Lilypie Pregnancy tickers

July 29, 2010

busy...


busy memikirkan target baru. perasaan bercampur baur (",). bercampur baur ok...tak bole blaaaah betol. terima kasih wahai dear boss kerana memberikan target itu. :(

tapi rasanya bukan la busy sangat pon. just malas & macam buat2 banyak kerja. plus mood pon macam up and down. i need a retail therapy plsssss.... yes yes! i mean it... anyone wanna join me???

sometimes, people hard to accept imperfect side of her/his partner. but at least, give and show ur support instead of being upset and pointing finger here and there. T_T

we are normal human being ok. nobody is perfect. what do you expect??? a perfect me???


tiba-tiba kat hujung entry macam emo sikit kan... apahal? belasah la...

July 28, 2010

terbaik dari ladang...



terliur tak tengok gambar nasi lemak kat atas ni??? macam sedap kan nampak??? tambah2 bila dah nak lunch ni and perut pon tengah kosong. oh! sungguh menghatui jiwa.

Nasi Lemak Zaleha Kg*Pandan... memang terbaik ah weh... this is the second time aku makan...first time memang dah akui kesedapannya... tapi tahan je nafsu nak makan.. Suzie la selalu petang2 call tanya aku nak nasi lemak tak, sebab si T0pet bf dia akan pegi beli.

tapi selalu jugak aku tolak tak nak tak nak... lemak weh. nasi lemak tu!! macamana diet kalo asek berlemak2 je makan... tapi serious. sekarang ni rasa nak makan lagi. oo em gee... pls pls tahan mira tahan... nak kurus kannnn...



July 27, 2010

hari hari ini.... ini hari hari...


HYE MORNING!!! nampak kan ape benda ni??? KARIPAP! hari2 aku breakfast ni tau... kalo tak karipap, aku makan roti gardenia 60sen tu... sedeh je. nak breakfast nasi lemak ke ketiau goreng ke takot mok mok sangat..so tahan je la makan ini hari hari...

sedap tu bole tahan la jugak. ada isi ayam and kentang kat dalam dia. plus pedas2 cili api lagik. tapi semalam bole pulak karipap ni keras!!!! gigit je abes berterabur serpih2 dia tu.. tensen je... nak tak nak pon makan jugak la... kang teruk perut ni bunyik2 nak menunggu kul 1.


great family...♥

yes i am... my family is the greatest for me... they love me. so do i. masa balik weekend lepas, walaupun kejap je, but i had a blast with them. hari sabtu saje mama tunaikan permintaan anak dia yang mengada-ngada ni nak makan gulai ikan masin. so dia masak la untuk aku...not for me la, for the family of course. (sorry tiada gambar)

lepas lunch je terus keluar and balik pukul 10 malam. papa keja, so kami yang perempuan2 je keluar dengan mama. Haikal adik yang lelaki pon tak ikot. dah besar kan. budak lelaki mana la nak berjalan2 sangat dengan family. dia lagi suka duduk rumah, petang keluar main bola, balik rumah balik main game. itu lagi menarik minat dia. tak macam perempuan, keluar lebih menarik.

kami pegi ke rumah kawan mama jap, then pegi jumpa adik. then pegi shopping. mama la yang paling shopping sakan. handbag baru la, home deco la, make-up la. mama bole la shopping, laki dia gaji kan.... kan gomen gaji last week.

aku nih? melopong je. tak sampai hati pulak nak mintak2 itu ini kat mama sedangkan aku dah keja and ada duit sendiri. tapi memandangkan belum gaji, diam tengok je la. beli barang2 baju2 untuk adik2 jugak. semua...aku pilih.. hihi

then bila otw balik tu, papa dah call2 tanya kat mana. sebab papa dah sampai rumah dah pon. we tapau-ed KFC. sampai rumah papa tanya.


Papa: ni Along belanja ni?

Mama: tak la... Zai la beli.. (mama bahasa kan diri mama ngan papa, Zai. her name)

Papa: macam mana ni... kita gi KL pon kena ketuk. dia balik Ipoh pon dia ketuk kita.


ketuk means macam asik kena belanja la.

erk. sentap mak ok...!! tu la papa mama datang KL time tengah bulan. lain kali datang time gaji ok. ;)


July 26, 2010

Adik rindu saya...


ye... my lil sis rindu kan aku....she is second last in my family. but for now, she is the youngest among us. so macam manja dia lebih sikit la.. named Talia.

sampai2 rumah je adik2 semua dah tido. Talia is in her boarding school. tak balik minggu lepas sebab two weeks ago die dah balik. takpe la nak buat macam mana kan. tapi dia dah siap2 pesan kat mama lagi via phone.

"Mama cuti kan esok?? (sabtu). Datang kat adik tau. bawak bla bla bla (segala jenis makanan). Along balik kan? bawak along sekali tau."

ni mama yang cerita. time sampai2 dok borak panjang ngan mama sampai 2 pagi lebih kot. tak ingat dah. then terus tido. mama cakap, "dia rindu la tu..." mungkin kan.. ye la, dah lama tak jumpa. last jumpa pon awal bulan 5 haritu. then papa mama datang KL pon dia tak ikot. kena tinggal. tak dapat jumpa lagi. so memang patut la dia rindu kat kakak dia sorang ni... ;)


The day I left KL...


as in my entry last week, aku ada mention kan yang aku balik ke Ipoh naik bas pukul 9 pm... takde nye aku naik bas pukul 9 mlm. kul 10 mlm baru bas sampai ha... penat menunggu ok...


terus2 masuk2 entry pasal naik bas kan... ape kes... ni before gerak dari rumah amek gambar dulu dengan beg yang sama dengan Te. Te yang beli. cantik tak??? ok enough.

actually mula2 aku ingat dah terlepas bas dah ha. sebab aku keluar dari Cengal around 7.20 pm. then nak g umah si BF dulu amik dia. dia kan nak hantar aku. sampai umah die pon dah 8.20 macam tu. almost sejam sangkut dalam jem. then nak g Jalan*Duta punnnnnnnnn jem... kitorang dah ikot AKLEH dah pon still after tu jem jugak.

sampai betul2 kat pintu masuk pon dah kul 9 ok kawan2... aku turun dulu, si BF g cari parking. nasib baik cepat je dapat parking. tengok2 bas nye tak sampai pon lagi. tunggu punya tunggu tak sampai2 jugak. fedup mak! kalo aku tau pegi makan dulu pon takpe. dah la tengahari pon tak lunch. malam pon makan waffle je.. sedih!

then naik je bas terus aku tido sampai kul 12. dah nak sampai Ipoh. aku turun tepi jalan je, then papa datang amek. balik umah terus melantak. heaven dapat makan makanan kat rumah tambah2 mama papa masak. lagi sedap!


