok. tapi sebab hubs tak nak pegi beli lagi, dan aku confirm2 la lagi malas nak jalan jauh2, abaikan je la niat di hati tu.



time ni dah nak balik dah... tunggu nak amek next appointment and ubat je kot.
MIL boleh balik rumah. tapi kena jaga la... so kami bawak balik kajang je umah kitorang.
xde la nak ulang alik ulang alik kg pandan nnt.

next week bole bukak jahitan. hoefully semua ok la..
ni pun MIL cakap sakit2 n ada darah2 lagi kat tempat jahit tu...
me so scared la bab2 jahit darah2 ni...




February 21, 2011

she is crying inside...


klik gambar utk tumbesaran.

ni dari fb adik aku. doktor apa macam ni cakap kat patient dia macam tu. tambah2 patient tu budak lg kot... n shes my sister, Angah. admitted kat icu AGAIN last wednesday sampai sabtu lepas.

mama called menangis cerita condition angah sebenar. aku pun turut menangis sama2... but the worst part is doktor dah bagitau angah her condition sebenar. dia budak remaja lagi. kitorang taknak dia putus harap. tambah2 dia SPM tahun ni. her exam result is getting better. nanti tak pasal2 sebab benda ni dia punya exam jadi teruk pulak.

please pray for her.

referring to picture above, aku tau she's crying inside.





October 5, 2010

ke TUDM Subang kena tol sampai 3 kali???


hahahaha... tajuk entri adalah menipu... aku kena tol sampai 3 kali sebab terlajak dah sampai tol BATU3 Klang nun... hihi... sekali sekala bawak mama papa jalan jauh sket. then u-turn balik tu yang kena tol lagi. nak pegi TUDM Subang je ikot Bukit Jelutong...

as I said before, ade ke eh aku cakap??? my family nak datang KL tido umah aku satu malam.. Jumaat malam tu around 11pm macam tu diorang sampai la... bertolak pon lambat sebab diorang peegi open house boss mama dulu. my family + nenek aku belah mak aku datang. total 6 orang la..

kenapa macam mak lagi cantik dari anak??? dammmn.


TUDM Subang tu umah mak sue... dia ada buat open house pukul 2 baru start. tapi kitorang serbu pukul 11 oke.. awal kan... gi awal pon sebab my family nak gerak g Pahang pulak ada wedding sepupu mama hari Ahad tu.. aku tak ikot la nnt penat + malas nak jalan jauh. diorang saje je datang KL bawak nenek aku tengok2 KL. kebetulan pulak mak sue buat open house, pegi sekali la.


aku je ngelat pegi naik satu kereta dgn my family. terus balik pon sekali dengan diorang around 12 lebih. tak sempat nak tolong mak sue basuh periuk belanga. hehehehe....

sampai2 terus serbu makanan. makan nasi minyak lagi. macam kenduri orang kawen dah. dah la laparrrr, memang langkah kanan betol la. ;) tq mak sue for nasi minyak ayam masak merah yang sedap itu....


si Asyraaf pon seronok je ramai2 datang rumah dia kan.. senyum je manjang kalo orang ngusik2 dia pon...takde nak nangis2... tapi tak tau la pulak kalo takde orang die buat hal ngan ibu die.


gambar tak banyak. yang banyak nye dalam camera mak sue ha... lepak kat umah mak sue pon dalam sejam lebih je... lepas tu terus balik Cengal anta aku, then diorang gerak ke Pahang terus. tak de g jalan mana2 dah pon...

aku meneruskan misi menghadiri Open Housesssssss yang lain la pulak... 1 je pon lagi petang tu... bukan banyak pon...


