Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label LOVELY TUNICS. Show all posts
Showing posts with label LOVELY TUNICS. Show all posts

July 4, 2012

Weekend bersama Sayangsss...


Sabtu lepas elok je celik mata terus received a call from Te....
Cakap nak ajak jumpe sebab Tqah baru sampai KL je... dari Penang. bukan senang minah tu nak datang KL. So harus la berjimba since memang takde plan pape pun weekend.

Petang camtu after Te abes conference, Ja abes keje, and Tqah abes kenduri baru diorang datang pick up mak buyong ni. sambil2 datang jalan umah la...
Mula2 blur tak tau nak buat apa. tapi takkan la nak lepak rumah je kan...
so pikir2 tetibe ternampak roza update bbm status.
kitorang sume ingat die dah fly gi Jeddah (keje), rupenye takkkk lagi.


contact2 calling2 and decided pegi rumah die je kat Puchong.
before gerak dari umah aku, harus la camwhore dulu. antara gambar aku ada dalam entry ni.
sume amek dari instagram diorang. aku malas nak keluarkan phone. so keje aku curi je.


Kajang-Puchong bukannye jauh mana pun if lalu LDP n putrajaya tu...
sekejapan je sampai rumah Roza.

borak2 cakap nak buat apa semua siap ada bagi idea nk g PD la Genting la bagai....
heyyyy aku tak bawak baju apa pun... plus tak bagitau hubs pun nak overnite.
last2 decided nak overnite kat hotel kat KL je.... tapi tak nak kalah.
call buat reservation sume hotel 5stars je.
Mandarin Oriental la, Hotel Maya la, PNB Darby park la and yang lain2 call sume tak angkat.
memang betul2 dah call booking ni masa otw dari puchong ke KL sebab memang cari hotel tengah2 KL pun.

tapi malangnye bile dah sampai area Jalan Tun Razak tu, one of us receive a msg yang tak berapa nak baik sangat. and macam not nice la nak pergi berjimba.
family member one of us (and of course bukan aku) tak berapa sihat.
mula2 ingat warded, tapi alhamdulillah takde pape and balik rest kat rumah je lepas check kat hospital.

pung pang pung pang gedebuk gedebak semua, dah malam.
takde hotel motel nye, balik Puchong tido rumah Roza je.
since esok nye (read: Ahad) petang die dah kene fly g Jeddah keje kat sana for 2 months.
kang kelam kabut pulak die kan. so tido rumah die je senang.


pukul 12 dah melepak kat rumah dah.... baju pun baju pinjam je ok.
aku mana bawak apa2 pun. nothing. nasib baik satu malam je.

esok nye bangun pagi Roza dah tengah siap2 dah.
awal minah tu bangun. kitorang bangun siap mandi semua pun dia tak siap lagi.
buat rambut la, make-up la, last check barang2 yg nak bawak la.
dia ada chartered flight kat Jeddah. stil under AA tapi base kat sana for 2 months je.
nasib dia sempat balik before raya. kalo tak mauuu sedih kot.

sedih la dia nak pegi. sedih jugak bila jumpe kawan2 and time nak balik tu peluk2 semua.
memang bukan senang nak jumpa ramai2 macam ni.
Ila pun dah bising sebab jumpa tak bagitau dia awal2.
kitorang pun tak plan kot, tetibe je macam terjumpa gituuuu.
Ila lak tak dapat join sebab dia ada team building ke company trip macam tu la.


we all gonna miss u so much Roza!


aku pun akan rindu korang semua jugak. tah bila la dapat jumpa lagi.