Te darling...


last week ada satu malam tu aku keluar lepak dengan Te. my bff... we know each other since we are 13...start rapat since 15 16 macam tu. sekarang masing dah 23 years young. not old...

actually Ila and Roxa pon nak join jugak, tapi, tak jadi. sebab Ila balik keje lambat, Roza pulak nak fly pukul 12. so kami dua orang je.

pegi rumah Te, then dia ajak pegi Giant sebab nak beli bantal! bantal nak bawak balik U-TP. so aku ikot je..tapi ke Tesco la...siap Te ni sempat nak shopping2 bagai la. test2 kasut tapi tak jadi beli. haha...tapi serious kasut tu murah and cantik.

Then terjebak pulak membeli beg yang cantik yet murah...ahahaha..tp nampak mahal... kami beli sama patern and sama colour!! Te belanjeerrrrr...

lepak2 minum je dah sampai pukul 11 lebih dah.. kejap je rasa dah kena balik. te tak leh balik lambat2 sangat nnt abah dide marah.... huhu....

boleh tak time lepas anta Te balik, jalan rumah die sempit. so ada selisih dengan satu kereta. memang sempit gila la.. dalam hati cakap 'confirm calar keta aku ni'. ;( dah macam sedih dah mula2, sebab nak reverse agak jauh jugak la.. so redah kan aje...padahal aku rasa orang yang selisih dengan aku tu masuk wrong way. tapi dia boleh buat muka tak bersalah and say "kalo calar jangan marah eh"

vavi ko...ko dah la buat aku tunggu ko punggah barang keluar dari kereta sikit punya lama.. siap bole cakap macam tu lagi kat aku. tak kuaja ke namanya tu??? dah la tengah malam, sorang2 pulak tu dalam kereta, memang aku tak turun la kalo belanggar pon.

balik2 terus cek cek kereta and tengok takde calar pon. nasib baik.. ;)


July 23, 2010

kerja buang masa...


ok ni my dear boss bagi.... ada name cardssssss....


and jugak kotak name card...bukan card holder ye...


so kena susun!!!! keja buang masa kan??? sakit jari pulak tu nak belek kat satu2 nak susun ikot alphabet...macam kat kuku2 tu sakit.... 3 card holder kot bayangkan je la bape banyak name card..

kite transform la jadi macam ini....

nice...sudah siap... dan KEMAS!


gulai ikan masin mama...


cuba teka kat mana nih??? itu gambar candid ok.. mula2 memang posing, tapi sebab photographer hegeh2 godek camera, so aku pandang tempat2 lain jap. itu la jadinye...

T_T sedeyh... minggu ni tak dapat datang tempat ni sebab nak balik Ipoh... tapi seronok jugak sebab dapat balik Ipoh.. siap dah pesan kat mama lagi nak mama masak gulai lemak ikan masin + nenas.

sejak 2 3 menjak ni, memang dok asek terliur je nak makan gulai lemak ikan masin + nenas ni.. tapi tak dapat2... kalo ada dapat pon mesti tak sedap. so memang tak sabar nak balik Ipoh. mama sepatutnya kena keja sabtu ni, tapi dia amek cuti sebab anak sulung dia nak balik. isnt that sweet?? i know she loves me much! i love her too... i mean, more...


July 22, 2010

yeahuuu!!!


Sesi ber-sms hari ini...

Me: I nak keluar makan dengan Te malam ni kat area2 rumah die... Die nak balik UTP dah.

BF: ok.

Me: B, tadi mama mesej tanya balik pukul berapa esok. mana beli tiket bas lagi. T_T (malas nak drive)

BF: ye ke... jap I tanya Zul.



Zul ni keje kat Hentian Duta. So sangat la senang nak beli tiket bas. main order2 je... hihi... selang 3 4 minit lepas tu. dapat message dari si BF lagi.

BF: Tix da order. TIme, 9 mlm.

Wah...senang kan?? main order2 ape ko ingat order makanan???? yeay! i'm going back to Ipoh this weekend. miss home so much...2 bulan jgk la tak blk. asek jumpa mama papa kat KL je. terbalik pulak. mak bapak datang melawat anak kannn?? sama la macam Sue... hehehe... sorry ye tak dapat datang rumah minggu ni...


pelakon baru... (entry keterlaluan)


nampak tak aku dah warning kat atas, yang entry ni adalah entry keterlaluan. so pandai2 la baca jangan sampai terkena heart attack ok... kalo kena sila jangan salahkan aku pulak tau!

sekarang ni ada pelakon baru tau.... dia suka perasan jadi hensem dan jadi pelakon hebat. siap dah ada dapat tawarn filem lagi tau. nama adala dirahsiakan. tunggu sampai filem dia meletup nanti, korang tau la...

ini dia pelakon filem "Lubang Hitam, Lubang Spender"

ini pula terpaksa di blurkan sikit, memperkenalkan pelakon "Spender Di Bahu Jalan".


sapa2 ada kenal mana director yang nak buat filem macam ni bole la contact aku ok... nak promote pelakon (la sangat) baru ni....


p/s: oh how i miss this silly funny guy and his joke!

dulu senang, sekarang susah..


kenapa ek? dulu senang je berat turun... sebulan 4 kilo kire hebat ar tu kan.... sekarang mak aih...susahnye...sekilo pon susah....

ok aku ngaku dulu memang control makan gila2 sebulan tu.. tapi sekarang hareeemmm....melantak aje ada la... once start u cannot stop la.. dah start makan macam hantu terus susah nak try control2 balik. help me!! even pegi gym every week pon aku tak rasa aku dapat jadi macam bawah nih...

