November 4, 2012

Amanah..


Alhamdulillah...
Selamat melahirkan seorang baby girl.

D.O.B: 1/11/12
P.O.B: Hosp Raja Permaisuri Bainun
Berat: 2.9kg.
Normal delivery...

Amanah Allah buat kami suami isteri.
Akan kami jaga amanah ini.
Dia nyawa kami sekarang...


October 30, 2012

Still standing...


Ahkak tak beranak lagi ye deq non...
Still standing ni haa..

Tapi dah kat ipoh. Tunggu masa je.
Hubs dah balik KL ahad lepas sbb kena keje la.
Aku dah start cuti smpai next year January.
Sekali harung dengan clear annual leaves.

Update terkini?
Almost 40 weeks.
Badan dah berat gila aku rasa.
Nak bergerak pun tersangat la susah.
If duduk atas sofa, nak bangun pun kena ada orang tolong tarikkan.
If dulu, hubs la jadi mangsa kena tarik2 aku bangun.
Tp since sekarang dah kat kampung ipoh, adik la mangsa aku.
Nasib kau la dik Along kau dah berat sangat ni.

Perut memang senak je rasa sebab mcm full gila ha.
Kadang tu duduk pun x selesa, baring pun susah.

Takpe, demi mu Anak.


October 4, 2012

36 weeks esok....


esok genap aku 36 weeks...
dah boleh kira full term ke belom ni eh?
tapi if tak cukup full term lagi pun risau2 jugak kot2 terberanak awal..
dah la first time kan, memang nervous nye Tuhan saje yang tau.
At the same time, tak sabar nak jumpe baby...

preparation semua Alhamdulillah dah cukup kot.
just nak tunggu tilam kekabu and breast pump set sampai je.
beli online je sekarang, klik klik bayar bayar, tunggu abang posmen je.
insyaAllah semua tu dapat next week kot.

u know what, barang baby tak habes basuh lagi...
aritu basuh baju2 je, last weekend was fully occupied, so takde masa nak basuh2.
tapi takde la banyak pun yang tinggal.
lampin, receiving blanket, tuala, and barut je belum basuh.
harap2 sempat la... malam ni or malam esok.
tu pun hubs yang basuhkan... aku tolong sidai je.
nak harap aku dok mencangkung dalam bilik air harap maaf la yer....
nak dok mencangkung kencing pun mak dah tak koser, ni kan pulak membasuh. :|

semoga semuanya dipermudahkan la. Amin...
ade mane2 mommies yang dah nak bersalin jugak ke?




September 25, 2012

sakit tekak vs heartburn



Sekarang ni aku kerap rasa sakit tekak.
Die bukan macam sakit tekak batuk ke apa, tapi rasa mcm melecur tu.
Bahasa nak propa je ‘melecur’ kan… tapi itu la hakikat yang aku rasa.
Heartburn takde plak rasa. Kat tekak ni je…
Dulu ade la jugak rasa heartburn tu, tapi sekarang memang totally takde.
Sakit tekak je. T______T

Padahal bukan tak minum air masak. Sehari kat ofis je 2liter aku telan.
Satu tumbler penuh before lunch, tu pun kadang2 pukul 11 dah pegi topup lagi.
Satu tumbler penuh jugak after lunch.
Kat rumah tu anggaran je la 1 liter jugak sbb aku siap letak air lagi tepi katil.
Malam2 bangun kencing pun aku minum lagi.

3liter sehari tak cukup ke untuk pregnant mommy???
Musykil aku kalo tak cukup. Abes berapa liter yang cukup???
Yang takat 3 liter sehari ni pun aku rasa pundi kencing ni macam nak pecah.
Jalan terkepit2 geli2 je rasa kat pundi kencing aku. Ni kan pulak nak suruh topup minum lagi.

Eh betul ke orang cakap kalo asek rasa geli2 je kat dalam perut or ari-ari tu, maksudnya anak rambut lebat.
Sebab rambut dia tu la yang buat geli. Betol ke??? Fakta ke auta ni???




September 24, 2012

Current Situation



morning morning....
lama tak menulis... bukan sebab apa pun, sebab penyakit M dah kembali.
plus badan memboyot ni cepat sangat penat nya...
tu pasal takde masa nak mengadap PC tulis2 bagai ni...
bloghop pun dari tab sajo... malas nak duduk kat PC. online kat tab senang kan, baring atas katil je.

entry ni ngam2 sebulan dari entry bulan lepas. ngeh ngeh ngeh....
sekarang ni aku dah 34 week nak masuk 35 weeks dah....
adalah sangat nervous ok... sebabnya, sepupu hubs yang due date 14/10/2012 dah bersalin last 2 weeks.
tapi dia bukan first baby la... but stilllll, awal kot...

skrg ni bila perut aku sikit2 sakit ke, apa ke, aku dah mcm cuak terlebih...
siap tengok jam bagai. tapi takde sakit ape lak lepas tu... hehehe... saje nak propa je..


barang baby ada yang tak abes beli lagi... baju lampin napkin selimut sume dah siap la...
yang macam barang2 mandi, feeding accessories, travelling items, and baby grooming je ada yg tak settle lagi..
dis weekend la ingat nak setelkan sume. barang2 aku nak pantang pun ada yang tak beli lagi.
buatnye terberanak awal tak pasal je...