April 19, 2011

Fyz Kawen

entry semalam tu nampak sangat macam nak tak nak je cerita kan???

hahaha lantak la... janji acik buat entri. asal ade dari takde. ok last SUN-ny-DAY we lovely tunics ada attend wedding schoolmate kitorang time mrsm dulu. so Te and Tiqah adalah tido kat rumah aku. tu pun dekat pukul 12 malam baru amek diorang.. kesian diorang haaa tunggu punya lama. sorry. aku pegi rumah Watie at Balakong nun...makan makan maaa....


tapi kitorang ni bila dah dasar berjumpa, harus la tido lambat. pukul 4 pagi baru tido. masing2 dok cerita gosip sana sini. end up bangun pagi malas2 je.


amek Ila and terus shoot pegi rumah Ja. semua yang di plan mengikut jadual. keluar rumah pukul 11, sampai rumah Ja 12.15pm. ngam ngam soi je sampai rumah pengantin pun time lunch. dah memang kebuloq tahan gaban dah.. dengan sesat barat nye.... wedding was held at Tropical Bungalow @ K.Kemun!ng sana nun. map kad kawen adalah sangat senang di baca. me loike!


sampai2 belum makan lagi dah amek gambar dulu... that's 0yama. schoolmate jugak. photographer adalah Ijat, juga ex-mrsm pdrm. sapa2 kawan sekolah aku kenal la kot.. theme adalah purple... so im in black kebaya n purple-green-pink sarung. kira ikot tema la... saje je suka suka kan.... time kitorang tengah makan, pengantin dok berarak masuk. elok je habis makan diorang still bersanding. so sempat la tengok.



then tak de pun nak amek gambar time kat pelamin tu, sebab macam ramai orang kan. takkan tiba2 kitorang nak sibuk2 naik pelamin jugak. so amek gambar kat meja pengantin je la. she's beautiful kan???


seri pengantin katanya.....


and then sempat la jugak ex-schoolmate yang datang. tak ramai sangat... ini je yang jumpa pun...gambar sikit punya banyak aku rasa. ni pun dari camera Oyama n Hilal kot... tah la tak ingat dah curi kat sapa... hehe...



balik tu adalah sangat penat kot.... drive sana sini, sembang gelak sana sini. imagine malam tu aku tido pukul 8 malam.... amek kau 10 jam tido until 6.00am. itu pun bangun sendiri sebab dah tercukup tido... but i had a balst with my girls. forever and ever.



March 28, 2011

Pendek nya weekend...

minggu lepas adalah sangat pendek rasanya... tapi pendek2 pun tetap dapat menggemukkan... had a blast Friday nite with my Roza, Te and Ila. sleepover at Roza's as usual. Tapi this time rumah baru dah.. bukan kat Subang lagi, but Puchong. pagi sabtuku and Te digegarkan oleh Roza and Ila yang dah memang bangun awal tak bole tido ke apa tak tau la kan... then ingat nak tido balik, dengar ada nasi lemak terus bangun especially Te. hahahaha... opppsssieee...

around 3 pm macam tu baru keluar dari rumah and heading to KL of course. sebab Roza yang dok menghantar kitorang. so harusla ke KL sebab kitorang sume rumah kat KL. kena balik awal la since Ahad pagi Roza nak fly, sabtu malam tu Te ada wedding. so before balik melepakkan diri kat Delicious Jalan Tun Razak dulu.

perut macam still kenyang lagi sebab dekat rumah Roza dah melantak durian la, jambu la, coklat la... macam2 masuk perut. so we decided share2 je makan. kira bukan semua order main course la. so we had chic chop, lasagna, calamari, and dessert.

this group pic was taken by Nabil.... tq Nabil sebab jadi driver kitorang.. kekekeke.... AND tq jugak ro Roza's toilet sebab melebam-kan lutut and betis aku. gedebuk acik tergolek jatuh dalam toilet. :(

March 14, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa


sabtu lepas keluar dengan Te... pegi KLCC sebab nak tengok cite Hikayat Merong Mahawangsa ni... nasib baik Te dah beli tiket ari Jumaat tu... kalo tak memang menjawab la dok front row tengok cite ni...

memang full house ah! kalo TGV jual tiket duduk bersila pun aku rasa laku jugak. ada jugak orang nak beli kan... sebab memang aku rasa cite ni memang mendapat sambutan sangat2!


pandai pulak tu KRU studio pilih lelaki hensem sebagai hero... ala-ala Jhonny Depp ok. this is not bad for a malay movie. kata Chronicles of Malay Empire. harus la ada cakap bahasa melayu jugak walaupun almost 50-60% speaking english.

and aku rasa umi nazeera tu tak belakon pon takpe.. sebab watak die macam too small. tapi nak bibitkan kisah2 percintaan utk nak kenakan dengan lagu anuar jeng tu, kena la letak watak dia tu...

watak aku paling suka is si mawas man aka khir rahman. memang menjadi la jahat dia dengan botak dia tu...

