Lilypie Pregnancy tickers

September 20, 2010

raya ke halloween nih?


sebenarnya, aku minggu lepas lagi dah start keja. dah boleh update2 la kiranya... tapi maklum saja la kan... dok kat rumah cengal pon still mood raya walaupon takde family. nak bukak laptop apatah lagi. super malas la weyyy... baek aku tengok cerita raya kat tv kan...

tapi apasal eh tahun ni semua cerita kat tv banyak cerita hantu? kau ingat kita sambut halloween ke weh? bodoh betul... daripada mood aku nak tengok cerita raya melayu yang sedih2 ke gumbira ke hapa kan, terus aku tukar american's next top model.. wahahahhahaha... siap marathon lagi... lantak la. ni sume cerita hantu yang tak berapa nak digemari sangat itu la punya pasaaaalllllll.

cite hantu tengok ramai2 syiookkkk ar tambah2 kat kampung kan ngan makcik2 budak2 kecik siap bole usik2 diorang kan... cer ko tengok dengan 2 3 orang yang semua nya memang keturunan bangsa penakut tengah2 malam dok ketuk pintu bilik aku nak masuk tido satu selimut dengan aku dalam bilik aku? tak ke goyangggggggggggg tu???

dengan kawasan condo aku yang macam hareeeemmmm sejak dua menjak ni banyak cerita hantu dijaja.. memang TAK LAH aku nak tengok kan.. terima kasih daun keladi je la...

kepada semua stesen tv, baek TV-3, mahupun C!TRA, WARNA ke, RIA ke, PRIMA ke.... tolong review2 sket sebelom korang tayang cerita yang korang nak tayang tu sebelom aku buat report.

RAYA update


RAYA! its all about food, family, relatives, new things, duit raya, baju raya, kuih raya, kasut raya, dan semua2 yang ada raya2 termasuk lebuh raya... tee hee... ;)

oh tak kelakar...

malas nak update day by day, so update sekaligus je semua. ingtkan semalam nak la buat autopublish banyak2 kan, tapi teiba takde idea, so tu yang jadi satu je entry tu... raya tahun ini di kampung mama, KEDAH. while papa tak dapat cuti. so pagi raya pertama papa takde, petang baru dia sampai kampung from Ipoh. raya second tengahari nye dah balik Ipoh balik. so lihat saja la gambar dan ga,bar dan gambar lagi ok.

me with my supe duper lovely mama!

see...ini baru sebahagian yang ada kat atas meja makan tau.. 11 jenis kuih raya! pengsan!


sesi mengisi duit raya dalam sampul pada malam raya. nampak sangat gambar dah tunggang terbalik tak tau and malas nak susun2.

gambar anak-anak, ibu-ibu anak, dan nenek kepada anak-anak itu merangkap ibu kepada ibu-ibu anak. paham???

ma beloved parents... papa baru sampai from Ipoh. around 5.00pm macam tu. sedih tak eh rasanya nanti kalo aku keja gomen n tak dapat cuti raya n kena raya sorang2 kat perantauan??

jom jalan2 raya... hahaha kering idea nak update.

dan raya jugak pasal solek2 cantik2 dandan rambut segala.

juga pasal sesi beramah tamah mesra dengan sepupu sepapat. bergurau senda gelak2 nangis2 merajuk2 bagi budak2 kecik la...dah besar macam aku ni takde sape nak melayan nye...

itu saja my raya.... but its fabulous! great! ok bye malas!





September 13, 2010

Salam Syawal (sticky post)


dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyambut lebaran yang bakal menjelang ini dengan penuh hikmat dan kebahagian di samping insan-insan tersayang... tiada yang lebih indah selain menyambut Syawal dengan insan yang kita sayang terutamanya keluarga masing2.


ku ingin juga memohong seribu kemaafan andai ada tersalah cakap, tersasul bicara, terguris hati, apa2 saja perbuatan yang mampu mengguris hati sesiapa dalam penulisan blog ini mahupun secara verbally. ku bukan manusia yang sempurna, memang aku ada buat salah. sekali lagi, maaf di pohon dengan ikhlas dari dasar hati.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN


buat family tersayang, sanak saudara, kekasih hati, rakan taulan yang mengenali diri ini, yang tidak mengenali ku juga, rakan2 cyber, rakan2 blod dan sesiapa saja mengenali diri ni... Semoga Syawal ini membawa keceriaan kepada semua.

balik kampung, drive hati2. biar lambat asalkan selamat. ingat, orang yang kita sayang menanti kepulangan kita untuk menyambut hari mulia. doakan perjalanan aku juga ok...

gambar adalah gambar tahun lepas yang aku hantar kat Bingkisan Salam Syawal kat redmummy.com... gambar tahun ni malas nak godek2 cari letak gambar baru. so pakai gambar taun lepas je.