sedih je tengok orang kurus melengking macam ni... tapi aku taknak la kurus sangat sampai macam kat atas ni...tapi aku nk turunkan berat 5 kilo lagi. bole tak rasa rasa?

tengok gambar kat atas dah kantoi aku pegi gym kat mana kan... nak pegi weekedays sangat takde masa.so weekend saja la...heret si BF...pastu baru workout setengah jam si BF dah naik atas mandi dan melantak. tinggal aku sorang2 je. btw, gym ni dua tingkat ;). orang tak ramai sangat. i loike!


tak ramai orang takde la segan sangat nak huh hah huh hah lari2 peluh2 kan. kau bajet kau hot ke orang nak pandang pandang? *hahaha...mampus*

ingatkan lepas gym nak masuk sauna.. tp si BF dah hegeh2 call suh cepat.. tu la kan, sapa suh siap cepat sangat. kan dah bebel2 paksa orang siap cepat.

ok conclusionnya, wahai lemakkkkkkkkk keluar la engkau cepat!

motif??? hahahaha.....


July 21, 2010

permaisuri dah ade kara0ke...


baru ku tau kat belakang condo aku kat bandarseripermaisuri ni ada kara0ke... hebat jugak la...tak yah nak g jauh2 dah...murah pon murah. tak tau la sekarang ni murah sebab promotion ke ape kan, yang penting murah.

mula2 kitorang sampai takde orang ok kat kaunter...elok je kitorang kat kaunter tu, terus orang keje situ datang. bayar dulu, then baru nyanyi. sejam sepuloh ringgit ok la... kalo bilik VIP plak sejam RM20. not bad kan...


tapi bilik die kecik ooo.... muat untuk 3 4 orang je... kalo sume gemuks gemuksss harus la 3 orang je muat ok... lagu sume not bad la...up-to-date jugak. so adalah best menarik dan tertarik.

minggu ni nak g lagi la ngan si BF. 4 5 jam pon berbaloi2.. kahkahkahkah...tamak hokey! sape yang dok permaisuri area bole la pegi... satu lorong dengan Q-bistro.

*gambar sume ihsan pakcik google*

wednesday vs cerita pandan...


happy wednesday!!!

sebenarnya semalam adalah sangat busy. benci! lepas tu dah buat auto publish..bole tak aku buat tarikh selasa minggu depan. sila salahkan kalendar ye... so memang takkan keluar la entry tu..takpe2 aku dah betulkan tarikh tu balik.

mmm...yaya (my car) sekarang bau segar je...sebab ada daun pandan.


belas ihsan dari auntie cleaner kat ofis ni...aku mintak tolong die amekkan untuk aku sket.. kat umah die banyak die cakap. so mintak free je.. tengkiu auntie!

auntie ni banyak cakap ooo...asal nak g toilet or pantry je, kalo terserempak ngan die, memang takde can la nak lari. mesti die tahan ajak sembang2 walaupun die tak berapa nak pandai cakap melayu. but at least she tried.

memang kalo nk g toilet or pantry tu, usha2 dulu la takot die ada.. bukan malas nk layan, tapi kadang2 tu melampau lamanya dia ajak sembang. sape tahan beb!

July 19, 2010

esok


live update. okay.. esok kena bawak ini pergi ofis...

ooo em gee.... tengah struggle sakit perut kat ofis nih... salah makan apa tah semalam tak tau... :( sakit perut sakit perut. ceret pulak. ok itu sangat disgusting!

aku kalo macam ni, mesti terus rasa nak muntah2, nak pening2. oh sangat tak suka perasaan ini.... pls pls pls go away!!



tukar hp number???


mm.....thought of nak tukar hp number la...

number sekarang ni memang la dah lama pakai, since form 4 lagi kalau tak salah aku. memang la dah ramai orang tau and senang kalo ada apa2 nanti macam kawan2 nak invite open house untuk raya nanti ke... (oh dah nak puasa kannn...cepatnya!), kawan2 nak jemput kawen ke. tapi banyak jugak unwanted lalatsss yang mengetahui nombor ini? (mengetahui?? hahaha ok skema)

dah lama pikir nak tukar. cuma baru last weekend suarakan kat si BF. dia ok je setuju. tengok la macamana this weekend.

any idea which one should i choose for postpaid?? cel.com? di.gi? max.is?

July 16, 2010

Friday...


sedar tak sedar arini dah masuk ari Jumaat. cepat je aku rasa maca berjalan walaupon macam bosan dok opis tak berapa nak ada kerja sangat.. bukan takde keja, ada. tapi tak buat sebab takde sape mintak lagi. hahaha...bole tak macam tu???

actually my boss pegi outstation this week. sepatutnya busy la sebab aku yang kena buat kerja dia. kena angkat phone call dia. kena approve semua quotation. tapi bukan bole main approve je. kena wat kira2 dulu. sepatutnya kena jadi busy la kan...? tapi sumpah tak busy ok......tak busy! buat2 busy ada.

naik bosan dah dok opis ni.. nak mengadap muka Yatie nanti mengantok sebab muka dia hari2 muka ngantok. kekekeke... tapi dia MC pulak arini. kaki seliuh jatuh tangga katanya. hahaha...tak tau la betol ke tak kan. sejak2 aku ajar dia cara menipu aritu, tak tutup lampu kereta la, bateri keta kong la, macam2 lagi la, terus dia jadi lagi master dari aku. hahahaha....

so layan intern3t sampai hang pc aku semalam... hahahahaha...tapi aku kalo online, memang cover baek punya.

ini lah contoh pekerja berhemah!

July 15, 2010

adakah ini contoh makanan diet terbaik?



mari kita menyicah!!

asal boleh nak menyicah epal hijau dengan kuah rojak Mak*Bee.

lantak la... janji ado.. ko ado?

p/s: AKU RATU MENYICAH DAN RATU SEGALA JERUK MERUK MASAM MASAM.