Thumbs up to KRU! good job.

and rasa nanti nak last2 bila tak ramai orang nanti, macam nak tengok lagi sekali.



February 10, 2011

Forever My Girlsssss....


agak2 tau tak sapa tu MyGirls?? hahahaha konfem2 la LovelyTunics weyhh... kawan dari sejak jaman jaman cekolah itu...

last last week kitorang meet up.... berapa banyak last last la kan. maknanya betul la tu lama punya cerita. before CNY punya. Tqah from penang pon datang tau dengan susah payahnya... we did planned for Ja's suprise bday celebration. and it turned out well and we had a blast!

bayangkan ari Jumaat malam buat. siang dengan Ila and Te keja, nasib aku MC. dengan time tu jugak nak beli hadiah nye, beli kek nye, nak redah jammed g subang nye... hazaabbbb! nasib buat kat pool, tenang la sikit kan..

so just let the pic do the talking ok. ni pon malas nak letak banyak2... P&C! bahahahaha!









aku sakit mata makanya kena la pakai spek instead of contact lense. talking bout lense, aku dah serik nak pakai coloured lense. sebab macam tak sesuai je dengan mata aku yang agak sensitip ni. ok lepas ni back to lense biasa je la...

kitorang g karok la, chitchat la, dekat pukul 6 jugak la tido. and kami semua overnite kat rumah R0za!!! Ila je tak join sebab esok nya dia kena keje.. tak pe la atleast dia datang kan...




January 24, 2011

sehari sebelum ;)


fuhh fuhhhh.... buang habuk sikit kat blog ni. berabad tak upload. jin rajin tak datang rasuk lagi kann.... ni pon mmg sengaja nak update bertubi2... lepas ni muntah la korang2 baca entry tunang ok..

kite start cite dari sehari sebelum la ok? hari Jumaat. was super duper busy. bangun awal pagi clear kan rumah. keluarkan kerusi, gantung pelamin (yup buat sendiri), ubah itu ini macam2 lagi la...dan kami buat 3 orang je iaitu, me, mama n papa. gigih ok... sedara mara semua tak sampai lagi.

tengahari pulak, amik angah balik sekolah (Lebuh Cator), amek Ila (JJ Ipoh), amek adik (Jelapang), amek cupcakes (Silibin), amek kek (silibin) dan patah balik Simpang Pulai hantar diorang pastu gi amek Tqah @ Seri Iskandar. Penat atas kereta je dengan tengahari nye jammed kat Pekan Ipoh tu. phew!



sampai2 siap semua, rehat dulu and sedara mara semua banyak dah sampai. siapkan and kemaskan sikit lagi hantaran, bunga2 and mini pelamin. tu pon tak siap habis lagi. dangggg! bunga tak cukup. pegi beli bunga pulak... fenat fenattt... macam tak cukup nyawa tau hari Jumaat tu.

malam lepas makan2 siapkan doorgift pulak. dah siap dah dalam bekas mini tu, just letak2 ribbon kat atas tu nak bagi tantek sikit... doorgift adalah Wajik. ada yang tak tau ke? pulut manis tu.. dulu dulu kaler hitam, now dah moden kita buat kaler white n red!

ramai jugak la pembantu....


around 3 am jugak la baru siap pelamin n puas hati segala semua semua tu. then baru tido. bilik semua fully occupied! kat hall ada angah n baby je. kitorang bertiga yang dok pulun buat pelamin tu tido haaa depan pelamin! me, Tqah n Tasha (adik mama).

apa aku heran, dengan sliding door tak tutup nya, janji aku dapat landing. tapi kesian Tqah la, dia tetamu kannn.... ;( tak pasal je kena tido luar....



