March 29, 2011

Asmara!!!

Malam2 Selasa adalah malam menonton asmara with housemate! WAJIB. Terbayang2 suara "awak maafkan saya"....

Oh cair ok!!!!

Tp kesian asmara ni... Dia macam tersepit. Dia terlalu sayangkan Zalia tp now wife baru dia mcm terlalu mendesak and cemburu.

Eh eh dah start. Bye!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

F-ed up...


sekarang ni memang F marah gila2 dengan D!gi... sebelum ni line tak pernah ada problem. sekarang macam2 hal pulak dia buat. nak kata ada payment outstanding ke apa mana ada. every end of month bayar cantik ok...


now sekarang ni bila masuk rumah je terus xde coverage. eh eh bukan xde coverage, tapi macam tak connect macam tu la... sebab dok tengok line ada elok je.. tapi bila nak buat call ke apa failed! lepas tu nak check bill tekan *128# tu kan, tak boleh! dia keluar pop up tulis "Supplementary service error: General Error".

Apekejadahnya ini???? merepek je ok... bila keluar rumah pegi tunggu lif, dan dan tu la mesej masuk, email masuk, missed called notification sume masuk. menandakan orang nak call aku pun tak dapat.


kalo tak bole call je takpe la. ni internet facebook twitter sume tak boleh kot. APAHAL? itu je la nak melayan malam2 si twitter tu. dah buat hal pulak langsung bosan malam2 aku...


dari ari ahad tau jadi macam ni. ingatkan semalam nak call D!gi, tapi aku pikir, "biarla, arini ok kot" sekali kau, tak ok ok lagi. hampessss.....

March 28, 2011

Weekend Story... Again...


cerita pasal weekend lagi... last weekend memang my day and night was fully occupied la... takde rasa bosan dok rumah ke apa kan... act khamis jumaat bosan la sebab sorang2 si S and L xde kat rumah...

ok balik je dari delicious tu, sampai2 rumah terus basuh baju kan. kata dah hari Sabtu, buatnya ahad baru nak basuh tak ke baju tu tak garing nnt. heee.... basuh baju relax2 tengok tv santai2 sorang2.

then Syak texted me ajak keluar. together with Tokong. He's here in KL. dia dok Penang sebenarnya. so apa lagi melepak la even aku still penat tak cukup tido kan... tapi tak pa...sekali sekala. btw, syak bawak new city ok. and we are among the first to ride it. Hensem betul.

earth hour tau malam ni, tapi aku tak rasa sangat pun sebab dok dalam rumah je, so tak nampak la orang bergelak ke lampu padam ke apa. we had our dinner at Tomyam 3000 Kg Baru. the foods was sedap-sedap la... kena la maki jugak orang kedai tu maki dengan aku. kitorang mintak Daging merah utk 2 orang makan, dia boleh bagi macam seorang makan je. sapa tak angin.


then decided lepak area BB and tengok citer Rango. sumpah bosan. i tot cerita ni lawak menggila. tapi lawak nya sikit, gila yang banyak. eh eh salah, bukan gila yang banyak, tapi serious je yang banyak. bosan. TITIK. nasib tak tengok dengan mr.fiance. dia pun ajak tengok jgk. kalo tak mau je meremban maki. aku ada la jugak tersengguk2 tengok cite ni. Syak dah memang melayang2 dah. 10 minit first and last je dia tengok. lagi hampesss minah tu. yang betul2 bersemangat tengok adalah Tokong. sebab dia yang cadangkan, so mestila die semangat lebih.


pendek kata, nak tengok kat wayang tak payah la. beli CD je.

Pendek nya weekend...

minggu lepas adalah sangat pendek rasanya... tapi pendek2 pun tetap dapat menggemukkan... had a blast Friday nite with my Roza, Te and Ila. sleepover at Roza's as usual. Tapi this time rumah baru dah.. bukan kat Subang lagi, but Puchong. pagi sabtuku and Te digegarkan oleh Roza and Ila yang dah memang bangun awal tak bole tido ke apa tak tau la kan... then ingat nak tido balik, dengar ada nasi lemak terus bangun especially Te. hahahaha... opppsssieee...

around 3 pm macam tu baru keluar dari rumah and heading to KL of course. sebab Roza yang dok menghantar kitorang. so harusla ke KL sebab kitorang sume rumah kat KL. kena balik awal la since Ahad pagi Roza nak fly, sabtu malam tu Te ada wedding. so before balik melepakkan diri kat Delicious Jalan Tun Razak dulu.

perut macam still kenyang lagi sebab dekat rumah Roza dah melantak durian la, jambu la, coklat la... macam2 masuk perut. so we decided share2 je makan. kira bukan semua order main course la. so we had chic chop, lasagna, calamari, and dessert.

this group pic was taken by Nabil.... tq Nabil sebab jadi driver kitorang.. kekekeke.... AND tq jugak ro Roza's toilet sebab melebam-kan lutut and betis aku. gedebuk acik tergolek jatuh dalam toilet. :(

March 25, 2011

arini acik sakit pinggang.


walaupun tak main bowling semalam, tetaplah arini sakit pinggang jugak. bukan pinggang je, tapi tulang belakang okkkkk.... kaitan bowling dengan sakit pinggang?? hahaha...kan bowling main tunduk2 mesti la ada kaitan sakitnye tu...

begini cerita nya... semalam aku dok sorang2 kat rumah. Suzy pegi Miri, Lizzy pulak pegi Singapore minggu ni. so berseorangan la beta malam semalam. jadi disebabakan khamis malam jumaat, maka cerita kat tv semua kebanyakkan adalah cerita hantu. betol tak??? betolll kan. so aku takde mood nak tengok American_Idol.

ting tiba2 muncul idea meng-re-arrange bilik aku. sebab tengah plan nak beli lagi satu wardrobe. so kena susun betul2 kasi tak nampak sempit la. berkemas la aku sorang2. bilik aku besar tak besar mana la. cer tengok entry lama ni.


ni atas ni gambar time mula2 pindah. barang pun tak banyak lagi. lemari pun dua pintu je. sekarang ada lemari kecik lagi. lemari baju besar tu pon dah PENUH sangat dengan baju bajan. ate nye bole tahan la jugak BERAT la dia.

kudrat perempuan nk tolak almari kuat mana la sangat kan. itu lah cite nye.. tunjuk rajin tak bertempat nk tolak sendiri. RASAKAN!

this back pain is killing me.... :'(



March 24, 2011

what a day...


arini and semalam adalah sangat busy. ini pun curi2 masa bukak blog sebab kepala dah tepu sangat buat keje. bole gila la macam ni kot... boss not around. dia pegi outstation Singapore nun. nasib baik pegi 3 hari je. kalo 3 minggu kurus macam Paris_Hilton terus. *tetiba je kan*


dah la arini period pain amat menggila. orang dok call2 tanya technical la itu la ini la... serius rasa macam bila je dengar telepon bunyi, nak angkat hempuk at lantai terus. dengan orang yang tak paham bahasa dalam sejam nak call sampai 10 kali memang menguji kesabaran betul.

bunyik macam aku keje division ni sorang2 kan. tak de orang nak tolong cover keje aku kan? and yes! memang pun weh. no one. tak ada! ada sorang pun macam tak wujud je dia tu. sebok nak berenti sangat dah so buat keje macam biskut kejap ada kejap takde. confirm2 la encik boss takde buat masa skrg ni. haishhh.... mengeluh la mira oi..

aaaa....ari isni aritu bole wa kene cir birsss... makan apa pun tak tau la... tapi rasanya makan kat kursus kawen tu. sebab banyak sangat laukkk kot time lunch. and aku sorang je yang amek ikan Keli. yang lain2 langsung tak amek keli. so padah sorang2 dari pukul 5 pagi bertapa dalam toilet. and pukul 7 off to keje. Hebat kan mira ni. bahahaha...

FB aku pun sekarang dah sunyi sikit.. tak de nak upload2 gambar sangat ke. nak update status ke.. lebih banyak menceceh kat twitter je.. so jangan la segan2 nak follow k http://twitter.com/#!/MYRAspberry insy i will follow u back. teeheee...