Kurma yummy!


dah nak dekat2 puasa ni cerita pasal kurma pulak kan... dah la aku suka gila kurma.. kalo leka tu, boleh abes dok mengunyah depan tv je...

kan mak si BF balik umrah aritu. so ada la sikit buah tangan aku dapat antaranya kurma. tapi korang tau la kan kurma sana lain sikit. sedap dia macam extravaganza pulak ok.

memandangkan ari sabtu hari tu bangun awal, tapi takde la awal mane pon, tengahari jugak. tapi tak tau nak buat ape pulak. nak makan, takde benda nak masak. ada jajan2 yang tak berapa nk mengenyangkan je.

tetibe baru terfikir ada kurma lagi. so kita rembat la makan...

dates wit honey and nut


dia wat packaging macam chocolate. sedap ok. manis gila. tp manis madu la bukan manis gula. manis madu tak bahaya. hihi... dalam dia ada nut. pon sedap... sedap la...makan 2 terus kenyang. tapi kenyang kejap la.. bole la nak buat alas perut sementara tunggu si BF and T0pet datang bawak lauk asam pedas.

diorang datang pukul 5 macam tu sebab baru balik kenduri. tak ke macam kebulur kitorang?? 2 pinggan nasi aku hadap. rosak diet pon rosak la. kebulur punya pasal.

July 14, 2010

neslo sejuk...


bukan neslo ais ye kawan2.. tapi neslo sejuk...

pagi semalam la, nak buat neslo macam selalu. memang sekarang ni aku akan buat neslo. 3 in 1 nescafe plus milo... normal la kan pagi2 orang minum hot drinks kan. ape kejadah nak minum air sejuk2 pagi2. dok kat meja aku sejam pon dah bole jadi sejuk air tu.

pagi semalam time nak buat air tu, kat pantry ada la auntie cleaner and one of I*A division manager Mr.T. lepas tu boleh pulak rancang bersembang ngan diorang pasal neslo. diorang tengok aku campur milo n nescafe tu la terus tanya aku macam2 pasal takde rasa ke kalo tak campur, tak manis sangat ke dan macam2 lagi.

lepassssssssssssss tuuuuuuuuuuuu...

aku selamba je tadah air biasa. means tak sejuk tak panas. lupa nak tekan red button which is hot! damn....

dah half dah macamana ni. gamble. tekan "hot" then isi sampai penuh. ok la bole kacau and jadi suam2 je air ku...

penah dulu kat I*A jugak, aku lagi selamba terus tekan blue button. sejuk gila air tu. nak minum macam mana not blended well la.. macam berketul2 kannn. terus ke sinki la jawabnya....


Jeff kawen...


aik... apesal mula2 entry dah ada muka mamat ni. dah la paksa2 orang suruh amek gambar dia. tak suka ok. lepas tu perasan sorang2. kekekekeke....tapi kan "lebiu la b."


hari Ahad siang tu terpakssa bangun awal sebab nak gi kenduri Jeff. si BF's besfren. kawen mengejut ok. takde angin takde ribut terus nak kawen2 je tau2. memang la sukati dia la kan nak kawen bila kan, tapi at least kawan2 pon kena bagitau jugak. ni memang last minit bagitau kitorang pon.

ada pulak tu tengah2 malam Jeff ni call aku pukul 1 pagi macam tu. aku tak angkat sebab dah tido. esok lusanya Juling bagitau yang Jeff nak mintak aku jadi pengapit. haaaa...nasib baik ai tak angkat ok.. hihi.


the theme is white and purpple. tapi baju pengantin putih. sedara mara je la purple gitu... tapi kan ada tak kena sikit la. pengantin bole bersanding pukul 2.45. tak ke gila lambat???!! kitorang yang dah abes makan pon penat dah dok menunggu. katanya, mekap pompuan lambat siap. takkan la pukul 12.30 baru ko nak start pakai foundation muka?

ape2 pun, wish you all the best ok Jeff and wife. wife die aku tak kenal. sekali pon tak pernah jumpa walaupon dengan Jeff ni boleh katakan selalu la jugak jumpa.

SELAMAT PENGANTIN BARU!!!

aku bila? mira! jangan nak gatal sangat!!!

July 13, 2010

serong???


kan entry pagi tadi aku ada tulis ada cerita menarik jadi time aku ngan si BF otw pegi tengok bola tu kan. its actually jadi time aku ngan si BF nak lintas jalan nak pi karaoke. lepas dari kitorang parking keta.

so kitorang lintas la jalan. tapi jalan besar (kat depan times square tu). parking kat belah time squre, nak g karok nye kat Imbi plaza. kena lintas jalan besar yang ada 4 lanes. so tengah2 tu ada la divider kan tp still boleh selit2 lagi nak lintas pon.

time aku ngan si BF kat tengah2 divider tu, ada 3 orang lelaki kat tengah2 tu jugak. boleh tak dia tahan and sembang2 ngan si BF. dah la tak kenal. tp buat2 macam kenal pulak kan... memang rancak la die tanye2 pasal bola. sebab time tu kitorang usung vuvuzela besar tu, memang nampak sangat utk tujuan tgk bola kan.

lepas tu aku dah tarik2 dah si BF ajak g lintas cepat2 belah sane kan. ye la kan... dah la tak kenal, buat2 ramah pulak. kena rompak ke ape nanti satu sen pon tak dapat.

bole tak, mamat sorang tu mintak no hp si BF!!!!!!!! siap macam rayu2 lagi "bole la bagi"

G@Y ok!

nyampah mak g@y minat kat laki mak. hahahaha.... budus!