December 15, 2010

soul*garden


saje je taknak eja betol2 and letak E kat situ... baru macam ala2 feeling2 romantic sket kat perkataan soul tu.. hehehe....

actually cerita ni adalah bersambung dari cerita ini.

yela kan roza dah sampai. kita melantak la lagi.... memang hajat sebenar nak melantak kat seoul*garden ni pon... we chose to go for Plaza*pantai punya branch... rasa macam kalo pegi OU mesti ramai orang, so kita cari tempat yang tak ramai orang sangat senang la nak bising2 gelak2 kecoh2 pon...


sampai2 terus cari makanan la wey... lama tunggu nak makan ni tau...dari siang tak makan sebab nak bagi ruang melantak makan kat sini....

si Roza dia tak pernah datang makan kat sini, dia boleh hentam letak ayam yang dah di marinated utk bbq dalam tomyam soup... hahahahahahaha.... time ni aku pegi amek2 makanan. dia siap cakap orang meja sebelah gelakkan dia. tu yang ayam bbq kat atas ni nampak berair2 sket sebab baru keluarkan dari tomyam. ;)


sesi makan dan gelak tawa berjalan macam biasa as usual kalo kami berjumpa. gosip sana sini memang tak pernah tak ada. heheee.... we had a good time together...


oh i really hate bila duduk sebelah ja yang kurus itu, and me confirm nampak gumuk... :/



last but not least, mesti la camwhoring kat luar tu... berlatarbelakangkan federal highway lagik.... gambar yang jojot the shooter amek memang super banyakkkkk.... ada yang nampak gemok la, ada yang nampak kurus, ada yang tunjuk itu, tunjuk ini, gelak terlebih, shuffle la apa laa..... tapi takkan semua nk letak sini kan...


December 13, 2010

thurs @MV


last thursday mc... tapi pegi klinik tak dapat mc pulak.. hampeesssss! mcm tau2 je aku punya penyakit M datang kan. so dia taknak bagi mc... grrr...!

plan nak meet my besties dekat MValley who is Te, Ja and Roza! im very happy to see them.... sanggup ooo tak lunch tengahari tu kat rumah semata2 nak makan besar punya dengan diorang malam tu. kahkahkah.... perut ai kan kecik, nnt takleh masuk banyak2 ooo....


our meeting point! depan guess kat centre court. aku park north court, dah ke pulak kene jalan. i very dont like ok jalan sorang2.... Te still in her office attire. Ja pulak dah siap bawak 2 shopping bags lagi. die sampai 30 mins earlier je, tapi sempat menyoping dah haaa.....

end up lapar gila sebab janji nak jumpa 5.30, tapi biasa la janji melayu kan pukul 6 baru aku sampai sana. Roza pulak boleh baru gerak dari Subang. memang lambat la kan... so kita makan ringan2 dulu...


kitorang lepak dekat gardens sebab tak ramai orang sangat and we chose Sushi*Zen. im not a big fan of sushi tapi yang Ja order that day sedap jugak. A plate of Sushi dan sepinggan yakitori my feveret! sedap la...tapi tak boleh lawan sumika yakitori die. sedap sumika lagi.


and yes. we are BB addict!


October 25, 2010

sabtu-day


last sabtu-day, mula2 ingat akan jadi sabtu yang membosankan... tapi tak pulak. bagus!

tengahari tu dok pikir2 la nak makan apa kan sebab memang lapar gila. tgk tweet yatie dia makan ikan bakar. sounds great. tp ajak si BF pegi keramat dia tak mahu. so ajak ke bihun sup chow-kit yang meletoppppssss... tapi halfway dah hujan. terus cancel sebab confirm chow-kit lecak2-becak2-sungguh-tidak-suka.

then end up pegi gym tapi bukan buat workout. pegi makan dekat foodcourt kat gym tu kat mrcb punya food court. makan mee bandung yang tawaaaaaarrr gila.

sambil2 online tiba2 terkomen2 ngan ja then we decided utk kelua2 tengok wayang. weehuuuu! terus suka lompat2 sebab tak rasa bosan.


Jumpa kat pavi pon dah pukul 7.30 camtu.. jalan jem la weekend as usual. tu yg lambat...then beli tiket wayang sambil kelaparan. ada gap 20 minit je mana sempat nak makan... tu yg take away je mana yang cepat.


we chose hot&roll. memang feveret aku. so no hal la nak masuk tekak. sambil makan sambil amek2 gambar kat depan wayang tu...



then movie yang kitorang tengok tu sungguh tidak best! Buried! bosan. save budget. tapi ada sesetengah pencinta filem cakap skrip dia bagus. bagus apa pun aku tak paham sebab pelaon dia sorang je.. lokasi pon 1 je.. modal, Blackberry seketul. oh tambah sebijik pencil. bosan bosan!

tepat 45 minit dah tak boleh belah sebab dah ngantok2 sambil2 main2 hp reply msg n twit.. hahaha... nampak sangat bosan kan... MEMANG PON!!! terus keluar pikir2 nak buat apa. nak karok, macam rush sangat. so decided lepak area Shah Alam sebab senang nak anta tiqah balik. die ada curfew...

balik sampai cheras pon dah nak dekat pukul 2. seram jugak lalu highway kota damansara-KL tu... eeee..... terbayang2 cik ponti dah... hahaha...



*all pics credit to Jojot*


October 8, 2010

Lovely Tunic's Faces


just pictures taken by Jojot. credit to her... btw, gambar dibawah kena letak watermark. sebab gambar kawan2 sorang2 pulak kan. n mereka semua taken pulak kan... takot ada yang salah guna pulak nnt.

Jojot a.k.a Ja

Te the tuan rumah

Titoh a.k.a Tiqah

Ayen a.k.a Yeyen


Ila... err takde a.k.a lagi so far...


and me... Mira moripin...

ada orang cakap gambar aku kat atas ni macam "bini menteri yang sedang menemani suaminya dalam satu majlis penganugerahan pingat." ni kira tengah tunggu la ni.. hahahahaha.... gila ka wey???

sume a.k.a a.k.a ni Ja tu weh yang bagi... hahahahaha.... ala2 nama timangan konon. tapi naseb baek name aku tak lekat tau. means takde orang panggil macam tu tau....

10 years of freindship and still counting babes!



Te Sis's Engagement


it was held last week... memang sebelum puasa lagi Te dah book tarikh ni suh kitorang datang... memang aku pon sengaja meng'free'kan diri hari ni sebab kawan2 punya pasal. nama je duduk dekat kitorang ni, tapi nk jumpa sebulan sekali pon susah tau...

Te suh datang rumah dia pkul 12 macam tu. and that nite before, aku mesej2 with Ja n she saih nak gerak pukul 11.30 pagi... aku pon gerak la g amek Ila 11.30 jugak. amek kat Jusco je... then call2 si Ja ni dia tak gerak lagi. pukul 12.30 baru gerak kot...

kitorang lepak je kat Jusco siap bole menyopping lagi... lepas tu tak tau nak pusing mana, duduk kat mcd pulak.... bole bayangkan tak betapa lama??? muahahahaha....nasib ada teman. kalo sorang, mati kutu aku.

sampai2 je terus makan... and the foods was like sangat sedapppppppppp... ada gulai ikan masin & nenas (all time favourite), ayam, daging, ikan goreng tepung ala2 cekodok.. sume makanan sedap2.. puas hati lagi gembira.


not only the Lovely Tunics were there... Mizah pon ada... lama gila kot tak jumpa dia. since form 3 la... lepas tu ada terserempak sekalu kat HUKM. itupun i was in rush sebab tengah praktikal. takde borak panjang pon...


kakak dah tunang Te.. ko bile lagi??? bahahahaha.... tapi tak bole tak bole... kena aku dulu. korang tak leh langkah bendul aku... nanti aku rasa aku tak laku kalo korang sume kawen awal dari aku... boleh?? tee heee......


sakan berborak sebab time ni dah tak ramai orang...so kitorang masuk dalam rumah la kan...prung prang prung prang sembang bla bla bla....sembang sembang gelak sembang gelak. tu je keje nye...


last group pic... tapi Ja takde sebab die yang amek.. takde orang time ni nak mintak tolong... kesiaaannn Ja. lepas je balik dari rumah Te, sume berpisah2 dah... Tiqah, Ayen n Ila je ikot aku balik Cengal. Then only aku hantar diorang balik..

seronok ok ada kawan2 macam diorang. heart them.

