August 30, 2010

sabtu - longlai....


sabtu adalah hari yang paling memenatkan bagi aku... coz aku kena datang ofis... ada outstanding keja need to settle before 1/9/2010. so sebelum apa2 jadi hari isnin, like tak sempat siap ke, baik aku buat awal2 kan...

dari pagi pukul 9 aku meleperkan vontot kat opis sampai pukul 4. then si BF pick me up from office sebab aku nak berbuka at my fren's house. sekali melawat dia baru deliver dia punya second baby. jem punya pasal nak ke area S3rdang sana dekat2 pukul 6 baru sampai rumah dia... tapi sempat la singgah bazaar beli apa2 dulu kan..

her first daughter used to rapat with me dulu time die dok kat KL.. skang dah pindah S3rdang, so jadi kureng sikit... ini la budak kecik yang pernah comolot dengan aku, siap pakej siap gigiiiitttt bibir aku...


she's just sssooooo adorable!

rasa nak pelempang kan sebab pose comel macam ni??



and this is her baby... named Farisyia. baru berusia 9 days old time ni... kesian kawan aku tu.. raya nanti tak boleh nak makan rendang lemang semua sebab dalam pantang lagi. kitorang siap dok ejek2 dia lagi..


sampai satu tahap tu dia buat wish "Ya Allah panjangkan la umur aku. aku nak tengok and gelakkan korang pulak time pantang nanti.." hahahaha...bole tak dia wish macam tu?? korang tu aku n suzie my housemate. hahahahaha apa2 la janji kita happy.


.

August 28, 2010

my new baby camera


if you follow my twitter, you will know. sebab aku ada memekak kat sana aku dok baca manual book si camera ini... dibeli pada minggu lepas @ L0wYat Plaza.

actually, tak plan pon. but bila pergi ke Digi centre kat sana, ternampak ada sale. terjah2 terus berkenan ko.. so i chose Nik0n-c00lpix. hajat nak S0ny TX-5, tapi still mahal lagi if sale pon, tak jadi nak beli.

terus short duit... nak2 raya ni sakan perabis duit. adeh. confirm lepas raya ni sesak napas... huhuhuhu....

so bawah ni ada beberapa tembakan dari baby-C saya... ;) eh eh...gambar boleh di klik untuk tumbesarannya.




gambar tak boleh belah kan??? tah hapa2 la aku ni....

August 27, 2010

aku insan lemah...


semalam.... pertama kali dalam hidup sejarah aku kat dunia ni menangis lepas berbuka puasa.. dalam pukul 8 macam tu... hiba. syahdu. sedih. no other words.

sebab nya kecik je... sebab berbuka sorang2. bukan tak biasa, biasa je. in fact selalu jugak la buka sorang2 weekdays macam tu... sebab kadang2 my housemate ada hal lain so kena berbuka kat luar dengan orang lain. kalo dengan kawan2 dia yang aku kenal, aku join sekali la..

elok je lepas habis berbuka makan nasi kerabu and chicken wing, kemas2 semua, time tu tengah tengok berita tv3. i received a call from mama... tanya khabar semua makan apa sihat ke tak segala kan. time tu ok lagi.

then she started to cerita pasal berbuka puasa at kampung, (yes mereka dekat kampung sekarang sebab harini Perak cuti) makan ramai2, pegi bazar ramai2, beli macam2, masak macam2, ke-happy-an berbuka ramai2, mata aku dah start bergenang air mata.

sedih sebab aku tak dapat join diorang. tak dapat jumpa nenek. and my closest auntie and cousins. sedih sebab diorang ramai2 bising2 tapi aku kat rumah sorang2 sunyi and dengar bunyi tv je.

tapi aku control suara tak nak bagi mama tau aku dah dekat nak meleleh air mata. mama cerita2 lagi. aku macam "ye ke" ala2 gelak tapi sebenarnya sebak.

i miss them. i miss semua. tot of nak balik this sunday and MC isnin and selasa balik KL balik.

oh satu lagi benda yang aku tak percaya. petang tu before habis office hour aku dok memekak kat officemate aku Yatie yang aku nak makan nasi ulam. tapi taknak beli kat bazar sebab nampak macam tak sedap. nak yang nenek aku buat, nenek aku gaulkan. sedap. then mama bagitau yang memang nenek buat nasi ulam!!!! macam dia dapat rasa apa cucu dia nak makan kan?? lagi aku sedih!