This time for Africa...


woot woot!!!! bahang weh malam world cup ahad lepas ni... terasa macam kat africa dah ok sebab bunyi segala macam horn, trompet, vuvuzela la segala adik beradik dengannya. bising bising tapi baru dapat feel mcm kat africa kan...

aku actually dari rumah. bangun tido pukul 11. kira macam charge batery/energy siap2 la sebab tau takkan tido punya malam tu. lima jam tido cukup la. then pegi karaoke jap, then pukul 1 macam tu jalan ke Bukit*bintang.


orang ramai ke sikit tak payah tanya la k... sah sah la ramai kan.... budak2 pon ada ramai jugak. sebab macam pack, terniat jugak nak g dataran, tp si Bf msg mmber dia yang kat sana, dataran lagi la sesak plus jalan jem. cancel! stay kat BB je.


sementara nak tunggu game start tu kitorang jalan2 la dulu. berapa orang tak yah tanya la kitorang nih. ramai jugak kerabat dia ni, dia tu. campur tolak, RAMAI.

then terjumpa booth free face painting kan. apa lagi memang excited la nak buat face painting. kalo ade yang kena bayar pon memang aku nak buat jugak. sekali sekala katakan. tapi punya la tak ikhlas pompuan yang lukis2 kat muka aku tu kan sampai jadi macam kat bawah ni.


dia boleh hentam tulis H-O-L-A-N-D kat pipi aku... aku punya la ingatkan dia lukis bendera kan. dah la eja pon salah. ooo... kat mamat hensem bole kan ko lukis flag colour2, kat aku tulisan je. satu kaler plak tu. dah la tulisan tak cantik! tau la free kan, agak2 la nak rosakkan muka aku yang cantik ni. *muntah*.

terus lepas tu kena bahan2 ngan si BF. sekajap je tahan. then jumpa toilet terus cuci!!!!!



game tak start lagi dah main lawan2 tiup2 vuvuzela and horn. semangat aku bawak vuvuzela dari rumah tau.. lepas tiup confirm penat.. nasib baik ada air dari karaoke tadi. bole jugak minum.

time tengok bola tu dah la kena berdiri, bersesak lagi. siap ada yang gado2. bodoh betol! sampai rela kena pegi tangkap la budak tu. last2, rasanya organiser padamkan skrin time minit ke-40 camtu. terus potong mood.

gerak pegi tengok kat restoran lagi ok.. sikit je orang. mamak pon ada yang penuh. end up pukul 5.30 baru sampai rumah. tak tido! kalo aku tido konfem ke laut tak bangun nye g keje kan. baik aku takyah tido. bukan takyah tido. paksa tak bagi tido. ;)

**ada cerita hot time kitorang otw g BB ni. nnt aku cite next entry ok**

July 12, 2010

sticker sticker...

last Thursday aku pegi jalan kat pasar malam sorang2... sorang2 ok... sedih kan??? hahahha...mira jangan nak poyo ok. bukan ko lagi suka ke jalan sorang??

ok aku ada beli makanan yg tak berapa rupa macam makanan sangat kan.. kata diet. kehkehkeh.... so tujuan utama adalah lebih kepada jalan2 dan cuci2 mata walaupun asap sate dan ayam percik sangat menusuk2 mata.

maka terjadi lah pembelian yang tak berapa berfaedah. bukannya keperluan sangat pon. lebih menjurus kepada keinginan. weh apekah? kenapa aku cakap macam skema nih???


[sebelum]

[selepas]

ok aku beli wall sticker... sebab dinding kosong je dalam bilik Cengal aku tu. nak ketuk2 gantung2 painting ke ape ke takleh kan, tuan rumah marah, so lekat2 je bole. apa lagi kita kasi lekat tampal sama dia.

cantik tak?? murah je. 2 hengget je kome! moh le beli ramai2...ni aku tampal kat wall belakang kepala katil aku..

hye spain-ers!!!!


hye semua penyokong spain.... congrates la sebab menang ye... walaupun memang sengit. dan walaupun juga aku sokong holland semalam, siap conteng muka bagai, kaki bengkak segala sebab excited nak menyokong, tapi kalah juge...

korang nampak kan semangat aku?? siap page pon kaler oren haaa.... walaupun bole dikatakan lalang fc. tapi ada aku kesah?

ye la...mula2 argentinos. lepas tu Germany, lepas tu Holland, tapi semua kalah walaupun main ok. ni kira takde nasib la kan. ok alasan diterima.

dan please please mintak tolong jangan sesiapa buat hal dengan saya hari ini di ofis atau di mana2 ye... saya tak tido lagi dari semalam gara2 worldcup. mood adalah tidak menentu ye. harap faham mood orang tak cukup tido ini.

sekian!

July 11, 2010

hp's ringtone


When you fall get up, oh oh
If you fall get up, eh eh
Tsamina mina zangalewa
Cuz this is Africa
Tsamina mina, eh eh
Waka waka, eh eh
Tsamina mina zangalewa
This time for Africa

bahang malam ni makin terasa!

currently, this is my hp's ringtone. just love the song.. bukannya addict sangat dgn shakira tu. ;)

[Knight&Day]


watch this movie hari Jumaat aritu... It was superb ok!!! two thumbs up! best gila... this is from my opinion la kan... Tak tau la kalo korang rasa tak best ke hape kan nanti if tengok cerita ni.


ni action comedy. sweet2 pon ada la jugak. korang mesti tau kan macam mana cameron diaz belakon. memang best. aku ada jugak baca review kan, this is the best ever cruise's film. betol ke aku tak tau. tapi aku rasa memang betol pon. sebab best sangat kot! *excited*


ok nak dijadikan cerita lagi. i did watched this movie twice ok.. best melampau. bukan macam eclipse tu. ada member aku cakap tahap bosan kuasa 8 juta ok cerita dia. tapi cerita ni tak. korang takkan nyesal la kalo pegi tengok nnt. aku guarentee!

aku bagi 6/5 stars. ok aku over! hahahaha....


July 10, 2010

yuhuu!!! quick update


new template....new design!!! ok tak??

sebenarnya aku macam dah bosan dengan design lama tu.. tu pasal tukar.. tu pon amek yang ready made kat blogger je..

jadi la dari takde kan???

weekend ni ok la jgk. will hangout with lovely Syakeera again bersama mangsa yang lain... hahahahaha....mangsa ok. macam jahat nau kitorang nih bunyiknya... esok malam final worlcup kan... so pegi tengok. di mana? tak tau lagi..

c ya hunn!!


sticky post


KURUNGNATASHA UPDATE!!!


THIS IS MY AUNTIE'S SITE.

GO AND VISIT IT OK!

ADA STOK BARU LAGI!

typical weekend lagi....


biasa la...weekend adalah sangat membosankan kalo takde ape2 nak buat.... tambah2 hari ahad lepas. baju dah basuh, dah sidai, dan dah kering jugak. rumah dah mop, bilik air dah cuci, bilik dah kemas, cadar dah tegangkan, dapur pon dah kemas2. so mmg takde nak buat ape2 dah..

dalam pukul 3 tu tanya si BF ajak dia pegi makan bihun sup kat chow*kit. dia taknak. tapi bila sebut nak makan tepanyaki, terus laju je cakap nak. dasar memilih betol! macam la muka tu ala2 jepun sangat ank demand tinggi2.


so bergerak la kami ke tepanyaki dengan suz1 and t0pet. hajat nak g makan kat Low*Yat, tapi bila sampai2 dah tutp pulak. dah tukar guardian. haish....dah la situ sedapppp..... so terpaksala makan kat Sg Wang. macam dah takde tempat lain nak pegi kan?

then lepas makan biasa la kena jalan2 dulu. nak main game pon takleh sebab tengah renovate tempat dia. harap lepas renovate ni lagi best la tempat game2 tu.

jalan punya jalan terserempak dengan kedai Tako*Tao ni... tot takde kat Sg. Wang. kebelian la kedua-bungkusan walaupun kekenyangan keterlampauan.

jalan2 tak beli apa pon... bosan nak matiiiiiiiiiiii..........nak g Times Square diorang taknak plak. so balik rumah tengok tv. bosan kan???


ok tak kalo aku nak pakai spec macam ni? hahahahahaha...sila gelak selama 80minit....

July 9, 2010

Award


aku ada dapat award dari Sue Anim.... tengok2 page die nampak award ni. Nice Blogger & Great Blog....and aku telah ditagged untuk membuatnya..

1. Anda mesti memberi pujian kepada pemberi award ini.
She's my auntie... adik kepada papa... shes very kind. selalu jemput pegi rumah die..tapi aku je tak pegi2...kat subang nun ha... hehehe...ada sorang adorable son name die Aasyraf. comel sangat. puji anak kira pujian jugak kan?

2. Sila beri award kepada 10 bloggers yang lain.
Kalo saya nak bagi kat sume yang baca2 or follow blog ni bole? takut nnt tagged je tp takde sapa buat kan... hihi... sila la sape nak amek award ni dengan segala hormat nya dipersilakan.

3. Anda mesti beritahu 10 blogger ini.
Dah announce dah kan tadi....cukup.

4. Bagaimana anda boleh digelar blog yang "Best and Great".
hahaha..patutnye tanya orang yang bagi award nih kan.. tp takpela sekali sekala nak rasa masuk bakul naik lif kan apa salahnya. nak angkat sendiri nampak sangat menipu mana bole angkat sendiri woi...

sebab belog aku ni best la kannnnn...sebab tu dapat kot.... sebab aku ade cerita pasal my life, pasal dunia, kadang pasal info2, gosip2... tp most of it adalah my life journal. untuk dikenang pada masa depan. nak bagi anak cucu baca lagi kan.. hihi..



Zoo...


last Friday aku paksa si BF tengok wayang cite Zoo ngan aku.. ala, yang Lan pet*pet n Lisa*Surihani belakon tu... tengok iklan kat tv macam best je kan... so memang kejadian paksa memaksa berlaku.

bukan setakat paksa sahaja, malah siap bagi warning lagi kat si BF. "jangan gatal2 nak ajak kawan2 u"... hahaha... kejam ke?? takkan.... ye la sekali sekala nak dating dua2 pon salah ke. ni asal keluar je mesti ramai2. asal tengok wayang je ramai2...

kitorang tengok midnnite. lepas tengok bola. tiket aku dah beli awal2 lepas balik keje tu. runner jap g beli. sempat gak la sangkut dalam jem kan... nak book online malas nak g collect awal nnt. so beli sendiri saje..

cite ni best la.. sangat2 ringan. takyah penat2 nak berpikir ke hape kan.. memang pegi pon hari keje. jumaat malam tu kan. memang penat. so jadi takde la rasa beban kan nk tengok cite berat2.

kalo tengok cite ni, aku rase macam nak g zoo.. macam nak tengok binatang2... sweet sangat la... terus minggu ni aku ajak si BF pegi zoo.. hahaha...tak tau la jadi ke tak kan.... tunggu dan lihat je lah...

aku kasi 3.5 / 5 star la untuk jalan cerita die. lawak memang tetap lawakssss!!

July 8, 2010

Paul oh Paul


kesian si Paul ni tak pasal2 jadi famous. and memang ada ramai gila fans German dok kutuk2 si Paul ni termasuk la aku kan.... ooooppppsssiieee! kisah world*cup lagik.... sorry yek.

kalau dah apa yang paul ni predict sumanya nak betol, baek tak payah ada world*cup dah lain kali kan... kita bagi Paul*cup sudah. tengok Paul dah cukup. takyah tengok bola segala kan.. baru adil.. ni tak best la before game dah macam tau sapa menang. cuma sapa yang gol kan je tak tau. rasanya kan kalau la paul tu pandai cakap or tulis kan, mesti dia dah bgtau sapa yang jaringkan gol.

sume status kat FB arini ramai yang cakap pasal sotong. termasuk la aku yg dok komen2 status diorang tuh.. hehehe... antaranya....

lepas nih untuk final, smua orang nengok Paul si sotong sudah... xyah tengok final... hahaha

kekecewaan + kemengantukan = keinginan membunuh SOTONG KURITA!!!! T.T

kempen Mari Makan Sotong peringkat daerah!

octopus tako ialah yang terhangat di pasaran kini

x guna punya sotong!!cisssss!

dan saya punya pulak...
saya nak makan kerabat sotong paul kat jalan alor la...!!!

kesian sotong ni..tak pasal2 sume orang yang support German marah kat die... dah sape suh jadi selebriti sangat kan.

apakata suh Paul ni buat macam kat atas nih...??? setuju tak??

ikan pekasam


alamak, german kalah la pulak semalam... BF, kita nak sokong apa final nanti?? ni sume sotong punya pasal la pi predict Spain menang. kan German dah pressure dah.. tu pasal takleh main... hahahah....

eh eh...terkeluar topik la pulak. biasa la demam world cup nih... sket2 bola. harap maaf eh kepada sape2 yang tak suka bola... tepat hari isnin nanti, akan ku call AsTr0 untuk terminate sport channel kat umah aku tu.. hahahaha....

sebenarnya skang ni aku teringin sangat nak makan ikan pekasam... eh bukan sekarang je. dah lama dah actually. tp bila carik mesti tak jumpa je.. tensen den dibuatnyo. urrghhh!! terliur ok. tu baru pikir je. kalo depan mata, sah 3 pinggan nasi panas dgn ikan pekasam, potong2 bawang, perah asam limau sikit. terbaik!

sumber gambar: tuan google.


terliur kan?? mana nak cari nih kat KL??? chatting ngan my autie dia asek cakap je my grandma goreng ikan pekasam. sedap ooo weh! rugi sape tak makan ikan pekasam nih..