September 23, 2010

mereply emel di tepi pantai


raya2 pegi mandi laut kan ape kejadah nye... bajet tak ramai orang la kan.... sekali penuh la kat teluk*batik ni... nasib baik laut tu nampak lagi sebab dia besar, kalo dia kecik, memang tak nampak dah sebab penuh dengan orang.


raya ke tiga dah balik Ipoh dah... so raya keempat punya la malas nak bg orang datang rumah, so kita melarikan diri.. wahahahahaa....tidak ye... sebab pegi raya keempat yg jatuh hari isnin sebab hari selasa aku nak balik kl dah.... mana aci kan if anak kesayangan ni tak ikot... ;)


pergi berlima je. Haikal si jantas tak nak ikot... maklumlah budak lelaki dah besar mana nak ikot2 sangat kan family pegi mana kan... dia cakap nak keluar pegi raya rumah kawan2 dia.. so mama pun bagi la...



bertolak dari Ipoh pun dah pukul 11...dah siap2 masak semua kan... sampai2 memang tepat lunch hour... tak tunggu, belasah makan dulu... lapar gila ok dari pagiii tak makan... dah la mama masak masakan yg simple tapi sedap gilosss.... hari2 menu ni pon takpe..


ayam goreng tepung - udang masak sambal yang super duper best - fishcake & hotdog goreng

damn! terliur pulak....


kerja aku adalah mandi...then tak lama lepas tu naik dah... tu pon dah tanned. mandi tengah2hari kata kan... gila kan... tapi orang lain selama jek aku tengok... naik lepak2 sambil mulut kunyah2 apa yang patut...memang kalo dok kat Ipoh mulut ni tak berenti operasi.

then sambil tengok2 gelagat orang sambil reply2 emel ofis.. aku bukan la kejam sangat kan sampaikan kalo cuti tu, nak cuti betol. gelabah pulak my dear boss nanti kat opis.... "mereply emel di tepi pantai" haahahaah cun!


papa langsung tak jejak air ok. gila jaga kulit!


sofea - talia



zoom dari jauh saja... nampak tak talia berdiri kat tengah2 laut tu.. actually dia berdiri atas pelampung yg dipegang kuat2, then lompat terjun dalam air.. dia ni memang jenis lasak sasak sikit... berani...


then dia paksa2 aku ajak naik banana boat dengan dia.. kalo bukan aku sapa nak teman dia kan.. kalo papa mandi bole la papa teman. ni papa pon tak tukar baju. mama memang taknak. nak suh sofea (angah), dia sakit pulak, so terpaksa la aku teman walaupun dengan keadaan malas...


layankan je la sebab dia first time nak naik kan... aku dah banyak kali dah... tapi yang kat teluk*batik ni tak berapa best sangat la... kat pangkor, pd best....

aku punya la pegang adik takut dia terlambung jatuh ke apa kan tme tengah2 laju tu... dia pun muka pucat2 sikit takut. but she said, she had fun! ok la kalo dia suka... jangan dia trauma taknak naik lagi sudah.

mama - papa


dalam pukul 4 je semua dah tukar2 baju.... papa ajak pegi raya rumah kawan2 dia kat setiawan pulak... ikot je la kan... since papa cakap itu kawan baik papa time papa muda2 dulu.... aku memang tak ingat... nama pun dulu kecik lagiiiii.......


September 21, 2010

pelita & bunga api di hati...


eh eh salah...di malam raya... apa di hati pulak... panas hati i nnt tau ada pelita and bunga api segala....


biasa la kat kampung kan main malam2 raya ni konfirm best. cer ko main kat Ipoh tengok, feel die tak sama oo macam main ramai2 kat kampung ok...


kami adalah main bunga api n mercun malam raya itu... aku takde la main sangat pon, just tengok2 je la...usik sana sikit. usik budak itu ini sket....


tapi kan time kecik2 dulu memang aku champion main bunga api n mercun2 nih... hebat tau aku...selagi tak pedih2 or kena bahang api ke kan, jangan harap la nak stop... rindunya zaman kanak2.... ;)


last but not least! ini dinamakan sesi menyelit di mana2 dan menggediks... hahahaha...



September 11, 2010

first day raya..


hows ur first day raya??? mine?

bloated! sia2 diet 4 bulan lepas. gila penut sangat sarat penuh nak mamsss.... full with ketupat, LEMANG, rendang daging, rendang ayam, mee rebus, kuih raya yg super2 sedap apatah lagi homemade cookies.


update riang ria pagi raya nanti la ye... ni kasi warm up dulu... second day pon nak sambung beraya lagi.. tapi macam kenyang semalam pon tak habis lagi walaupon half of it aku rasa aku dah buang.... tee heee...

to be continue ok peeps!