September 11, 2010

first day raya..


hows ur first day raya??? mine?

bloated! sia2 diet 4 bulan lepas. gila penut sangat sarat penuh nak mamsss.... full with ketupat, LEMANG, rendang daging, rendang ayam, mee rebus, kuih raya yg super2 sedap apatah lagi homemade cookies.


update riang ria pagi raya nanti la ye... ni kasi warm up dulu... second day pon nak sambung beraya lagi.. tapi macam kenyang semalam pon tak habis lagi walaupon half of it aku rasa aku dah buang.... tee heee...

to be continue ok peeps!

September 8, 2010

bad bad gastrik


yes. i had a bad bad gastric since monday morning pas sahur.. tak tau napa la... tapi monday tu still bole masuk ofis lagi walaupon perut yang kejap ok kejap tak tu...

tapi semalam which is Selasa memang dah tak boleh bangun. even time tengah tido pon bole terjaga dalam pukul 5 macam tu sebab sakit sangat2 perut ku ini... ubat memang nan ado! tu yang payah tu. nak kejut my housemate tak sampai ati pulak.

last2 den tetido sambil basah2 pipi air mata menahan sakit nye tu... aku memang dah syak kalo gastrik berpanjangan macam ni, confirm aku punya ulu ati dah membengkak.

and yes. bila pegi jumpa doctor pagi tu around 11am macam tu doc mmg cakap benda yang sama. sebab benda macam ni aku penah lalui last year macam tu. bukan selalu la. setahun sekali camtu la...

mintak injection and ubat. doc suruh cek darah sebab disyaki ada kuman la apa kan. and result kena tunggu 2 3 hari macam tu. so i say no la... baik balik buat kat ipoh and the cost pon mesti lagi murah dari klinik yang aku pegi smalam tu.

lepas makan ubat semua terus ok la sikit even still rasa saki baki sakit tu kadang2. in fact pagi td time sahur macam tu pon sakit tu menyerang lagi. harap2 la esok pagi takde buat hal so i can drive peacefully (alone) balik kampung ku Ipoh. aku akan dijangka bertolak around 6.00am esok pagi to avoid any jemmmmmm.........
wish me reach home safely!


Lumsum - sesi buka puasa(s)

ada (s) sebab banyakkkk... hahaha...kita compile sekali la... nak buat autopublish hari Isnin, tak sempat. nak buat hari selasa, sakit.. Isnin Selasa i sakit tenat.. huhu... terbaring jer atas katil...

ok2 tu nanti cerita lain ok... now nak cerita pasal buka puasa last weekend. ari Jumaat aku berbuka with officemate @ Cititel MidValley... ;) office belanja la of course.... kalo tak jangan harap la nak pegi kan... dengan mahal plus makanan tak banyak variety. sedih.

me pegi with Yatie n Kak Linda... tapi disebabkan sampai pon nganm2 je lagi ambil makanan dan terus berbuka, takde ape yang sempat disnap pon... kata balik ofis kan. confirm monfirm la jem nya tak hengat kan...



so hanya gambar2 dessert dan pencuci mulut (sama meaning) je yang sempat disnap... yang main course tak amek sebab tengah kebulur. plus tak tahan tengok beef n lamb steak yang superb itu... *yummy*

dessert dia sedap la... rojak best! kuah power.... bukan setakat rasa kicap n manis2 pekat je... cukup semua la...

see yang tukang bayar adalah si lelaki comel sebelah perempuan bernama Puteri itu... ;) thanks W3chard...!


my dear boss pon datang tapi lambat sampai sebab dia kena tinggal.. hahaha..orang lain dah gerak before 6 pm lagi. dia boleh sembang2 kat ofis then only dia perasan yang orang yang dia dok sembang2 tu semua tak join buka puasa...


ok habis cerita puasa di Cititel with my officemate.

next! cerita buka puasa pada hari sabtuday pulak.... me of course la buka with insan tercinta... die je yang mahu melayan kerenah nafsu makan macam2 aku kan... itu pon bercinta nak pilih berbuka kat mana... macam2 keluar.

nak buka kat ayam A1, tapi jalan nak kesitu jem. so cancel. nak buka kat Cheng Ho, tapi fully booked. si BF nak makan ayamas, tapi aku taknak sebab aku dah makan. dah tu demand pulak tak nak makan makanan bazaar sebab hari2 dah makan kan. so weekend je la masa untuk mencuba makanan selain bazaar. dekat sejam ok nak pikir buka kat mana. siap tanya pakcik gugel lagi.

last2 we decided buka puasa kat Jalan Alor je. all time feveret seafood restaurant. tah la kenapa suka sangat pegi situ. kedai2 biasa2 je, tapi mahal. tapi puas hati jugak sebab makanan memang super sedap.
muka si pembayar... tee hee... tq love!

makanan telah habis.
tak sempat aku nak snap ok.. sume makan dengan rakusnya. sebab kitorang berbuka dalam kereta dulu sebab jem. nasib baik dah standy beli air kat petrol pam, takde la kena berbuka dengan korek idong je. hahaha ok tak kelakar.

we ordered Siakap 3 rasa, sotong BBQ, tomyam poktek, and telur dadar. nasi 5 tapi makan 4 orang je. it cost us RM 110.00 ++ ok... mahal kan?? tapi puas hati la sebab sedap.

si Jeff & Juling. double J!

ok next! hari Ahad pula ye rakan2... ahad tu aku heret si BF teman aku g buka @ rumah maksu kat TUDM*Subang nun.... malas den nak drive sorang ke sana.. so ajak la pakcik supir.. heehehehe....ok kidding k BF. u r not my driver. ;)

takde gambar yang di snap sepanjang di sana... huhu.. busy melayan sepupu ku Asyraaf yang super aktif itu...

fuhhhhhhhhhh............penat tulis ok panjanggggggggggggggggg...............

bubye!


September 6, 2010

gastrik di pagi isnin...


morning peeps... live update. sebab takde kerja kat ofis. hahaha.... orang len sume dah mood raya kot, mungkin sebab tu takde keje kan.... eh eh aku pon raya mode dah di-activated tau.... ;)

hmm...pagi2 lagi perutku dah diserang gastrik. yang amat teru rasa sampai takleh berdiri or duduk sebab rasa nak mengerekot (eh betol ke word ni) je..... sakit hamatttttt........ bukan tak makan or tak cukup makan. makan je. siap makan banyak lagi. tapi tah la nape kan nak jugak sakit...

pukul 5 pagi nak bangun sahur tu dah rasa sakit... mula2 ingat biasa je la sebab mungkin akan ok kan bila dapat makan masak kurma ayam yang dibekalkan oleh mak sue sebab semalam berbuka kat rumah dia. tapi sangkaan ku meleset... terus menerus sakit sampai la terbawak2 ke opis pagi tadi..

perut aku ni memang pelik sikit. selagi tak dapat susu, jangan harap sakit gastrik tu nak hilang. macam2 pe'el kan... so kat rumah memang takde stok susu pon...

terpaksa la minum di opis itu pon officemate yang kasi. terus terpaksa meminum susu itu. ;)


September 3, 2010

saya? racist??

korang ingat tak ada satu entry ni aku buat sebab aku nak ter-langgar orang sebelum sampai ofis... kalo tak ingat sila refer sini...

lepas tu kan, baru semalam aku dapat satu komen ni tulis "u r bloody racist bitc*"... aku takde la rasa apa2 pon.. marah ke sedih ke apa kan... tapi si anon yang comment tu tak boleh pikir ke kenapa aku tulis macam tu kat dalam entry tu...

ini hanya lah untuk menyatakan pendapat aku je k... bukan sebab nak melawan si anon ni pon... just nak cakap apa aku rasa. betol or salah hak masing2.

tengok la aku reply apa kat anon ni... lemah lembut baik budi pekerti lagi aku tulis...memang tak rasa nak marah pon...



kalo aku racist kan, takde la aku nk keja dengan non malay, kawan dengan non malay. haish... refer je la kat gambar tu. dah cukup menggambarkan kenapa aku jadi macam tu....

btw, tq si Anon kerana rajin jugak nak baca entry2 aku walaupun aku ni ko kata racist kan... ;)

dah dah cukup malas aku nk pikir lagi pasal si anon ni... buat rosak mood je even aku sikit pon tak marah or sakit hati or apa apa la.... kita pikir pasal nak berbuka kat Cititel petang ni lagi bagus. tee heee....


kenapa tah???


kenapa tah mood nak update belog terus hilang macam takde pape berlaku... padahal banyak je benda boleh diupdate nye....

maybe sebab banyak keja kot...tah la macam tak berenti2 pulak keja yang ada.... ber"fb" pon tak sempat.. sempat blog walking mana2 blog yang aku follow je..tu pon skip2 baca....

adakah ini simptom orang yang dah meningkat umor?? oh tidak! adakah aku telah menjadi sangat obses terhadap keja aku???

bosaaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnn..... T_T


September 1, 2010

went back to Ipoh


oh Isnin aku halfday saje... then balik Ipoh... at last dapat juga lepaskan homesick... huhu... berjaya buka puasa with family tercinta...

bising2 kelam kabut masa nak berbuka sebab before tu kami semua keluar... then balik rumah pon dah nak dekat2 berbuka. sempat juga singgah bazaar kejap tapau apa yang patut. semua dalam keadaan yang sangat pantas ditambah dengan hujan yang seakan2 agak lebat. phewwww!

makan dengan family mmg membuak2 selera. we had ayam percik, ayam masak lemak, ikan keli sambal, ikan keli bakar, ikan pekasam, kerabu mangga ipoh yang memang aku rindui, roti john, kuih tepung pelita 12 ketul, air 2 3 jenis... oh syurga!

tapi bila nak naik bas balik KL balik dah tak heaven... tsk tsk... T_T


diakhiri dengan gambar me and adik kat stesen bas.... sebenarnya banyak lagi, tapi malas nk transfer. ni pon pakai mobile upload..