September 25, 2012

sakit tekak vs heartburn



Sekarang ni aku kerap rasa sakit tekak.
Die bukan macam sakit tekak batuk ke apa, tapi rasa mcm melecur tu.
Bahasa nak propa je ‘melecur’ kan… tapi itu la hakikat yang aku rasa.
Heartburn takde plak rasa. Kat tekak ni je…
Dulu ade la jugak rasa heartburn tu, tapi sekarang memang totally takde.
Sakit tekak je. T______T

Padahal bukan tak minum air masak. Sehari kat ofis je 2liter aku telan.
Satu tumbler penuh before lunch, tu pun kadang2 pukul 11 dah pegi topup lagi.
Satu tumbler penuh jugak after lunch.
Kat rumah tu anggaran je la 1 liter jugak sbb aku siap letak air lagi tepi katil.
Malam2 bangun kencing pun aku minum lagi.

3liter sehari tak cukup ke untuk pregnant mommy???
Musykil aku kalo tak cukup. Abes berapa liter yang cukup???
Yang takat 3 liter sehari ni pun aku rasa pundi kencing ni macam nak pecah.
Jalan terkepit2 geli2 je rasa kat pundi kencing aku. Ni kan pulak nak suruh topup minum lagi.

Eh betul ke orang cakap kalo asek rasa geli2 je kat dalam perut or ari-ari tu, maksudnya anak rambut lebat.
Sebab rambut dia tu la yang buat geli. Betol ke??? Fakta ke auta ni???




0 LoveLoLLipop: