January 31, 2011

Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita...

Konsert LAWAK 2011....


tajuk entry ni does not mean aku pegi Johor tengok konsert tu.. takde maknanya.... sebab apa??? sebab aku pun baru tau sebab tengok tv kat rumah semalam.

die tayang kat @astrowarna hari ahad 30Jan pukul 2 petang... tapi aku tengok pon dah pukul 3 lebih sebab tak perasan dok ralit tengok american idol. nasib baik ada ulangan pukul 11 malam semalam. so kita kasi tengok la.....

memang kelakar habis ok.. tekekek-kekek aku sorang2 tengok smalam... serius lawak gila babssssss punya... if aku dah letak ssssssss banyak2 tu memang lawak betul la tu aku maksudkan. kalo ada kat KL memang aku seret siTunang ajak tengok skali la... bila ek kat KL? takkan takde kot....

artis memang ramai. tp host adalah Zizan n Johan. laku diorang sekarang kan???

part mula2 pak ajis satar masuk aku tak bole belahhh betol.

Ajis Satar: niat insunnnn mata kaji semar nyiseng! sila baca dengan nada P.Ramlee (then keluar la zizan n johan)

then diorang tanya la kat pak ajis ni "maksudnya?"

Ajis Satar: Niat akuuuuu nak mengendap orang kencing!


ahahahahaha spontan ok! me loike! nak tau lebih2 cari la video kat youtube ke kot2 ada.... penat la kalo aku kena cerita kat sini.



weekend random..


just a simple summary. not a reall summary sebab ada nak buat entry jugak pasal me n my lovelytunics sleepover. itu cerita lain ok. cerita tunang pon stop jap la kat sini. tengok la kalo2 aku rajin nak tulis and upload gambar lagi aku cite k.. takpe la lompat sana sini pon kan... hehe....

friday terpaksa MC. sebab mata sebelah merah2.. like sakit mata tu. tapi actually doc cakap bukan sakit mata. just irritation je. tapi pedih2 and sentiasa berair je la. and sangattttttttttttttt tidak selesa. so aku pon tak pegi la ofis kan Jumaat tu.

then bila pegi klinik tengahari tu, bole pulak dapat doc yg macam harem tak bagi MC. siap aku kena mintak pulak. tanya kenapa nak MC bagai.aku cakap la saya ni keje pandang PC, nak tengok apa dengan mata berair ni. and saya masuk ofis pukul 8, sekarang dah pukul 12 kot doc if nak suruh i pegi ofis balik pon. silly! (sopan sikit dari buduss)

terus hilang mood time tu sebab doc pompuannssss yg kedekut itu. dengan kena tunggu almost sejam lagi tunggu siTunang datang balik amek kat klinik. dia pegi semayang Jumaat, me cannot drive. actually malas. suruh dia jugak anta bawak g klinik. so padah datang sebab lupa hari Jumaat lelaki kena g masjid...

naik lebam buntut duduk kat kerusi keras klinik tu. habis semua risalah kesihatan aku amek baca. trackpad BB pon macam nak rosak dah dok scroll sana sini. bosan punya pasal.


ni siTunang pegi memancing kat mana tah. area2 morib sana. i mean tengah laut la. tapi taktau tempat tu nama apa. he mms-ed me this pic while im having fun with my girlfriendssss. kecik2 je ikan yg diorang dapat. alasan sebab arus tak kuat so ikan tak datang. ntah betol ntah tak.

aku keluar dengan kawan perempuan aku, dia dengan kawan lelaki dia. so fair-and-square!



January 27, 2011

cepat la datang wahai cuti!!!!!!!!!!!!!


kalau company cino cino, mesti dah feeling2 holiday mood dah kan... feeling2 Chinese New Year dah kan... sebab macam company aku ni, cuti banyakkkkkk ooo....

hehehe... kitorang start cuti dari 1-Feb tu la.. kan hari wilayah... sampai la 7-Feb isnin tu. so maksudnya selasa baru kerojeeerrrrr.... suka suka!!!! cuti lama2 bole rehat lama2 balik kampung lepak rumah lama2....

mama dah call2 dah tanya bila nak balik. ku tahu kau merindui ku.. tetibe je!

actually ingatkan company nak bagi cuti start Monday 31/01 tu... tapi tak dapek la sebab ujung bulan kan... semua nak buat closing la apa la... Sales pun time ni la nak kejar sales diorang. aku takde effect pape pon keje ke tak... :( tapi confirm nye 31hb tu aku bersenang lenang.

ok so korang cuti lama tak? kalo cuti kejap tu jangan la jeles ye... aku ni tiket ketapi or bas pun tak beli lagi. mama cakap tak payah bawak balik kete, jalan jammed! yes i agreed mama. ko hengat aku sanggup nak hadap jammed tu? oh no mannnnn...tidak sanggup.

ada lagi ke tiket eh???


January 26, 2011

Hantaran Dari Lelaki


macam aku cakap before ni, laki punya tema pun purple... tapi ada tambah putih putih and silver silver sikit.... macam aku jugak la ada putih.. hehe.... ;)


my baju nikah...

cake - homemade ok. buat sendiri. not me la, his family.

bekas cincin, dalam tu baru ada kotak cincin habib.

tepak sireh

mix fruits!

they all guna fresh flowersssss ok.. meletups! terkejut aku. laki pulak guna fresh flowers.. pompuan nya bagi plastik2 sudah... ahahahahaha.... nak tempah ke??? hehe...



Hantaran Dari Perempuan


sebelum tunang lagi aku dah warning awal si BF cakap jangan bagi lebih. 5 dulang je. sbb aku akan balas 7 bekas.

sebab utama bekas aku beli tu, ada 7 bijik je. so kalo diorang hantar lebih, kene la aku balas lebih kan... dahhhhh lari tema plak nnt... tak cantekkkk ! mak tak soookaaa! *gila evil kedekut*

tema aku dah memang2 la purple kan... dan si BF punya kakak pun dia buat purple putihhhhhhhhhh okk.... tak marah. suka ada la sebab cantik. gambar pon cantik je... tak sengaja uolllsss buat sama. sehati sejiwa katakan *muntah darah*

sepasan kain baju melayu untuk nikah


tepak sireh


cupcakes from http://littlegemz.blogspot.com/


wajik / pulut manis - nenek aku buat


tart - kawan mama bagi


tart jugak - kawan mama bagi jugak


and lastly, buah-buahan tempatan - makcik aku sponsor



January 25, 2011

The Dais....


gambar adalah bercampur aduk... nikon kecik + nikon besar godang.. hehe... so ada la kalo korang perasan gambar kejap cantek, kejap tak, kejap blurrr, kejap gelap... maafin ya.

ni nak tepek gambar mini pelamin... buat sendiri hokayyyy. hasil tangan mama mula2... lepas tu time dia dah busy, takde nye mama nak pandang, aku jugak yg kemas2 kan.. di bantu Tqah n Tasha. banyak diorang ni tolong aku tau...

tapi idea asal tempah itu ini bagai semua mamaaaaaaaaaaaaaa.....


pandangan depan... ada kain langsir kat belakang, platform, flower balls 3 bijik, and bantal kecik2 9 bijik... different colour. n bantal duduk.... actually kat tepi platform tu cantik mama buat bunga2 from kain, tapi tak nampak pulak. :(


gambar atas ni bukan platform tau yg ada jurai2 tu.. ni bekas hantaran aku. bersusun depan pelamin... terlindung pulak platform ku yg cantik itu...

aku suukkkkaaa! simple but nice. tak mau la sarat. hasil kerja sendiri kata. mesti la suka... ;)


Beautiful day...


hari yang ditunggu-tunggu.... nak menunggu ke tanggal 15-Jan ni sangat la mendebarkan...

pagi2 sah memang bangun awal...nak mandi pun dah kena beratur...ramai la katakan... siapkan mana apa yang patut, tapi takde la apa yang last minit dah. semua ok rasanya.

bila masuk pukul 9.30, mak andam cakap dia sampai around pukul 10 lebih macam tu. dalam ati ni "sempat ke dia nak mekap" rombongan lelaki sampai dalam 11.30 macam tu. think positif! sempat la kot harap2...


mak andam sampai2 je takde bagi can, terus diconteng2 muka aku ni ha... slow and steady je yet cantik. puas hati dengan mekap but kureng tang rambut. ntah la, just tak berapa selesa dengan rambut yang tak berapa kemas macam tu.

pot pet pot pet je aku ni tau...


tapi takpe la, takde la nak menyessal ke apa, menda dah lepas kan....


tadaaaaa!!!! dah siap! tannteeekkk tak? ;)

sempat siap dalam 11.30 mcam tu. pihak lelaki tak sampai lagi. tak sempat nak gedik2 posing2 maut dulu, kejap je lepas tu rombongan laki sampai.

gila la time ni la ada drum la, tractor la segala mesin dalam jantung aku dok gerak laju je... neves neves! ai firsttime neves gila macam ni. nak amek SPM pun tak senervous ni tau aku rasa. gila! ni pun dah over melampau, apatah lagi nikah kenduri segala nnt.

malas dah nak cerita. sekejap je diorang orang2 tua bincang then aku dengar Ila terpekik "haaa....dah dah &^%$#*%$ ribu serba satu!" terus dengar suara makcik aku panggil keluar.

n let the pic do the talking!