March 21, 2011

Kursus Kahwin


last Sabtuday and Sunday aku pegi attend kursus kahwen with Mr Fiance and my housemate& her partner. plus kawan housemate jugak. so berenam la kan...

sabtu from 2.30pm sampai 6.30pm... ahad tu yg hazab tu... from 9am-7pm kot... kitorang pegi dekat wangsa walk punya... parking senang la jugak sebab wangsa walk tu ada parking besar kan... pegi ni pun L!Z yang booked kan... then sampai2 register and bayar je...

tak payah nk pegi awal2 ayar semua.. http://astanamukmin.wordpress.com/ ni la tempat kitorang pegi. bole la melawat... betul2 bertentangan dengan wangsa walk. if rehat lama tu sempat la jugak berjalan masuk kan cuci2 mata...

ayu tak? eh salah, namaku Mira ok....


see.... semangat beli tudung segala okkk.... sejuk je mata memangdang bila pakai tudung ni... InsyaAllah one fine day nanti ku akan berhijab. im not ready yet since perangai pun tah hapa2 kan... baik pakai bila aku dah betul2 ready nanti.

the course was ok ok la... not too bad n noot too good. since penceramah pun ada yang membosankan kan... eh eh salahkan penceramah pulak.. but betul la wey.... kalo penceramah pun tak menarik minat peserta, macam mana kita nak bagi tumpuan sebabkan tak menarik langsung apa yg dia cakap tu.


Sabtu

2.30 - 4.30 pm : first2 mesti la bersemangat kan.. Ustaz tu takde la lawak sangat. means lawak jugak tapi tak sangat.

5 - 6.45 pm : Ustaz jugak. tapi lebih lawak sikit dari ustaz first tadi tu.. so kurang la mengantuk. but i can see Mr.fiance dah tertido... Danggg!!!

Ahad

9 - 11am : sangat lawak Puan Nurul Huda ni... she is not ustazah, buat kitorang panggil ustazah jugak. Mr.fiance and faiz siap bole gelak2 lagi cakap ustazah ni boleh masuk rancangan Pilih Kasih. sebab die berlakon macam real je ok. as in "real", betul2.

11.30am - 1.15pm : dapat penceramah dari jabatan kesihatan pulak... tapi perangai gaya macam MDaud Kilau. u know what i mean kan... lembut je siap senyum2 macam usop hantu kak limah. hahahahahaha....serius nk gelak bila teringat nak compare diorang dua.

1.15pm : buffet lunch. lauk meriah banyak. pilih je apa. ikan keli, ayam, ikan merah, ketam berlada, lala masak lemah, sayur kacang panjang, kangkung, kobis tempe. tu je kot. ke ada lagi tapi aku tak ingat. tah la...

2.30 - 4.30 pm : ni start mengantuk. penceramah satu tone je suara dia walaupun kuat. dengan kenyang nya. me n liz n her friend dah tersengguk2 dah... dengan tak senang duduk rasa macam nak baring je. masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

5 - 7 pm : last session segar bugar! ustazah aktif semangat gila ok. terus dengan kitorang2 jadi semangat. dia semangat dok panggil2 orang je. tu yang takuit tu, kena la segar kan... hehehe....


tu je la summary kursus kahwin ku... hehee.... dapat sijil dah bole kawen!!!!


March 18, 2011

Felaiday yo!


hari ni Jumaat.. aka Friday. atau kalo orang Chinese sebut, Felai-day. no offense pls...

banyak benda yang berlaku minggu ni... berita2 yang mengejutkan pun ada... yang menggembiarakan pun ada.... so kira balance la.. dengan workloads lagi yg kadang tak menentu gembira or terkejut tu...

kite cerita berita mengejutkan dulu la... one of my friend yang tengah preggie 6 months old telah kematian anak dalam perut... sangat mengejutkan aku benda ni... terasa la jgk sedih walaupun bukan anak aku. but still, naluri seorang perempuan tu ada dlm diri aku ni ok... dia dah penat2 kandung, tiba2 bole meninggal dalam perut. dah bukan rexeki nak buat macam mana kan.