October 7, 2010

Roza Close House


bukan la Open House ye... Close House... sebab die jemput sikit2 je orang... yg terdekat terdekat je di jemput. sebenarnya ni entry basi. terluapa nak update. bila tengok2 gambar balik baru perasan. so update la kat sini! hehe...

aku actually dah tau awal seminggu macam tu dah pasal ni sebab dia buat status dekat BeriHitam dia... then dah ajak la time tu.

tapi officially ajak nya on that day itself. pukul 12tghari BBM aku, tp aku bangun pukul 1. makanya pukul 1 la aku baca mesej tu kan... ajak jemput datang pukul 2. mesej2 with ja tanya nak g camne sume ape kan. then decided untuk aku pegi umah ja dulu n gerak same2. sebab aku memang tak tau langsung umah Roza ni...


sampai2 terus makan walaupun tak tau mana nak duduk sebab ramai sangat kawan2 FA n FO Roza ni... shes stewardess yer.... and shes taken i think.. hahahaha...

dia pulak sibuk layan tetamu. siap ada jiran dia chinese datang lag. sempattttt pulak tu bergosip2 jiran tu jiran ni la... hahahaha... dah macam cik bedah kampung dah mulut roza time ni... bahahahahaha...

we had satay, nasi himpit, rendang, bihun goreng, choc moist cake n cookies! tq roza n housemates!

roza with housemate... err nama tak ingat.

sorang lagi housemate dia with her lil niece yang super comel yet garang!


then after sejam lebih macam tu, we olss pon gerak la. mula mula nak stay lama sikit. tapi macam ada lagi orang lain datang, and Ila pon kena balik jugak that time. so sekali gerak je la sume. aku pon terus gerak balik Ampang with Ila n boyfie... atenye si BF yang anta aku kat umah Ja tadi. so alang2 kan nak suh dia datang amek, baek tumpang Ila je.


last but not least, group pix! all pic taken from Jojot the shooter. ;)



July 26, 2010

Te darling...


last week ada satu malam tu aku keluar lepak dengan Te. my bff... we know each other since we are 13...start rapat since 15 16 macam tu. sekarang masing dah 23 years young. not old...

actually Ila and Roxa pon nak join jugak, tapi, tak jadi. sebab Ila balik keje lambat, Roza pulak nak fly pukul 12. so kami dua orang je.

pegi rumah Te, then dia ajak pegi Giant sebab nak beli bantal! bantal nak bawak balik U-TP. so aku ikot je..tapi ke Tesco la...siap Te ni sempat nak shopping2 bagai la. test2 kasut tapi tak jadi beli. haha...tapi serious kasut tu murah and cantik.

Then terjebak pulak membeli beg yang cantik yet murah...ahahaha..tp nampak mahal... kami beli sama patern and sama colour!! Te belanjeerrrrr...

lepak2 minum je dah sampai pukul 11 lebih dah.. kejap je rasa dah kena balik. te tak leh balik lambat2 sangat nnt abah dide marah.... huhu....

boleh tak time lepas anta Te balik, jalan rumah die sempit. so ada selisih dengan satu kereta. memang sempit gila la.. dalam hati cakap 'confirm calar keta aku ni'. ;( dah macam sedih dah mula2, sebab nak reverse agak jauh jugak la.. so redah kan aje...padahal aku rasa orang yang selisih dengan aku tu masuk wrong way. tapi dia boleh buat muka tak bersalah and say "kalo calar jangan marah eh"

vavi ko...ko dah la buat aku tunggu ko punggah barang keluar dari kereta sikit punya lama.. siap bole cakap macam tu lagi kat aku. tak kuaja ke namanya tu??? dah la tengah malam, sorang2 pulak tu dalam kereta, memang aku tak turun la kalo belanggar pon.

balik2 terus cek cek kereta and tengok takde calar pon. nasib baik.. ;)