lepas je letak phone terus meraung!

kerabu mango! hahaha...

ok im so sorry sebab tak sempat nak publish apa2 pun... nak jenguk2 blog korang2 pun tak sempat.. tipu...ada la tengok2 sikit, tapi baca pon gitu2 je...tak concentrate...

sebabnya semalam busy melampau2 ok.. sampai ada satu tahap tu rasa nak pecah kepala. sebab tekun sangat buat kerja, so jadi macam kepala ni penat. kepala ke otak eh??? semalam semalam nye pon busy jugak...tak sempat pegi bazar pun. but actually bukan tak sempat, tapi tak larat. so beli kat cafe bawah kondo saje... lauk dia sikit je la tapi...TAPI...MURAH GILA!!!

bayangkan la aku beli ayam 3 ketul (tapi kecik tak kecik sangat la ayam kicap dia), RM6. then aku pegi ambil lagi kerabu mangga ada la dalam 3 senduk. dekat nak penuh jugak la plastik putih isi lauk tu aku isi...

time nak bayar tu aku bagi la plastik tu kat orang jaga kaunter kan. aku dah expect mesti 2 ringgit ni....
then dia cakap, "seringgit kak."

Me: huh??? (serius buat muka terkejut)

Then dia macam belek2 plastik tu balik kan, dia cakap lagi, "50 sen je la kak".

hahahaha...mesti dia ingat aku cakap huh sebab mahal kan...padahal aku cakap huhhh sebab murah... sebab kat bazar haritu aku ada beli sama banyak macam tu 2.50 ok.. mahal.. ni 50 sen je...


ni la kerabu mangga tu... sodap ooo.... tapi pedas sket.. huhu... pagi2 lagi dah bagi korang kecur liur kan??? dia punya masam2 manis pedas tu... perggghhhh.... slrrrpppp!

ok stop...

August 25, 2010

Happy Women's Day..



masih tak terlambat kan nak wish??
baru tau je..makanya baru la wish... hahahahaha...


p/s: im freezing... feels like in an IGLOO..


Mood terkejut...


pagi2 tengah on the way pegi office dah ada orang rosakkan mood. actually bukan rosakkan mood la, terkejut kan mood aku ni ha...

ada motor melintas selow selow depan aku tatkala dia dah nampak aku nak lalu lama dah.... WTHorse????

mula mula aku ingat yang dia tak akan melintas la... sebab time aku menghampiri dia, dia diam je lagi. tup tup bila aku dah dekat sangaaattt dah baru dia lintas depan aku.... kalo lintas laju2 takpa, ni tak! slowwwwwwwwwwww nak mati...

dah aku kena emergency break.. siap horn panjanggggggggggggg lagi... dia pulak bole pandang aku dengan jelingan tajam buat muka marah. "hey!! kau yang salah ok! nasib aku tak langgar kau tadi tak... kalo aku langgar dengan mata mata kau tu takleh nak jeling aku..."

dasar bangsa kap lam ya nga memang macam ni kan????


August 24, 2010

Alhamdulillah...


Kenyang... Baru lepas berbuka kan...berbuka sorang2 harini sebab suzie buka dengan lawyer company die..cmtu la..den pon tak tau sangat...

So buka kat rumah je la..malas nak ajak sapa2 teman buka kat luar.. Penat sangat... Harini banyak keja kat ofis...plus sorang pulak nak kena handle. Yatie bole plak MC (la sangat) hahahahaha...padahal dia dah cakap dia malas.

Tapi betul jgk.malas kot nak keja.hari2 workload sama je...kadang pening dibuatnya...dulu time study tak sabar nak gran and keja and dapat duit sendiri. Tapi bila dah keja rasa nak jadi student balik. Haish... Eh eh tak baik mengeluh.