baju2 pun dah siap basuh cuci sume. tak packing je lagi...
beg baby pun xde nak packing camno kan???? hehe ok weekend ni pegi beli.



kaki sekang memang macam kaki gajah dah aku rasa.
aku ni naik kat bahagian bontot kebawah. pls dont imagine macamana besar cik von and paha aku.
betis apatah lagi. tengok je la gambar kat atas ni.
hubs tengah urut kaki si isteri. besar pahala suami InsyaAllah...
nak dok bersila pun susah, apatah lagi aku nk urut kaki sendiri, potong kuku bagai kan...




ok la till then.
bila ada masa and ada mood lagi aku tulis lagi...
;)







August 23, 2012

Khamis - Isnin


Khamis pegi.

Isnin baru balik.

Vacay mood!



August 16, 2012

Bebelan di petang Khamis...


Hye uolss. Dah start cuti ke? iolss xcuti pun this week.
Sampai Jumaat kena kerja. Sebabnya raya tahun ni di rumah mertua.
So KL sajo. Tu yg x amek cuti awal tu. Plussss, AL pun dah tinggal sikit je.

Mood raya dah berkobar2 ni. Rasa macam nak mc je esok. Hahaha...
Nak dok rumah, hias2 rumah, kemas apa yang patut kan.
Cermin yang beli dekat ikea aritu pun xtampal lagi kat dinding.
Malam ni kot buat. Tu pun kena pegi beli double sided tape yang agak kuat sikit.

Macamana korang punya raya preparation?
Aku biasa2 saja. Bersederhana. Tak banyak benda baru pun.
Tapi meriah part kuih raya je. Nak tau kenapaaa?
Meh nak cite...

Gini kisahnya. Aku n hubs dua2 order biskut raya tak bagitahu each other.
Bagus kan?
End up aku bawak balik 5 jenis, hubs bawak balik 6 jenis.
Nasib baik la campur2 bukan semuanya biskut. Ada kerepek, kuih siput and kacang ape tah.
Ok la bole tahan lama. Ni pun nak lantingkan 2 3 jenis kat umah MIL or umah mak aku je.
Tak terhabis kang if letak kat umah aku.

Tadi MIL ada called. Tanya aku reti balut ketupat palas tak. Sbb ada orang order dekat200pcs ngan dia.
Mane la acik tahuuu... :-/ (ketupat MALAS aku tau la)
Sembang2 pok pek pok pek trus dia cakap aku tak payah masak apa nanti raya.
Means rendang semua dia buatkan. Untuk bawak balik umah kitorang pun dia buatkan.
Aku cakap la, tunggu la kitorang balik sana dulu, boleh aku tolong kan, tapi tau ape yang aku dapat?
"tak payah la, mira bukannye larat pun"

Ya right. Aku dok masak sikit pun dah tercungap2.
Baik kan MIL saya? Teeeheeeeeee (senyum leborrr sampai ke telinga)



Salam Aidilfitri

Jika ada perkataan saya disini yang menyakitkan hati.

Bila ada tulisan-tulisan saya yang tak sedap dibaca.

Bila ada kelakuan saya seperti lupa usia dan menyakitkan mata.

Jika ada kata membakar lara menusuk hati.

MAAF ZAHIR & BATIN KU POHON.


August 14, 2012

Sad...


Sedih.

Interview kastam gagal.

Been thru thick n thin nak menempuh semua 3stage tu.
Tapi gagal jugak.
Really frustrated. Xde rezeki mungkin.

DIA tahu mana yang terbaik untuk aku.

"mungkin kita ada tertinggal sesuatu kot" ayat hubs sambil pujuk bila aku menangis teresak2....

Ye. Tak ada rezeki. Redha.

August 13, 2012

Finally update!!!

Been busy lately... So sorry! Tu pasal xde update hape pun.
Memang lepas berbuka je dah x larat nak duduk mengadap pc buat entry bagai.
Nak bloghopping pun dari tab je, tu pun atas katil lepas tu tetido.

Dengan nak buat preparation raya nye lagi. Haishhh...
Kemas rumah xpenah habis. Padahal duduk 2 orang je...
Tapi dengan meja computer printer sume kat hall ape cite.
Harus la raya2 ni sorok bawak masuk dalam bilik...

Last saturday pegi ikea. Itu pun pegi awal. Pukul 11 dah smpai sana and nasib baik sbb x ramai orang sangat.
By the time kitorang keluar je around 2.30 cmtu, pergghhhh sesak kereta saje nak masuk parking tak hengat ok. Ramai kot!

Then ahad memang kemas rumah sesajo. Tu pun halfway done baru.
Maklum la saya beraya di KL tahun ni. Semangat nak hias rumah kena lebih sikit.
And xbalik kampung kot this year raya. Sbb raya ke-5 je nak pegi vacation pulak... Teeeheeee... Suka suka!

Tengok gambar semalam pegi berbuka kat Bangi Golf Resort. As expected, memang sedap melampau makanan dia. Ni second time aku datang sini for Ramadhan buffet.

Ok till then!





Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone