August 23, 2012

Khamis - Isnin


Khamis pegi.

Isnin baru balik.

Vacay mood!



August 16, 2012

Bebelan di petang Khamis...


Hye uolss. Dah start cuti ke? iolss xcuti pun this week.
Sampai Jumaat kena kerja. Sebabnya raya tahun ni di rumah mertua.
So KL sajo. Tu yg x amek cuti awal tu. Plussss, AL pun dah tinggal sikit je.

Mood raya dah berkobar2 ni. Rasa macam nak mc je esok. Hahaha...
Nak dok rumah, hias2 rumah, kemas apa yang patut kan.
Cermin yang beli dekat ikea aritu pun xtampal lagi kat dinding.
Malam ni kot buat. Tu pun kena pegi beli double sided tape yang agak kuat sikit.

Macamana korang punya raya preparation?
Aku biasa2 saja. Bersederhana. Tak banyak benda baru pun.
Tapi meriah part kuih raya je. Nak tau kenapaaa?
Meh nak cite...

Gini kisahnya. Aku n hubs dua2 order biskut raya tak bagitahu each other.
Bagus kan?
End up aku bawak balik 5 jenis, hubs bawak balik 6 jenis.
Nasib baik la campur2 bukan semuanya biskut. Ada kerepek, kuih siput and kacang ape tah.
Ok la bole tahan lama. Ni pun nak lantingkan 2 3 jenis kat umah MIL or umah mak aku je.
Tak terhabis kang if letak kat umah aku.

Tadi MIL ada called. Tanya aku reti balut ketupat palas tak. Sbb ada orang order dekat200pcs ngan dia.
Mane la acik tahuuu... :-/ (ketupat MALAS aku tau la)
Sembang2 pok pek pok pek trus dia cakap aku tak payah masak apa nanti raya.
Means rendang semua dia buatkan. Untuk bawak balik umah kitorang pun dia buatkan.
Aku cakap la, tunggu la kitorang balik sana dulu, boleh aku tolong kan, tapi tau ape yang aku dapat?
"tak payah la, mira bukannye larat pun"

Ya right. Aku dok masak sikit pun dah tercungap2.
Baik kan MIL saya? Teeeheeeeeee (senyum leborrr sampai ke telinga)



Salam Aidilfitri

Jika ada perkataan saya disini yang menyakitkan hati.

Bila ada tulisan-tulisan saya yang tak sedap dibaca.

Bila ada kelakuan saya seperti lupa usia dan menyakitkan mata.

Jika ada kata membakar lara menusuk hati.

MAAF ZAHIR & BATIN KU POHON.


August 14, 2012

Sad...


Sedih.

Interview kastam gagal.

Been thru thick n thin nak menempuh semua 3stage tu.
Tapi gagal jugak.
Really frustrated. Xde rezeki mungkin.

DIA tahu mana yang terbaik untuk aku.

"mungkin kita ada tertinggal sesuatu kot" ayat hubs sambil pujuk bila aku menangis teresak2....

Ye. Tak ada rezeki. Redha.

August 13, 2012

Finally update!!!

Been busy lately... So sorry! Tu pasal xde update hape pun.
Memang lepas berbuka je dah x larat nak duduk mengadap pc buat entry bagai.
Nak bloghopping pun dari tab je, tu pun atas katil lepas tu tetido.

Dengan nak buat preparation raya nye lagi. Haishhh...
Kemas rumah xpenah habis. Padahal duduk 2 orang je...
Tapi dengan meja computer printer sume kat hall ape cite.
Harus la raya2 ni sorok bawak masuk dalam bilik...

Last saturday pegi ikea. Itu pun pegi awal. Pukul 11 dah smpai sana and nasib baik sbb x ramai orang sangat.
By the time kitorang keluar je around 2.30 cmtu, pergghhhh sesak kereta saje nak masuk parking tak hengat ok. Ramai kot!

Then ahad memang kemas rumah sesajo. Tu pun halfway done baru.
Maklum la saya beraya di KL tahun ni. Semangat nak hias rumah kena lebih sikit.
And xbalik kampung kot this year raya. Sbb raya ke-5 je nak pegi vacation pulak... Teeeheeee... Suka suka!

Tengok gambar semalam pegi berbuka kat Bangi Golf Resort. As expected, memang sedap melampau makanan dia. Ni second time aku datang sini for Ramadhan buffet.

Ok till then!





Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

August 7, 2012

Recommended!



totally recommended!
Bangi Golf Resort.
worth untuk sape yang nak harga buffet yang agak murah.
makanan banyak terutamanya dessertttttt!!!! teringat2 creme brule die.
last week dah pegi dengan one customer ni. tp sorry malu nak amek2 gambar.
this weekend insy pegi lagi dengan kawan2 hubs.