Eh dah terpanjang pulak tulis...ingtkan nak bebel sikit je. Arini buke beli lauk kat cafe bawah. Nasik masak sendiri. Malas nak pegi bazarr.

ragut laptop!


ok...seperti macam yang aku janji semalam, nak cerita kisah time lepas berbuka kat Barra tu kan... Barra ni macam kedai no 4 5 dari corner lot la... kat cornet lot tu pulak ada satu kopitiam yang baru nak up camtu la.. nama tak yah sebut takpe kan...

so dah nama pon kitorang duduk open air kat luar kan, kedai2 diantara 2 kedai Barra n kopitiam ni pula tutup, so memang nampak la kan kejadian di depan kopitiam ni.. ada 2 3 bijik kereta je jadi penghalang but stttiiiiillllllllllll nampak...

oleh kerana kawasan kedai ni macam baru nk hidup macam tu, so tak banyak kedai bukak lagi. so memang agak sunyi skit la kawasan ni... dalam pukul 8.30 macam tu kitorang ada perasa satu motor ni naik berdua, dua2 pakai baju kaler grey, lalu je pastu macam usha geng2 table kitorang semacam jeee.... dah orang tengok camtu kite mesti la perasan kan...

pastu die g kat kopitiam tu benti kat situ. kat tepi sket la...bukan betol2 kat depan kopitiam tu. mamat yang dok belakang turun dari motor, cakap2 jap, then naik motor balik, blahhh....

tup tup ada datang pusing2 lagi dekat 7 8 kali kat area2 Barra and kopitiam tu... kitorang dah syak dah mesti nak ragut or curi je ni...sebab diaorang macam tengah aim something jeee... masing2 jaga handbag masing2. kitorang siap bagitau orang yang keje kat Barra ni lagi. ada staff dia siap pegang kayu dah menyorok tepi tiang...

then dalam kali kesepuluh diorang pusing2 naik motor kat tempat tu, kitorang usha lagi... mamat dok belakang ni turun jauh sikit. then jalan kaki laju2 menuju ke arah kopitiam ni. yanmg sorang lagi pulak naik motor ni, follow dari belakang.

tak sampai 10 saat la dia masuk kopitiam tu, lari2 sambil peluk laptop. lari terus naik motor. macam haraammmmmmm kan perangai???

ni jadi real ok depan mata kitorang. bayangkan la orang duduk dalam kedai yang kita rasa selamat pon boleh kena curik laptop, ni pulak yang dok jalan2 galas bag laptop, pegang handbag bagai. be carefull ok guys!

bulan puasa ok buat keja takde paedah ni....semua jadi terlalu pantas. staff Barra yang pegang kayu pon tak sempat nak kejar...

aku cerita ni nak bagitau korang je, jadikan pengajaran. kalo nak bawak laptop online kat mana2 pon hati2 la k... kita mesti tengah kusyuk je kan pandang laptop, orang datang cepat2 amek dari belakang kita mesti kita tergamam kan... so hati-hati eh...


August 23, 2010

@BarraCafe


sabtu buka puasa dekat Barra*Cafe somewhere in Ampang. Tempat second day aku buke aritu... tapi kali ini kite amek set buffet pulak ok... RM36++ per person....


makanan adalah super sedapp....tapi ada sket terlebih masin... tapi ok not bad... aku mula2 dah terjah nasi putih and gulai ikan masin + nenas. terbaik la... sama macam mama masak je rasa...feeling2 kat rumah jap..

lepas tu ada lagi, kambing bakar punya turn and ketam bercili! terbaik jugak... itu je yang aku betol2 lahapkan pon... haaaa, plus kerabu kerang.. sodap juga.... boleh kata suma sedappppppp la....dessert kuih muih suma sedap... 5/5 stars ok aku bagi...

tempat pon tak pack ramai orang sangat... just nice je. so takde la ko berlanggar2 montot nak amek2 makanan kan.... kitorang berbuka dok kat open air nye tempat... kami berenam me, si BF, T0pet, Suzie, Pyan and Mira.. another mira ok.... ;)

time kitorang lepas buke ni kan...ada satu kejadian curik laptop kat kedai sebelah ok... real depan mata... esok aku cerita ye...


jumpa memey...


oo em gee... dia cantik...! full stop.

tak sangka Memey tu tinggi eh?? aku tengok dalam tv macam biasa2 je.... and sangat la kurus murus hokey... jeles ai tau...

ok memang aku ngaku i used to hate her dalam entry ini.... tapi itu dulu la weh.... lame dah... kes tu pon dah setel dah ek?? ntah la... hahaha....biar la. nobody's perfect aite???

aku terserempak dengan dia (memey) and Norman*Hakim kat Pavillion semalam.... dia bertiga dengan anak N0rman... takkan anak dia dgn memey pulak kan.... rasanya anak second N0rman kot. pompuan... comelll!!! she called memey, "Mummy"

terserempak pulak dalam toilet kan... memang den tak lopehkan peluang la amek gambar....