bayangkan la dia kena berpantang tapi takde baby kat sisi. tak ke sedih tu? aku tak pegi melawat pon lagi since her emotion pun tak stabil lagi. keluarga terdekat je ada dengan dia. Mr.fiance ada pegi semayang jenazah arwah anak dia tu. baby girl. pegi tengok kebumi lagi. aku je tak sempat pegi sebab keja.

oh cerita menggembirakan? mr blacky jazzy sudah dapat! i lebiu la jazzy. lepas tu terus rasa macam nak menganak tirikan Yaya. ;)

this weekend dah fully occupy. kena attend kursus kawen kat area wangsa walk. kitorang pegi dengan housemate dengan partner die nanti. looking forward into it sebab dah dua hari dah dok try test pakai tudung, and its kinda cute of me. hehe...


March 14, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa


sabtu lepas keluar dengan Te... pegi KLCC sebab nak tengok cite Hikayat Merong Mahawangsa ni... nasib baik Te dah beli tiket ari Jumaat tu... kalo tak memang menjawab la dok front row tengok cite ni...

memang full house ah! kalo TGV jual tiket duduk bersila pun aku rasa laku jugak. ada jugak orang nak beli kan... sebab memang aku rasa cite ni memang mendapat sambutan sangat2!


pandai pulak tu KRU studio pilih lelaki hensem sebagai hero... ala-ala Jhonny Depp ok. this is not bad for a malay movie. kata Chronicles of Malay Empire. harus la ada cakap bahasa melayu jugak walaupun almost 50-60% speaking english.

and aku rasa umi nazeera tu tak belakon pon takpe.. sebab watak die macam too small. tapi nak bibitkan kisah2 percintaan utk nak kenakan dengan lagu anuar jeng tu, kena la letak watak dia tu...

watak aku paling suka is si mawas man aka khir rahman. memang menjadi la jahat dia dengan botak dia tu...

Thumbs up to KRU! good job.

and rasa nanti nak last2 bila tak ramai orang nanti, macam nak tengok lagi sekali.



March 8, 2011

Selamat Hari Wanita, Perempuansss!

Men are stronger than women?

Oh Please!!

Can you bleed for a week and survive?
Can you squeeze a 14 inch baby from a 10 Centimeter Hole?
Can you carry a 7 pound baby in your stomach for 9 months?
Can you take care of a child, cook, clean AND talk on the phone @ one time?
Can you carry a 108 lb shopping bag?
Can you go a week only eating salad?
Can you face heartbreak?
Can you watch the love of your life be with some one else?
Can you burn your forehead with a curling iron and not complain?
Can you walk all day in 5 inch heels?
Can you cry all night then wake up the next morning like everything is okay?

I don't think so...

Ladies, pass this on.. cheers to u ladies!

Men, eat that! =D

Happy international woman's day!






Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

March 6, 2011

Dang!!!!!


camera bawak balik Ipoh. tapi kabel tak bawak balik. elok je dok bergilung atas katil sebab aku dah pegang and tinggal nak bawak masuk beg je. Nice!

rumah pulak takde memory card reader. camne nak transfer gambar!!!!!!!!!!!

sorry Yatie. takde la gambar farewell ko jawabnya.


March 4, 2011

Yatie's Farewell


semalam (Khamis) adalah Yatie punya last day kat I.A ni... so ada la kitorang buat farewell party sket2... my ex-boss yang kasi kitorang coach bag tu sponsor semua.... as in semua dia bayar. aku tolong arrangekan aje.

kami ada cake (choc banana), Dominos, and K-hep-si! buat dekat office punya pantry je termampu. sebab if nk buat kat luar macam takut tak sempat je kan...


gambar adalah banyak jugak but semua dalam camera. and laptop rosak macamana nak transfer? cer crite cer crite? so ini gambar dari BB je... if dapat transfer aku hapdet ok the gambarsss...

oh yes! arini malam ni nak balik Ipoh. berweekend kat Ipoh. so transfer gambar kat ipoh je la. one problem solved! yeeehuuuu.. tak sabar nak balik Ipoh ni.

to Yatie, "clean ur dest before u go">>> that was what orang kedai kek tu tulis. DEST instead of DESK! choiiii.....