August 6, 2012

Ketam ketam ketam...


ni menu hari ke berapa ntah... rasanya isnin or rabu lepas kot.
lama gila baru nak upload kat sini kann... belog lain berkejar2 nak upload entry buka puasa.

hubs ada beli ketam. kecik kecik je saiznye. ada dalam 13 ekor semua.
hari tu aku masak 7 ekor je. untuk kami berdua. sounds banyak kan???
tapi xheran la sebab laki aku memang hantu seafood.
dia boleh habiskan, dont worry. aku makan sekor setengah je kot berbuka tu. 
and time sahur makan lagi sekor. bayangkan the rest hubs yang habiskan.


resepi adalah di gugel. main campak2 je sebenarnya... 
cili blend, sos cili, sos tomato, paste tomyam and telur untuk kuah dia.
rasanya nama resepi ni sweet and sour kot... tapi boleh tahan sedap jugak tu. :))

pengat durian and agar2 tu adalah belas ihsan maksue aku... teeheee.... 
dah tak payah susah2 g beli dessert lagi dah. 
sediakan roti je makan ngan pengat durian yg super duper sedap itu.

menu hari itu:
- ketam sweet and sour
- ayam goreng (instant)
- sayur campur
- agar2 santan pandan
- pengat durian
- air jagung + air teh o panas

dah jadi kebiasaan aku kena ada air panas time berbuka sebenarnya.
kalo hentam aisssss je, mau lepas tu perut meragam semacam.

sekarang ni banyak main dish aku akan masak kat rumah.
beli kat bazaar pun yang side side dish je...
if tak sempat sangat baru la kitorang makan bungkus sume. tu pun kalo tak sempat sangat la...

pejam celik pejam celik dah masuk 17 hari kita berpuasa kan...
sekejap je dah nak raya... first time raya ni salam cium tangan suami mintak ampun. 
huwaaaaa! meraung tak agaknya aku nanti???



Flannel!!!


dah beli flannel untuk my baby!!!


tengok colour pun korang dah dapat teka gender baby kan???

ni beli last week kat Jakel KL. pegi tempat sesak tu semata2 nak pegi jakel je.
ni rm5.80 semeter. tengok kat nagoya rm5.50 tapi choice tak banyak. 
tu pun pegi nagoya kat kajang je.

then after jakel trus balik cepat2 sebab nak trus balik ipoh.
bawak sekali flannel ni balik ipoh sebab nak suroh mama jahit tepi.
then siap! dah boleh buat receiving blanket.

fyi, ni barang untuk baby pertama aku beli.




August 5, 2012

I'm sorry by DLCW



no need to say sorry Dato'.
u r still the winner.
Juara di hati kami rakyat Malaysia.
u had tried your best....



August 2, 2012

Iftar @ Vistana


Selasa lepas ada buka puasa dengan satu department semua.
kat Vistana Hotel KL. nak menyampai ke sana adalah hazab kot dari Jalan Loke Yew tu.
jammed gilaaaaa... naik kematu bontot dok dalam kereta tu.

boss belanja la. buffet. so nafsu adalah macam dah keluar tanduk sikit.
Astagfirullahalazim.

semua sekali 10 orang. 2 table. ni je yang sempat di snap. tu pun sebelum azan.
bila dah azan paham2 la ye macamana keadaan semua orang. nom nom nom....


overall makanan adalah ok. means ok saja. aku bagi 7/10 stars la. 
ada yang tak kena dengan tekak aku. plus seafood aku tak nampak pun.
ikan ada la. udang sotong oyster ke??? nan hado.

rate: RM 50.00 nett per person. kira murah la tu. sebab murah la takde seafood kot.
redha sahaja la.
orang belanja takleh complain lebih2. teeeheeeeee....

lepas tu macam tersentap sikit hati naluri seorang isteri.
sebab hubs buke sorang kat rumah. aku buke sorang takpe, jangan dia.
dia post gambar ni kat fb. sayu hati. 


bini makan sedap2 kat luar, laki makan bungkus kat rumah.
dia makan ayam percik, muratabak, and ayam uncle bob je. fresh orange pun beli. T_____T

sampai2 rumah dari Vistana tu, dia dah tunggu depan pintu sambil cekak pinggang ala-ala marah gitu. (tapi buat-buat je tu bukan marah betul)
aku pun memang takut if dia call-call tanya kenapa tak balik lagi? 
kat mana dah ni?, sampai mana dah ni?, etc.
takut dia marah la sebab tak sampai2 rumah lagi.
he is very particular bab2 aku drive malam2 sorang-sorang ni.

sapa tak sayang bini woi!!!!





August 1, 2012

#WW - Setujukah Anda???






Semalam.... 11Ramadhan





11 Ramadhan 1407H, Lahirnya seorang bayi lelaki ke dunia ini...

iaitu nyawa dan jiwa saya. 
hembusan nafas saya.
my otherhalf. sebelah jiwa saya.
penyelamat saya. my hero.
teman bergaduh, teman ketawa, teman menangis.
my drugs. my aspirin.
my life partner. 
jodoh yang Allah temukan buat saya.


Kini beliau bergelar seorang anak & suami. Belum jadi ayah lagi.
dan kini jantung benihnya sedang berdegup di dalam rahim saya ini.


Semoga Allah s.w.t. panjangkan umur B, murahkan rezeki B, rezeki kita sekeluarga, permudahkan jalan hidup B, kurniakan kebahagiaan dalam hidup B, dalam perhubungan kita suami isteri sekeluarga dan semoga Allah panjangkan jodoh kita hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.



semalam, 11 Ramadhan 1433H, genaplah umur si lelaki itu 26 tahun mengikut kalendar Islam.

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yang ke-26 buat suami tercinta.


No words can describe how much u meant to me.