Me: I nak amek gambar dengan u boleh tak?

She: boleh2... jap eh... (sambil belek2 rambut dia)

Me: Shopping ke?

She: tak la... ada appointment buka puasa...
Me: oooo....

klik klik klik amek gambar.... tapi guna hp si bf yang ada dlm handbeg aku... cari berry tak jumpa...so kita guna mana yang cepat... lagi pon dalam toilet tu tak ramai orang, toilet kat belakang La_Bodega tu. tu yang ok je aku nak mintak amek gambar.. kalo ramai aku pon segan kot... gambar kitorang tu nnt la aku letak kat sini ye...

btw, shes gorgeus. tinggi lampai. cantik!



August 20, 2010

My Convo-Day


bole tak aku terlupa nak update cerita aku konvo... cerita pon macam dah basi. tak de la basi mana pon kan...last week je. 10/8/2010 aku konvo ari Selasa kat D3CTAR UKM.

so korang tatap je la gambar eh... gambar ni jugak aku letak kat FB. tapi ada diantara korang yang takde FB aku kan..so tengok kat sini....

gambar adalah tak tersusun... malas!














ok itu aje... daaa!!!!

August 19, 2010

nak tengok menu buka puasa orang yang berbuka sorang2 semalam???


kuih talam


kuetiau goreng (bajet taknak makan nasi punya pasal la ni)

ayam goreng uncle bob...

eh eh...gambar air tetibe takde plak... rasanya ada snap... air laici sajo... homemade di rumah... berbuka semalam sorang2. T_T

tsk tsk....suzie berbuke kat ofis...terpaksa la den buka sorang2....lepas buka terus msg mama tanya makan apa. nasib mama cakap semua lauk param. takde la rasa jealous and homesick sangat.. teeheeee...

takde la sedih mana pun buka puasa sorang2.. cuma kadang2 je la if selalu sangat buka sorang2 tu yg tasa sedih tu.. bagi aku biasa je la.. makan, sambil tengok tv. bad habit. sila jangan contohi.

new hair cut


sudah tak tahan lagi dengan rambut panjang yang makin menipis akibat keguguran (bukan pregnant ye)... banyak oh rambut aku nih gugur. tak tau nak buat camane lagi dah... still gugur jugak.

like last time, rambut aku gugur, tapi bila aku potong pendek, dah tak gugur. itu la sebabnya sekarang ni aku berambut pendek. walaupun sumpah sayang sayang sangat sangat dengan rambut panjang itu. bukan senang nak panjang. tapi bila dah panjang kena potong pulak.


aku pegi potong rambut last Sunday. kat area2 umah si BF. time tu takde arah tujuan nak pegi mana.. mula2 nak pegi Wangsa Walk, tapi pikir macam dah lambat je. padahal baru pukul 4. tapi kena pikir kemungkinan yang berlaku juga, confirm2 mesti jem punye otw nak ke sana tu.

so decide pusing2 area Ampang saje la... aku gi potong rambut, si BF g tukar lips keta aku. lips keta aku dah nak terburai dah. sebabnya 'lowered' (betul ke perkataan ni?) sangat... berapa kali dah tersagat.... tak sanggup ok.. kereta sakit rasa macam aku yang sakit pulak... ok itu lain entry ok... btw, yaya dah sihat!!!!

after 30 minit macam tu, wash and blow, treatment segala, tadaaa....


my new hair cut... comel tak comel tak??? (sambil kedip2 mata buat muka comel)

ok mari kita close-up sikit muka comel aku ni...(pengsan) Pang! LEMPANG SE-DAS!


btw kan, saja je nak bagitau... hari yang baru keluar salon ni je la rambut ni comel lawa segala... lepas tu?? hampeh... serabai tauge ok... mula nak melengkug sana sini, bengkok2 la... mencik ai!