September 1, 2010

went back to Ipoh


oh Isnin aku halfday saje... then balik Ipoh... at last dapat juga lepaskan homesick... huhu... berjaya buka puasa with family tercinta...

bising2 kelam kabut masa nak berbuka sebab before tu kami semua keluar... then balik rumah pon dah nak dekat2 berbuka. sempat juga singgah bazaar kejap tapau apa yang patut. semua dalam keadaan yang sangat pantas ditambah dengan hujan yang seakan2 agak lebat. phewwww!

makan dengan family mmg membuak2 selera. we had ayam percik, ayam masak lemak, ikan keli sambal, ikan keli bakar, ikan pekasam, kerabu mangga ipoh yang memang aku rindui, roti john, kuih tepung pelita 12 ketul, air 2 3 jenis... oh syurga!

tapi bila nak naik bas balik KL balik dah tak heaven... tsk tsk... T_T


diakhiri dengan gambar me and adik kat stesen bas.... sebenarnya banyak lagi, tapi malas nk transfer. ni pon pakai mobile upload..


August 27, 2010

aku insan lemah...


semalam.... pertama kali dalam hidup sejarah aku kat dunia ni menangis lepas berbuka puasa.. dalam pukul 8 macam tu... hiba. syahdu. sedih. no other words.

sebab nya kecik je... sebab berbuka sorang2. bukan tak biasa, biasa je. in fact selalu jugak la buka sorang2 weekdays macam tu... sebab kadang2 my housemate ada hal lain so kena berbuka kat luar dengan orang lain. kalo dengan kawan2 dia yang aku kenal, aku join sekali la..

elok je lepas habis berbuka makan nasi kerabu and chicken wing, kemas2 semua, time tu tengah tengok berita tv3. i received a call from mama... tanya khabar semua makan apa sihat ke tak segala kan. time tu ok lagi.

then she started to cerita pasal berbuka puasa at kampung, (yes mereka dekat kampung sekarang sebab harini Perak cuti) makan ramai2, pegi bazar ramai2, beli macam2, masak macam2, ke-happy-an berbuka ramai2, mata aku dah start bergenang air mata.

sedih sebab aku tak dapat join diorang. tak dapat jumpa nenek. and my closest auntie and cousins. sedih sebab diorang ramai2 bising2 tapi aku kat rumah sorang2 sunyi and dengar bunyi tv je.

tapi aku control suara tak nak bagi mama tau aku dah dekat nak meleleh air mata. mama cerita2 lagi. aku macam "ye ke" ala2 gelak tapi sebenarnya sebak.

i miss them. i miss semua. tot of nak balik this sunday and MC isnin and selasa balik KL balik.

oh satu lagi benda yang aku tak percaya. petang tu before habis office hour aku dok memekak kat officemate aku Yatie yang aku nak makan nasi ulam. tapi taknak beli kat bazar sebab nampak macam tak sedap. nak yang nenek aku buat, nenek aku gaulkan. sedap. then mama bagitau yang memang nenek buat nasi ulam!!!! macam dia dapat rasa apa cucu dia nak makan kan?? lagi aku sedih!

lepas je letak phone terus meraung!

August 18, 2010

puasa oh puasa!


puasa puasa ni boleh buat homesick ok...

rindu nak dok kat rumah sendiri.

rindu masakan mama! oh no! baru 7 hari makan makanan kat param dah muak dah. dah tak tau nak beli ape...

nak mama masak asam pedas, gulai ikan, kari daging, kari ayam, ayam masak merah, gulai ikan masin, tomyam, dan lagi lagi lagi.. telur goreng kalo mama masak pon sedapppppp ok!!!

rindu juga dekat kerabu mangga kat param kat Ipoh...
takde yang sesedap itu kat KL ni aku rase.

ni yang nak balik Ipoh ni...tapi macam sekejap sangat je weekend. takut penat la pulak.. huhu..


