Die bukan macam sakit tekak batuk ke apa, tapi rasa mcm melecur tu.
Kadang2 ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat, Kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, Rupa-rupanya ALLAH memberi kita pelangi.
September 25, 2012
sakit tekak vs heartburn
Die bukan macam sakit tekak batuk ke apa, tapi rasa mcm melecur tu.
September 24, 2012
Current Situation
lama tak menulis... bukan sebab apa pun, sebab penyakit M dah kembali.
entry ni ngam2 sebulan dari entry bulan lepas. ngeh ngeh ngeh....
sekarang ni aku dah 34 week nak masuk 35 weeks dah....
skrg ni bila perut aku sikit2 sakit ke, apa ke, aku dah mcm cuak terlebih...
barang baby ada yang tak abes beli lagi... baju lampin napkin selimut sume dah siap la...
yang macam barang2 mandi, feeding accessories, travelling items, and baby grooming je ada yg tak settle lagi..
dis weekend la ingat nak setelkan sume. barang2 aku nak pantang pun ada yang tak beli lagi.
buatnye terberanak awal tak pasal je...
baju2 pun dah siap basuh cuci sume. tak packing je lagi...
beg baby pun xde nak packing camno kan???? hehe ok weekend ni pegi beli.
aku ni naik kat bahagian bontot kebawah. pls dont imagine macamana besar cik von and paha aku.
betis apatah lagi. tengok je la gambar kat atas ni.
hubs tengah urut kaki si isteri. besar pahala suami InsyaAllah...
nak dok bersila pun susah, apatah lagi aku nk urut kaki sendiri, potong kuku bagai kan...
ok la till then.
bila ada masa and ada mood lagi aku tulis lagi...
;)
August 23, 2012
August 16, 2012
Bebelan di petang Khamis...
Hye uolss. Dah start cuti ke? iolss xcuti pun this week.
Sampai Jumaat kena kerja. Sebabnya raya tahun ni di rumah mertua.
So KL sajo. Tu yg x amek cuti awal tu. Plussss, AL pun dah tinggal sikit je.
Mood raya dah berkobar2 ni. Rasa macam nak mc je esok. Hahaha...
Nak dok rumah, hias2 rumah, kemas apa yang patut kan.
Cermin yang beli dekat ikea aritu pun xtampal lagi kat dinding.
Malam ni kot buat. Tu pun kena pegi beli double sided tape yang agak kuat sikit.
Macamana korang punya raya preparation?
Aku biasa2 saja. Bersederhana. Tak banyak benda baru pun.
Tapi meriah part kuih raya je. Nak tau kenapaaa?
Meh nak cite...
Gini kisahnya. Aku n hubs dua2 order biskut raya tak bagitahu each other.
Bagus kan?
End up aku bawak balik 5 jenis, hubs bawak balik 6 jenis.
Nasib baik la campur2 bukan semuanya biskut. Ada kerepek, kuih siput and kacang ape tah.
Ok la bole tahan lama. Ni pun nak lantingkan 2 3 jenis kat umah MIL or umah mak aku je.
Tak terhabis kang if letak kat umah aku.
Tadi MIL ada called. Tanya aku reti balut ketupat palas tak. Sbb ada orang order dekat200pcs ngan dia.
Mane la acik tahuuu... :-/ (ketupat MALAS aku tau la)
Sembang2 pok pek pok pek trus dia cakap aku tak payah masak apa nanti raya.
Means rendang semua dia buatkan. Untuk bawak balik umah kitorang pun dia buatkan.
Aku cakap la, tunggu la kitorang balik sana dulu, boleh aku tolong kan, tapi tau ape yang aku dapat?
"tak payah la, mira bukannye larat pun"
Ya right. Aku dok masak sikit pun dah tercungap2.
Baik kan MIL saya? Teeeheeeeeee (senyum leborrr sampai ke telinga)
Salam Aidilfitri
Jika ada perkataan saya disini yang menyakitkan hati.
Bila ada tulisan-tulisan saya yang tak sedap dibaca.
Bila ada kelakuan saya seperti lupa usia dan menyakitkan mata.
Jika ada kata membakar lara menusuk hati.
MAAF ZAHIR & BATIN KU POHON.
August 14, 2012
Sad...
Sedih.
Interview kastam gagal.
Been thru thick n thin nak menempuh semua 3stage tu.
Tapi gagal jugak.
Really frustrated. Xde rezeki mungkin.
DIA tahu mana yang terbaik untuk aku.
"mungkin kita ada tertinggal sesuatu kot" ayat hubs sambil pujuk bila aku menangis teresak2....
Ye. Tak ada rezeki. Redha.
August 13, 2012
Finally update!!!
Memang lepas berbuka je dah x larat nak duduk mengadap pc buat entry bagai.
Nak bloghopping pun dari tab je, tu pun atas katil lepas tu tetido.
Dengan nak buat preparation raya nye lagi. Haishhh...
Kemas rumah xpenah habis. Padahal duduk 2 orang je...
Tapi dengan meja computer printer sume kat hall ape cite.
Harus la raya2 ni sorok bawak masuk dalam bilik...
Last saturday pegi ikea. Itu pun pegi awal. Pukul 11 dah smpai sana and nasib baik sbb x ramai orang sangat.
By the time kitorang keluar je around 2.30 cmtu, pergghhhh sesak kereta saje nak masuk parking tak hengat ok. Ramai kot!
Then ahad memang kemas rumah sesajo. Tu pun halfway done baru.
Maklum la saya beraya di KL tahun ni. Semangat nak hias rumah kena lebih sikit.
And xbalik kampung kot this year raya. Sbb raya ke-5 je nak pegi vacation pulak... Teeeheeee... Suka suka!
Tengok gambar semalam pegi berbuka kat Bangi Golf Resort. As expected, memang sedap melampau makanan dia. Ni second time aku datang sini for Ramadhan buffet.
Ok till then!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
August 7, 2012
August 6, 2012
Ketam ketam ketam...
dah jadi kebiasaan aku kena ada air panas time berbuka sebenarnya.