August 18, 2010

schedule hari ini...


abes keje 5.30pm...
kemas2 meja angkat beg semua jalan turun parking 5.35pm...
start enjin tunggu kejap 5 minit...
keluar dari basement parking 5.40pm...

rempuh jem balik ke permaisuri 20 minit dari jln loke yew...
6.00pm sampai area permaisuri.
isi minyak dulu plus minus 10 minit.
6.10pm keluar dari petrol pam menuju ke bazaar ramadhan di Bandar Tun Razak.
ye..hari ini na pegi bazaar jauh sikit.. drive dalam 10 minit lebih jugak la...
Approx. dalam 6.25 sampai bazaar.. nak cari2 parking lagi ingat senang ke time waktu kemuncak orang balik opis nih...

beli dan belah selama lebih kurang 30 minit..
pukul 6.55pm berjalan menuju ke kereta.
7.00pm masuk kereta & drive balik Cengal.

10-15 minit baru sampai..mesti banyak kereta punya.orang lain pon seb0k nak balik rumah masing2 kan.
7.15pm sampai parking Cengal.
2 minit amik masa untik berjalan ke lif.
3 minit tunggu lif.
3 minit naik lif.. tingkat 19 hokey... memang lama la...
seminit jalan ke rumah dah bukak kunci...
7.24pm sediakan makanan berbuka.. ala...keluarkan makanan2 dari plastik and letak dalam pinggan je... itu ambil masa selama 2 minit.

then 7.26pm.... masuklah waktu berbuka bagi seluruh umat Islam di KL. yeehuuu!!!

saya tidak suka menunggu saat2 berbuka puasa... seminit bagaikan setahun pulak rasa.. mood ini datang dikala gastrik melanda je ok... saya bukannya budak kecik yang tak tahan puasa satu hari. harini gastrik agak teruk... first day start gastrik perut gemuks ni.. haish...

puasa oh puasa!


puasa puasa ni boleh buat homesick ok...

rindu nak dok kat rumah sendiri.

rindu masakan mama! oh no! baru 7 hari makan makanan kat param dah muak dah. dah tak tau nak beli ape...

nak mama masak asam pedas, gulai ikan, kari daging, kari ayam, ayam masak merah, gulai ikan masin, tomyam, dan lagi lagi lagi.. telur goreng kalo mama masak pon sedapppppp ok!!!

rindu juga dekat kerabu mangga kat param kat Ipoh...
takde yang sesedap itu kat KL ni aku rase.

ni yang nak balik Ipoh ni...tapi macam sekejap sangat je weekend. takut penat la pulak.. huhu..


August 17, 2010

menu di kala berbuka..


menu-menu sepanjang bulan puasa, tapi takde gambar ok.. sebab malas... huhu...

1st day puasa: Indian food

2nd day: Barra Cafe @ Ampang... malay food. siakap tiga rasa, sambal udang, baby kailan ikan masin, telur dadar, keropok lekor, sirap bandung, and tembikai as dessert. RM 60 per set. set for 4 person tapi kami makan bertiga je.. with T0pet and Suzi.

3rd day: buke di rumah. makanan sangat banyak sebab 7 orang semua pegi bazar. tapi bazar lain2... ni kawan2 Suzi, so aku pon kenal la diorang...plus my another housemate. memang sangat2 banyak...tak tipu... tak habes pon makanan nye. semua beli ikot napsu! aku makan, kuih tepung pelita (wajib), nasi kerabu, and murtabak.

4th day: sabtu... buka dengan pizza.. tapi disebabkan tamak, piza large tak cukup utk 2 orang, kita tambah ikan bakar and ayam percik. balik rumah masak nasi. tapi elok je makaan 3 slice pizza, dah kenyang. tapi kenyang sekejap je. pukul 9 makan nasi.. hahaha... oh tak lupa kuih kegemaran di kala bulan puasa, tepung pelita.