July 27, 2010

great family...♥

yes i am... my family is the greatest for me... they love me. so do i. masa balik weekend lepas, walaupun kejap je, but i had a blast with them. hari sabtu saje mama tunaikan permintaan anak dia yang mengada-ngada ni nak makan gulai ikan masin. so dia masak la untuk aku...not for me la, for the family of course. (sorry tiada gambar)

lepas lunch je terus keluar and balik pukul 10 malam. papa keja, so kami yang perempuan2 je keluar dengan mama. Haikal adik yang lelaki pon tak ikot. dah besar kan. budak lelaki mana la nak berjalan2 sangat dengan family. dia lagi suka duduk rumah, petang keluar main bola, balik rumah balik main game. itu lagi menarik minat dia. tak macam perempuan, keluar lebih menarik.

kami pegi ke rumah kawan mama jap, then pegi jumpa adik. then pegi shopping. mama la yang paling shopping sakan. handbag baru la, home deco la, make-up la. mama bole la shopping, laki dia gaji kan.... kan gomen gaji last week.

aku nih? melopong je. tak sampai hati pulak nak mintak2 itu ini kat mama sedangkan aku dah keja and ada duit sendiri. tapi memandangkan belum gaji, diam tengok je la. beli barang2 baju2 untuk adik2 jugak. semua...aku pilih.. hihi

then bila otw balik tu, papa dah call2 tanya kat mana. sebab papa dah sampai rumah dah pon. we tapau-ed KFC. sampai rumah papa tanya.


Papa: ni Along belanja ni?

Mama: tak la... Zai la beli.. (mama bahasa kan diri mama ngan papa, Zai. her name)

Papa: macam mana ni... kita gi KL pon kena ketuk. dia balik Ipoh pon dia ketuk kita.


ketuk means macam asik kena belanja la.

erk. sentap mak ok...!! tu la papa mama datang KL time tengah bulan. lain kali datang time gaji ok. ;)


July 26, 2010

Adik rindu saya...


ye... my lil sis rindu kan aku....she is second last in my family. but for now, she is the youngest among us. so macam manja dia lebih sikit la.. named Talia.

sampai2 rumah je adik2 semua dah tido. Talia is in her boarding school. tak balik minggu lepas sebab two weeks ago die dah balik. takpe la nak buat macam mana kan. tapi dia dah siap2 pesan kat mama lagi via phone.

"Mama cuti kan esok?? (sabtu). Datang kat adik tau. bawak bla bla bla (segala jenis makanan). Along balik kan? bawak along sekali tau."

ni mama yang cerita. time sampai2 dok borak panjang ngan mama sampai 2 pagi lebih kot. tak ingat dah. then terus tido. mama cakap, "dia rindu la tu..." mungkin kan.. ye la, dah lama tak jumpa. last jumpa pon awal bulan 5 haritu. then papa mama datang KL pon dia tak ikot. kena tinggal. tak dapat jumpa lagi. so memang patut la dia rindu kat kakak dia sorang ni... ;)


The day I left KL...


as in my entry last week, aku ada mention kan yang aku balik ke Ipoh naik bas pukul 9 pm... takde nye aku naik bas pukul 9 mlm. kul 10 mlm baru bas sampai ha... penat menunggu ok...


terus2 masuk2 entry pasal naik bas kan... ape kes... ni before gerak dari rumah amek gambar dulu dengan beg yang sama dengan Te. Te yang beli. cantik tak??? ok enough.

actually mula2 aku ingat dah terlepas bas dah ha. sebab aku keluar dari Cengal around 7.20 pm. then nak g umah si BF dulu amik dia. dia kan nak hantar aku. sampai umah die pon dah 8.20 macam tu. almost sejam sangkut dalam jem. then nak g Jalan*Duta punnnnnnnnn jem... kitorang dah ikot AKLEH dah pon still after tu jem jugak.

sampai betul2 kat pintu masuk pon dah kul 9 ok kawan2... aku turun dulu, si BF g cari parking. nasib baik cepat je dapat parking. tengok2 bas nye tak sampai pon lagi. tunggu punya tunggu tak sampai2 jugak. fedup mak! kalo aku tau pegi makan dulu pon takpe. dah la tengahari pon tak lunch. malam pon makan waffle je.. sedih!

then naik je bas terus aku tido sampai kul 12. dah nak sampai Ipoh. aku turun tepi jalan je, then papa datang amek. balik umah terus melantak. heaven dapat makan makanan kat rumah tambah2 mama papa masak. lagi sedap!