July 7, 2010

Dear Paul....


"Paul is an octopus born in England but he is currently residing at Sea Life Aquarium in Oberhausen, Germany. The people over at Sea Life Aquarium somehow came up with the idea of letting this octopus predict all of Germany’s matches in the 2010 World Cup. After having predicted the correct outcome in all of Germany’s five games in the World Cup so far he has become a world wide celebrity which gets a LOT of media attention."

fakta ni dapat dari Ainadotcom

baru ku tahu sebenarnya paul ni predict untuk team Germany je... tengok macam dah tua je si Paul ni... besar semacam je kan...

and sebenarnya aku rasa kan, Paul ni suka warna kuning. tu pasal dia pilih Spain untuk game malam ni.. sebab Spain nye bendera banyak kuning kan... hihi... tp pape pon mesti germany menang punya.

and one of my friend ada post status kat FB bunyik macam nih...

"Dear Paul the octopus,get ready to be part of the sushi menu tomorrow,cz germany will win the game tonight."

hahahaha....

kemengantokan sebab waka waka


ok ini live update...

terasa sangat mengantok sebab semalam berjaga tengok World*Cup Belanda vs Uruguay.. and seperti yang dijangka, Netherland a.k.a Belanda menang.

mula2 actually aku dah tido dah dalam pukul 10 macam tu... then memang ada set alarm pukul 2.30... jam bunyik, aku tutup. kat hall dah dengar dah bunyi vuvuzela dari dalam tv. then pintu kena ketuk sekali. aku buat endah tak endah je...

then kena ketuk lagi sekali. macam kena gegar gitu... aku jerit "ye la yela, dah bangun dah ni"

macam kena paksa pulak pon ada. tp 4 tahun sekali punya pasal, sanggguuuppp ko! arini keja morning session ok je lagi sebab busy. so takde la rasa mengantuk. tapi bila dah masuk lepas lunch time, perut dah kenyang, keja pon tak banyak.. mula la kan... menguap lapan ploh lima kali dah!

siap dapat bayang lagi bau bantal kegemaran kat bilik, feel comforter, bau bilik suma. oh no! tak sabar nak balik! confirm tido awal lagi. dan pasti malam ni bilik aku kena gegar lagi untuk Spain vs Germany. memang match malam ni yang aku tunggu2. aku rasa kan, sapa yang menang malam ni, confirm menang World*Cup punya lah.

korang rasa macamana? sapa menang eh? baru aku tau rasanya bila worldcup datang. before this tak la terlalu obsess sangat.

ahad ni pon game pagi2 buta Isnin. macamana nak gi keja esok paginya?? dah confirm2 final mesti la tengok kat luar kat. Bukit Bintang pon dengar kata tutup jalan n ada skrin besar. takkan ku lepaskan peluang. bukan selalu katanya kan....

macam nak amek cuti je Isnin depan nih..tp takmo la... nak simpan untuk cuti konvo lagi, raya lagi. kang boss cakap aku ni asek cuti je kan..

rabak pon rabak la mata aku ni pagi Isnin nanti.!


July 6, 2010

oh cik anon..comment mu kemana tah...


eh eh..semalam kan ada dapat satu comment.. tp dari Anon... cakap macam dia kawan aku.

"aku google nama aku.,..then keluar link blog ko. baru sekarang baca bole tak"

terus aku approve. tp tak tau comment tu pegi kat entry mana.. masak la nak cek satu2 entry kan...camne eh?? memang cara dia kena cek satu2 entry balik ke?? ade cara lain tak?

kalo orang tu baca lagi entry ni please leave comment ok. sbb nak tau jugak la sapa dia kan...


WC - vuvzela - kalah - karok


saya dapat vuvuzela! saya sokong argentina! tapi kalah sudah ni macam mana??? rugi je vuvuzela saya dapat tu.... dah la warna biru. siap ada bendera lagi. macamana nih??? rugi

dah la kalah memalukan 4-0. haish....time kalah ni tgh dok karaoke. memang tak tgk langsung la..tengok kejap je smpai gol German pertama tu.lepas tu nyanyi je. then tau kalah tu sebab kak Linda opismate msg.. sebab kat ofis tu aku dok kecoh2 kan tak abes2 ngan Argetina tu. "Mira, Argetina 0 la..."

terus terkejut baca mesej tu.. sambil geram duit betting melayang. betting pon for fun je. one-off betting.

then lepas tu si Abang kepada boss aku , We*chard msg pulak.

Sorry mira, Argentina have to say bye bye... hahahahaha

Hahahaha... i know!!! pity me...

Take as charity for us lor.. hahahahaha

Ya lo...btw, u also argentina rite?

I'm germany la... otherwise I won't kacau u one. hehehe..

Owh...no wonder.. Its ok. I'm the one who asked messi not to shot any goal. Haha...congrates btw.

Thank for cooperating wit messi. will share with you my prize money if I win. ;)


terus aku tak reply dah and sambung nyanyi2 session with my lovely Syakeera...eh eh salah bukan menyanyi dah aku rasa. dah masuk kategori melalak sebab suma pitching dah kelaut. hahaha... btw, we had a blast...


ok seriusly kena bubye suma team aku sokong tahun ni. so final aku akan sokong Germany la.. jom BF kita beli jersey and selipar Germany...