5th day: ahad... makan di rumah jugak.. beli kat bazaar @ Ampang... makan kuih tepung pelita, ayam percik, nasi lemak lauk ikan keli masak lemak cili api, kuetiau goreng. tapi kuetiau goreng tu share2 la.. sebab nampak macam tempting habis je, tu pasal beli, taknak kempuanan nanti.

hari keenam: ayam masak kicap la apa lagi!!! Tiba-tiba emo sebab tak daat beli kuih tepung pelita @ tako.


dugaan Ramadhan...


semalam petang hujan lebat kan??? dah la aku keluar ofis lambat..time tu baru je renyai2 ujan, so pikir nak pegi bazaar ramadhan la kan. bukan pikir, memang kena pegi dah...kata duduk bujang, mama papa takde nak tolong masakkan.. ;(

so drive balik rumah, elok je nak sampai bazaar tu, hujan turun dengan selebat-lebatnya... takde bagi can langsung ok aku nak keluar kereta.. ada la jugak dalam sepuluh minit aku tunggu dalam kereta kat tepi bazaar tu kot2 hujan nak slow kan, tapi takdenye..

apa lagi, terus buat u-turn balik rumah la... dah nak jalan pon tak nampak pape ok.. memang super duper lebat la wa cakap lu... kena bawak slow2 biar lambat asal selamat kan.. balik rumah terus bersilat kat dapur la...

housemate aku dah beli makanan...mula2 dia call aku nak tolong belikan makanan untuk aku, tapi my berry habis batery pulak.. memang tak dapat la kan dia nak call.

dalam masa sejam yang ada la aku buat ayam dalam freeze sampai lembut, and masak ayam masak kicap. itu je yang termampu. itu pon berkali2 aku masak air panas nak bagi ayam tu lembut. penat hokey... fuhh! sampai sakit2 tangan ni tau...

elok je azan, aku makan kurma, and rasa ayam masak kicap yg still mendidih dalam kuali. SEDAP! angkat terus makan dengan rakusnya...

sumpah serius dua rius aku tak selera langsung tengok lauk2 kat bazaar tu.. so kalo pegi bazaar pon aku beli macam yg senang2 je.. yang lauk2 macam tu memang tak kot aku nak beli. takut sakit perut sama... huhu.

August 16, 2010

IA Dinner @ Se0ulGarden OU


ok aku akan kembali menghapdet dengan rakus cerita2 yg hampir basi!

game event habis around 5 macam tu. then terus drive ke OU for our dinner. tapi dinner at 8, so jalan2 WINDOW shopping dulu la... nak beli belah, takut duit habis. sebab dah tau dah puasa mesti nafsu membeli menjadi semakin besar dan memuncak2. so simpan duit...

masuk sana sini semua ada sale.. menguji keimanan betol.. nasib baik tak draw duit and duit dalam purse hanya ada 8 ringgit tepat. so kita boleh mengelakkan kejadian membeli dengan rakus di kala melihat kasut primavera sale 40%, guess handbag 50%, baju2 di Zara 30%, dan Charles&Keith 20%... fuhh...mencabar mental. dah la time ni baru gaji kan...

8.30pm baru masuk makan...most of the table IA yang conquer.. so memang bising... agenda time tu adalah, makan, makan, dan makan lagi. sampai kenyang!

just enjoy the random pic ok?

GM and his wife..


yatie - me -ray


game dah nak mula.... ;)

bahan2 yang diperlukan...

sudah dicampur and my dear boss tambah ice-cream lagi ok... jijiks!

kita tengok siapa yang kena!!! lap lalilai taplom...

final... one two juzz!
luckily aku menang...so yang kalah kena makan itu fishcake dicelup dengan sos2 segala macama plus ice cream tadi.

lets see their faces.

happy nampak??

Yatie... sebab kau tak letak gambar ni kat belog kau, jadi aku letak...




kami balik awal malam tu.. dalam pukul 10 dah blah... ingatkan dah habis, tapi rupeny2 tak lagi... prize giving ceremony belom daa... melepas aku nak amek hadiah kan... kata menang 2nd place woman double...

we had so much fun that nite. plus letih juga.. tapi gembira. tido dengan muka puas sebab letih + kenyang, memang best tido!