July 23, 2010

gulai ikan masin mama...


cuba teka kat mana nih??? itu gambar candid ok.. mula2 memang posing, tapi sebab photographer hegeh2 godek camera, so aku pandang tempat2 lain jap. itu la jadinye...

T_T sedeyh... minggu ni tak dapat datang tempat ni sebab nak balik Ipoh... tapi seronok jugak sebab dapat balik Ipoh.. siap dah pesan kat mama lagi nak mama masak gulai lemak ikan masin + nenas.

sejak 2 3 menjak ni, memang dok asek terliur je nak makan gulai lemak ikan masin + nenas ni.. tapi tak dapat2... kalo ada dapat pon mesti tak sedap. so memang tak sabar nak balik Ipoh. mama sepatutnya kena keja sabtu ni, tapi dia amek cuti sebab anak sulung dia nak balik. isnt that sweet?? i know she loves me much! i love her too... i mean, more...


July 22, 2010

yeahuuu!!!


Sesi ber-sms hari ini...

Me: I nak keluar makan dengan Te malam ni kat area2 rumah die... Die nak balik UTP dah.

BF: ok.

Me: B, tadi mama mesej tanya balik pukul berapa esok. mana beli tiket bas lagi. T_T (malas nak drive)

BF: ye ke... jap I tanya Zul.



Zul ni keje kat Hentian Duta. So sangat la senang nak beli tiket bas. main order2 je... hihi... selang 3 4 minit lepas tu. dapat message dari si BF lagi.

BF: Tix da order. TIme, 9 mlm.

Wah...senang kan?? main order2 ape ko ingat order makanan???? yeay! i'm going back to Ipoh this weekend. miss home so much...2 bulan jgk la tak blk. asek jumpa mama papa kat KL je. terbalik pulak. mak bapak datang melawat anak kannn?? sama la macam Sue... hehehe... sorry ye tak dapat datang rumah minggu ni...


June 18, 2010

rambling about nenek


hhmmmm.........nak tulis ape eh??? banyak jugak cerita2...tapi tak tau nak start dari mana la... huhu... semalam lepas ofis hour terus pegi rumah my so called auntie at Seri*Maya @ Setia_wangsa... tempuh jem yang tak pernah sudah2... benci jalan*ampang and jalan*jelatek!

been there mesti la ada reason kan.. the reason is to merompak... hahaha...percaya?? sila jangan percaya... mesti la tak kan... actually pegi sana nak jumpa nenek. dia dah kat KL almost two weeks tapi sekali pon tak jumpa lagi... tapi aku dah jelaskan reason nya. plan nak pegi last weekend tak jadi sebab kena keja. tension tahu kerja hari cuti.

sampai2 je dinner dah siap... yummy! home-cooked was superb walaupun biasa2 je. we had sotong sambal, ayam masak kicap, and tauhu jepun i think. tak tau la korang panggil apa kan, tapi aku panggil tauhu jepun yang lembut2 camtu.

then terus mandi siap2 sume, dok depan tv tgk bola 7.30pm. Argentina menang as what I expected. tengok bola sambil main ***** ngan nenek. biarla main apa tu.... tp we had so much fun. lama ooo tak main...

eh, harini nak pegi exhibition company aku tu ke tak ha??? (thinking)


May 10, 2010

Happy Mother's Day


oh yes terlambat satu hari. but its ok la since semalam lagi dah wish mama... tepat je pukul 12 dah call mama.. she's having supper with papa outside. tak tanya pulak adik2 ikot ke tak kan....

aku ada order cuppies for her. hope she like it. belom dapat gambar dari akak yg buat cuppies tu. i asked kakak buat cuppies tu to hantar ke rumah terus.

ada jugak order untuk birthday cuppies for April and May babies. FYI, sume family aku lahir in April and May sahaje! diulangi sahaja ok... aku jek terlepas kat NOVEMBER nun....

mm...weekend yang memenatkan + yg memuaskan ati... :) *big smile*

kite cerita laen kali yek? tu pon if rajin la kan... hehe...