- remember we had so much fun in ICS team?
- PD trip
- skytrex adventure together gether.
- eating like nobody cares during Singapore trip
- gantung kaki session after jalan2 @ Chinatown Singapore. :}
- photography session which is lompat2 session as u r the best photographer for my lompat2.
- badminton competition - where u and ur emo partner kalah. hahahahaha...
- gossip2 session - El1za, chiz0ba, S bibir pink, Sol_out, Spoon_fed, kak DD, mak mah, ABANG J a.k.a Losai, etc.

and too many memories to write it here! All the best in whatever you do! KAWEN JANGAN LUPA JEMPUT!


oh my oh my!



saya sangat adore ini body... kurus tapi takde la macam kurus kelengking tu... bons pon tak besar sgr. teks pon tak besar sangat. JUST NICE mata memandang. bila kan ku dapat ini bentuk badan???

teringin ni! gonna work out smart not hard. and try new diet programme. ;) wish me luck.


March 2, 2011

Selalu begini...

Ala perempuan biasa la kannn... Kalo rambut panjang tak sah kalo xde sepit rambut yang gabak2 besar nye... So do i. Aku punggg adoo...

Tapi aku ada satu masalah. Which is kepit rambut aku slalu hilanggg...or misplaced. Sebab aku jenis suka dok kepit merata. Ni gambar kepit kat alas tv dalam bilik...pastu pagi esok tu abes cari satu rumah tak jumpe.

Penah gak aku terkepit kat langsir bas. Langsung memang tak dapat balik dah la. Cite nye memang asek kepit mengepit kat mana2 tempat yang asal boleh je la... Tettttt!



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Its Her Birthday Dinner


lama kan aku tak update. act, not in the mood la... bukak baca je. update malas. so sekarang rasa nak update, nah amek update. tapiiiii entry basi laaaaa...

dah dua minggu lepas punya entry la... time wish birthday si kenit ni... so keesokkan hari birthday dia, BF Yanie buat dinner untuk kawan2 terdekat yanie ni... was held kat The Hills @ Bukit Damansara...


tempat die cantik gila kotttt!!!!!!!! standard la restoran macam ni kan sepinggan 50 60. nasib subme diranggung oleh bf yanie. kahkahkahkah.... selamat disitu!


kitorang which is me, mrfiance, n Topet antara orang yang terawal sampai. pukul 9 sampai tapi orang len pukul 10 sampai... angin tak angin sangat la kan sebab orang nak belanja. cer cuba bayar sendiri, mau makan n terus blah kot tak tunggu orang lain dah. hahahaha buruk laku betul.

so bila sume orang dah sampai, baru birthday girl sampai. makan2 sembang2 mingle around and last skali nyanyi2 tipu lilin potong kek. fuhh...ayat takde koma, baca satu napas je. =)


time bergambar atas2 ni makanan tak sampai lagi. bila makanan sume dah sampai harapan la nak bergambar kan sebab dah pukul seploh lebih kot. wa dengan tak lunch nye memang kebulur ah... terus zap zap makannnn....


lepas tiup lilin sume dah kul 12 kot... terus cha-alip-but balik rumah la... tu pun nak tunggu jockey amek kereta dah 15 min 20 minit gak la aku rasa. oh yes restoran ni takde parking eh. sume jockey parking kan kete kite. RM10 je. nasib la tak mahal kan... tapi dari parking tu nk menyampai ke restoran tu hazab la naik tangga. THE HILL kata ko kan... harus atas bukit. nan ado escalator pungg!


group pic before balik... from left Topet-BF yanie,Pi0ng-Yanie-mrfiance-and me. such a beautiful dinner for this little lovely friends aka my pet sister.
we have known each other for more than 9 years! i.heart.her.so.much.full.stop.