July 2, 2010

minggu yang ayik bangun lambat...


baca tajuk pun dah tau aku nak cerita apa kan... pergghhhhh.... memang serius minggu ni aku asyik bangun lambat jee........ nak katakan tido lambat sangat takde la pon.. abes kuat pon paling lambat pukul 12.30 je.. kire ok la tu kan...

hari selasa bangun lambat sebab hp abes batery. batery kong abes2an la... rasanya sebelum tido tu ok je lagi. tp time tengah2 tido macam mamai2 camtu bole tersedar and dengar bunyi batery low. aku pon gagahkan diri merangkak la ke extension and cucuk handphone. then ai tido balik..

sedar2 je dah cerah and tengok jam pukul 7.10. mak aih. melompat aku turun dari katil.gile la...nasib baik baju dah iron.tinggal mandi2 je. nasib la rumah pon dekat je ngan ofis kan. so sampai ofis ngam2 pukul 8. hebat tak aku???

arini pulak terrrrrrrrbangun lambat lagi. 7.10 jugak kisahnye. ni pulak sebab asek snooze2 je hp tu. amek kau. baju tak iron lagi pagi tadi. abes terbang2 sume benda asal bole aku tepis. pagi2 dah bersilat taekwando bagai sorang2.

July 1, 2010

pengemis vs seposen


sekarang ni makin ramai pengemis2 mintak2 duit dari pelanggan kat kedai2 makan kan... tengah2 makan datang tepi hulur tangan mintak duit. terkejut jugak la kalo tak perasan kan...kalo ada lemah jantung, mesti lagi teruk jadinye kan...apa nak jadi la dunia sekarang nih...nak cakap tak de kerja, kerja bersepah2 siap amek pekerja asing lagi. tapi ada sesetengah golongan ni lebih suka mengemis dari keja sebab terlalu memilih kot. sebab mereka rasa mengemis ni lagi menguntungkan.

semalam aku ada hang out kat oldtown*ampang dengan my pet sis, Yanie. shes going to Bandung this weekend, so saja la nak lepak2 sebab lama tak jumpa kan. weekend ni dia tak da pulak. dalam 3 jam jugak la kami lepak, ada la dalam 7-8 orang datang mintak2 sedekah macam tu.ok not to be mean la... aku pon bukannya baik sangat. bukan aku ni jenis tak kesah dengan masyarakat, bukan nye aku ni jenis tak prihatin, tapi kalo samapai 7-8 orang datang dalam masa kurang dari 3 jam, siapa tahan kan?

nak dijadikan cerita, BF si Yanie ni langsi skit mulut dia. Piong nama dia. bila ada orang yang ala-ala buta datang dengan ada seorang perempuan pimpin tangan si buta tu datang mintak sedekah, kami diam lagi. geleng2 kepala je cakap taknak. taknak la jd biadap kan marah orang tua. bukan tak kesian, kesiaannnnnnnnn. tp aku pernah terserempak dengan orang tua macam ni, lepak kat kedai makan, tengah2 malam, mungkin lepas habis diorang mintak2 sedekah kat kedai2 makan tu la. siap bole gelak2 besar lagi. pelik kan. time mintak sedekah kau buat muka sedih.

lepas orang tua buta tu blah, ada pulak budak kecik yang aku percaya dari agensi peminta sedekah.ala, macam dalam cerita indon kat tv tu. diorang datang siap paksa2 lagi. mula2 perempuan sorang, lepas tu lelaki, lepas tu siap satu group of 4 macam tu pulak.

budak P1: kak, abang...mintak duit sikit.
me: takpe la dik... taknak taknak...
budak P1: mintak la sikit. seringgit ka, 50 sen ka, 20 sen kan...
Pi0ng: duit ni nak bagi sapa?
budak P1: mak...
Pi0ng: mak mana??
budak P1: mak kat rumah... bagila bang..seposen pon bole la...
Pi0ng: tak mau tak mau..
budak P1: alah! seposen pon kedekut!
(dalam nada jerit dan marah terus blah)

tu satu kisah... ada lagi lepas tu ha.... jangan ingat sikit.. budak2 ni kadang2 tak leh bagi muka. sebab diorang datang naik van ramai2 ok.

budak L: abang kakak mau duit...
Pi0ng: nak buat ape duit?

budak L: nak makan..
Pi0ng: rumah kat mana?
budak L: kat _____ (nama tempat ni pelik, so aku tak ingt. tp macam tak pernah dengar langsung tempat ni)
Pi0ng: datang sini naik apa?
budak L: bas..
me: mana da bas malam2 nih.
Pi0ng: eh aritu nampak naik van ada orang hantar.
budak L: mana ada...
Pi0ng: panggil polis mau???

then budak tu terus blah sambil jalan hentak2 kaki sambil mulut menyumpah seranah. nampak sangat kan diorang datang mintak2 sedekah ni ada orang hantar kan...

memang la ada yang betol2 mintak sedekah kan...tapi kalo yang bukan betol ni macamana? kalo yang sekadar tipu2 ni je macamana??

weekend weekend


ini kisah weekend2 ok... bukan waka waka lagu bola tu tau... tau la skarang musim bola kan... and aku sesungguhnya men-support Argentina! go messi-messi.... hehehe..

last weekend went well like normal. tapi tak normal sangat sebab aku telah menjadi injured. ye la lepas sekian lama tidak ber-work-out, and bila tiba-tiba buat balik, terus satu badan lenguh sengal sana sini tau.

and itu la yg terjadi kat aku. pegi gym ari sabtu petang tu... work-out gila2 nih...kata nak kurus kan...memang tak lepaskan peluang. abes segala mesin aku try. then mandi2 siap keringkan rambut segala mak nenek sume dulu, pastu balik rumah. time tu rasa biasa2 je la lagi kan... cool je lagi ha.. siap bole keluar2 lagi malam tu.

nama je keluar malam tu..tp membosankan. act not in the mood nak keluar malam tu.. tu yang aku rasa bosan. end up tgk bola je kat tv sambil orang lain huhahuha...

ahad pagi bangun tido mak aih sakit segala badan. bayangkan punya la sakit tangan aku ni sampai nak masuk gear pon tak boleh. actually bukan la tangan, tp more tu dekat2 bahu tu.. sakit2..sekarang ni pon stil rasa sikit2...