May 2, 2010

muka panjang

first chit chat dengan mama time balik hari tu, i told mama that i'm on diet. then mama macam:


Mama: la....patut la nampak muka ko makin panjang.

Me: panjang? ye ke... baru 4 kgs kot... 10 kgs to go la... hihi
*sambil senyum2 kambing*


sebulan 4 kilo without any workout. kire ok la tu kan... jaga makan sahaje. its a good start i think. sedeyh nye sekarang sebab dah kena balik ke KL. huhu.... bubye Ipoh.

May 1, 2010

Ipoh's decision


knape saya decide nak balik Ipoh...? mesti sume orang tertanya2.. *eh mesti ke?* hahahaha...lantak la kalo korang tak tanye pon kan.. kekeke.... nak bgtau gak...

first of all, last thursday around pukul 11 macam tu dekat ofis mata aku merah. gara2 contact lense la ni confirm sebab time tu aku pakai contact lense. and mebi ada infection ke ape kan tu yang merah tu plus berair2. dah la bagus pulak aku nih, casing contact lense bawak solution die pon bawak. tapiiiii.......... spec aku tak bawak. Bijak tak bijak anak Puan Sri Zaiton nih???

kalo bukak contact lense pon camne aku nak idop kan dengan mata rabun. sungguh tidak dapat. ai tak nampak ok nnt. *masalah!*

then decided nak pegi clinic la. dalam ati confirm2 nih aku dapat MC. skali pegi mmg dapat. doc siap tanya lagi nak berapa hari kan. dalam hati seminggu pon takpe doc. last2 die bagi 2 days dulu for Thurs and Fri. ok la kan. boleh sambung terus weekend.

balik rumah pukul 12 lebih, rilex2 makan titik ubat makan ubat. tido.

bangun2 tido after 2 hours mata dah fully recover kot. memang nan hado merah2 lagi dah. putih seputih2 nye. plus pastu mama call pulak kan sembang2 then tanya tak nak balik ke. i know she misses me more htan i miss her.

fikir2...decided nak balik. even malam tu tido pon boleh termimpi naik bas semua. aku kalo balik 2 3 hari macam ni je memang malas nak drive. bukan balik kampung je. pegi mana2 pon nak drive ikot mood ok. serius pemalash!

itulah kisahnye. sampai2 umah hari jumaat tengahari tu mama still keje. then time mama balik keje tu we olss semua pegi pick her up kat tempat keje die la. act belum habis time mama keje pon lagi aku dah menonong cari mama and give her thousand hugs and kisses. rindu sangat!

then apa lagi. lepak dataran Ipoh. makan char kuey tiau. bawah bumbung langit. sembang2. there's a lot of story we shared together. 2 bulan tak bersembang bertentang mata kot... balik rumah sambung lagi sampai 2 am macam tu. still..... rasa tak puas lagi.

tapi orang cakap tak baik tamak kan. bersyukur la dari Yatie penyek tak dapat balik kampung lagi. *ko mesti jeles kan?*


Happy Birthday Sofea


Dear Sofea,


I wish you a Happy 16th Birthday and hope you have a good one.

From; your Along.


Dia ni adik aku. second in the family. which is my first adik la. today she turns 16. jaoh kan jarak umor kami. sebab tu la kot aku macam still manja lagikkkkk....


nothing much to wish since aku kat rumah kan...so boleh wish2 bebel2 saje.. hehehe.... dia dapat call free satu hari from maxis. boleh tumpang sekaki. *big smile*


April 23, 2010

3G



3G with mama adalah sangat terubat rindu... walaupun setiap hari kami ber3G, tapi tetap rindu.

nak balik....

i miss home.