IA Badminton*Tournament


entry basi... last two weeks punya cerita. a week before puasa la... Sabtu tu I*A ada tournament badminton. yang selama ni every week pegi main badminton berlatih tu, utk tournament ni la konon.

was held at Kota Damansara there. game start tentatively pukul 1, tapi pukul 10.30 dah kena kumpul kat ofis ok...gila awal kan???? aku pun bangun pukul 9.30am tu pon sebab Kak Linda call. kalau dia tak call rasanya dah terbabas sebab aku memang tak set alarm pon. biasa la kan janji Cino pukul 10.30, tapi pukul 11 baru diorang sampai. we ollss pulak yang sharp.

pukul 12 daftar katanya... daftar kejap je tak sampai 15 minit. nasib baik start awal, bukan pukul 1 tu... dah la banyak team... ni bukan dari HQ je.. semua branch ok... Klang, Sg.Petani, Penang, JB, B. Pahat dan sebagainya malas nak tulis boleh?

tengok2 gambar je ok kan??? rasa macam tak larat nak tulis... ;(

AJK - ahli jadi kepoh (bak kata Harry)

oh yes..saya memang akan melompat begitu. trademark ok...


my partner - Kak Linda

jatuh2 gelak2 pon we wond 2nd place k... dapat duit raya RM100 sorang. bole wat beli baju raya kan...

kami, tiada dalam gambar - sebab pegi mandi and salin baju..

lepas game ni.. perut memang lapaq tahap dewa la..tak lunch pulak kan.... gerak terus pegi O*U sebab malam we olss ada dinner kat Seoul*Garden.. sampai2 O*U je terus sebu Makcik*Annes (Auntie*Annes) sebab lapar gila...

to be continue...


August 12, 2010

First Day Puasa 2010


first day puasa dah kena booked dengan Yatie. kena bawak client from Singapore pegi dinner... sekali kan aje la dengan buka puasa kan walaupon client aku tu a.k.a our principal tak puasa... kita yang puasa ni kena la puasa jugak kan.. takkan tiba2 nak bawak pegi lunch pulak kot..

we went to Passage Thru India @ Jalan Tun Razak. tapi alamt die takde la tulis JTR pon... it is a Indian Halal Restaurant ok... the chef and the staff i think semua imported from India sana... interior pon cantik sangat!!!!! walaupon macam luar dah macam banglo buruk2, tapi tetap cantik.. bukan la buruk kan, nampak je macam buruk. but itu seni okeh!

kami bertiga. me, Yatie and Vishnu... he's and Indian guy pure from Chennai, India. (betol ke ejaan eh?). Kami mesti, wajib, perlu, harus bawak si V ni ke restaurant India sebab die dah bagitau awal2 dia tak makan western, no japanese and chinese food. takkan la pulak nak bawak dia pegi makan kfc or mcd. bak kata yatie, matik la kalo boss tau....

no picture sebab BB camera tak secantik S.E... tiba2 rasa nak rindu S.Ericson balik kan... pang sedas...dulu kau sebok nak BB, sekarang hegeh2 pulak. ok keluar topik.
makanan = best!
service = best!

aku bagi 4 star je la... sebab satu naan dia liat sangaaatttttttt..

ni antara menu kitorang pilih:

Kombudi Kolabhuri (naan)*
Dhum Briyani (nasi)
Kashmiri Pulao (nasi)
Butter Naan - liaaaatttt
Prawn masala - terbaik!*
Masala Kulcha (ayam)
Masala Tea
Watermelon Juice
Ice Lemon tea (masam sangat yatie kata)

yang bertanda * itu adalah highly recommended.. sedap sedap walaupon aku bukan la penggemar Indian food sangat...

kalo nak pegi bole la ke sini yer...

Passage Thru India,
No 4A, Jalan Delima,
Off Jalan Bukit Bintang, KL.

Tel: 03-21450366


**teringin nya nak ada blog food review sendiri.

A LONG SILENT...

long la saaaanggaaattt kan... macam sebelum ni tak pernah silent je... bukan nya apa, busy terlebih, tu yang tak dpt nak update blog tu...

actually, last monday and tuesday aku cuti... sebab tuesday tu aku Konvo. itu lain entry ok... sabtu ahad isnin selasa jadual aku memang pack! sampai rasa macam tak cukup rest je even aku cuti.

sabtu spent the whole day dengan office mate. ahad spent the whooollllllleeeeee day dgn si BF. isnin selasa dengan family tercinta. memang penat tak hingat la. tp puassss...

ini aku buat ni ala2 summary la utk weekend aku yang panjang tu ok??? yang betol2 punya nnt datang entry one by one la ekh...

oh sebelum aku lupa...tak lambat lagi kan aku nk wish SELAMAT BERPUASA. hope bulan ni akan membawa lebih keberkatan kepada semua ok... semalam puasa ok la..tak penat sangat... tapi sebab kena buka puasa dengan client, so kena entertain cakap2 sembang2 lagi, so jadi macam penat. eh2, dah tercerita pulak. nnt la aku buat satu entry ok.


August 5, 2010

mencintaimu...


dosakah aku...mencintai mu...

but, i hate u. yes u. the one i love. the one that keep makes me pissed off all the time!

pls dont say that i tak bagi u chances! banyak kali dah. i yang terlalu bodoh sebab bagi peluang kat u banyak kali sangat. sebab tu u jadi macam ni.

naik lemak! sampai jadi tak reti nak menghargai and mengenang jasa, tak kenang budi. i tak sangka la u macam ni. i jaga u, jaga hati u, jaga nama u, tapi sekarang macam ni u buat kat i kan?? i tak tau apa i nak buat lagi sekarang. u pelengkap hidup i, tapi...u buat i macam ni pulak sekarang.

i rasa nak putuskan saja hubungan kita. sekejap pon tak pa la.. janji i dapat tenangkan diri sekejap. bagi diri i masa utk diri sendiri pulak. selama ni i asyik pikirkan u je...sampai hati and perasaan i pon i tak jaga. i salah i yang kena, u salah pon i yang kena? dah banyak kali i cakap benda ni kat u. i tak tau la apa u nak sebenarnya dari i....

eh eh i rasa i tau. u nak duit i kan... berapa ribu nak ha??? bagitau i!! kalau boleh i nak setelkan benda ni cepat2. sebab i taknak u macam ni lagi. i serabut u tau tak dengan perangai u macam ni. i dah penat. penat layan kerenah u...plss...i pon manusia biasa je.ada hati & perasaan. i mampu gembira n sedih. tapi takkan hidup i ditakdirkan untuk bersedih je? i nak gembira, bahagia...

yaya oh yaya! kereta merahku... sebenarnya kau nak telan duit aku lagi kan sekarang? haish....tu la orang nak pakai kereta, kau pon nak pakai kereta mira oi...rasakan!

yaya sakit... huhu... kena masuk wad.

yaya = kereta
wad = bengkel




August 4, 2010

tidak baik untuk kesihatan...



jika pandang excel hari2... naik juling bijik mata aku dok pandang2 table kejadah sume tu...all the formulas, vlookup, adn lagi dan lagi makes me sick! sampai darah pon dah rendah ni tau.

ni yang rasa macam stress je nih...

ting! muncul satu idea nak ajak si BF g shopping lagi this weekend untuk hilangkan stress dan keJULINGan yang melanda diri ini... hahaha...alasan kukuh. stress je ajak shopping. motif???


August 3, 2010

murah murah RM2.99 sekilo....


sslluuuurrrpp!!! sedap.. manggis sedap...all time feberet jugak lepas durian... dah lama aku dok melaung2 berzikir kat telinga si BF nak makan manggis nak makan manggis, baru minggu lepas dapat makan. itu pon beli kat tesc0 je. murah jugak tu harga dia. dulu tengok tepi2 jalan macam mahal je, ni nasib baik murah tau.


sekilo rm2.99 je.. tak ke murah tu?? 3 ringgit pon tak sampai kira murah la tu kan...tapi tolak buang berat kulit manggis tu tinggal berapa banyak je kan... lantak la janji dapat lepas kempunan tu.


alamak...gambar terlebih flash pulak..

tapi takde la aku beli banyak pon... beli sekilo lebih je... ada la belas2 bijik je... memang balik je rumah aku terus bedal la...apa tunggu lagi.. kita kasi makan. isi memang cantik. takde busuk pon...


ermm...ni plak macam tak cukup cahaya. lantak la... aku dah suh si BF belikan DSLR kat aku die taknak, kan dah jadi camni gambarnye... hahahaha.... takde kaitan ok nk salahkan si BF.