January 24, 2011

sehari sebelum ;)


fuhh fuhhhh.... buang habuk sikit kat blog ni. berabad tak upload. jin rajin tak datang rasuk lagi kann.... ni pon mmg sengaja nak update bertubi2... lepas ni muntah la korang2 baca entry tunang ok..

kite start cite dari sehari sebelum la ok? hari Jumaat. was super duper busy. bangun awal pagi clear kan rumah. keluarkan kerusi, gantung pelamin (yup buat sendiri), ubah itu ini macam2 lagi la...dan kami buat 3 orang je iaitu, me, mama n papa. gigih ok... sedara mara semua tak sampai lagi.

tengahari pulak, amik angah balik sekolah (Lebuh Cator), amek Ila (JJ Ipoh), amek adik (Jelapang), amek cupcakes (Silibin), amek kek (silibin) dan patah balik Simpang Pulai hantar diorang pastu gi amek Tqah @ Seri Iskandar. Penat atas kereta je dengan tengahari nye jammed kat Pekan Ipoh tu. phew!



sampai2 siap semua, rehat dulu and sedara mara semua banyak dah sampai. siapkan and kemaskan sikit lagi hantaran, bunga2 and mini pelamin. tu pon tak siap habis lagi. dangggg! bunga tak cukup. pegi beli bunga pulak... fenat fenattt... macam tak cukup nyawa tau hari Jumaat tu.

malam lepas makan2 siapkan doorgift pulak. dah siap dah dalam bekas mini tu, just letak2 ribbon kat atas tu nak bagi tantek sikit... doorgift adalah Wajik. ada yang tak tau ke? pulut manis tu.. dulu dulu kaler hitam, now dah moden kita buat kaler white n red!

ramai jugak la pembantu....


around 3 am jugak la baru siap pelamin n puas hati segala semua semua tu. then baru tido. bilik semua fully occupied! kat hall ada angah n baby je. kitorang bertiga yang dok pulun buat pelamin tu tido haaa depan pelamin! me, Tqah n Tasha (adik mama).

apa aku heran, dengan sliding door tak tutup nya, janji aku dapat landing. tapi kesian Tqah la, dia tetamu kannn.... ;( tak pasal je kena tido luar....



January 18, 2011

just engaged!


enough said. was held last week.

Date: 15/01/01
Time: 12.00pm
Venue: Simpang Pulai, Ipoh.
Theme: Purple

will update dengan terperincinya later ok... sebab still penat and kat office bertimbun2 kerja menanti. dan confirm2 arini akan menjadi sotong yang banyak tangan buat kerja. bajet rajin kan, padahal... ni la padahnya cuti lama2!


im taken! n im counting days to be his bride.


January 13, 2011

ber-Genting-an


kesinambungan entry semalam....

lepas dah tak tau nak pegi mana, tapi tak mau balik, terus terkeluar nak pegi Gent!ng. acheem pon ok je since dia buat dialog "takpe, minyak kete pon tak abes lagi"

apa lagi, dekat je tak sampai sejam kan. moh kite ke gent!ng terus. laju je kalo bab bab bejalan ni... dari bwah nampak sebijik2 gent!ng ni.. aku ingtkan takde kabus and tak sejuk la... tapi sangkaan kami meleset. aku tak[e, banyak lemak so tak sejuk sangat. ;)




sampai2 je blur tak tau nak pegi mana. memang macam bukan pukul 12 tengahmalam la kat sana. aku rasa macam baru pukul 8 sebab ramai lagi orang.... semuar kedai bukak2 lagi terang benderang kan...



game pon still boleh main kau! tutup pukul 4 pagi katanya... tapi indoor je la yer.. gile kentang kalo outdoor still bukak. kejung beku ok orang yang jaga kat luar tu malam2... ahahahaha

malam die tak jual tikel yang ala2 wristband tu dah. dia kira satu game RM8. ok la tu kan. kalo beli wristband tu, bukannya semua kita naik kan dah malam2 ni... so kitorang pon amek la 2 tiket. 2 game nak masuk kan...

satu yg ala2 roler coaster kecik tu, satu lagi masuk 4D movie. cerita Haunted House malam tu... puas hati la cerita pon.. tapi pening sikit la kan coz 4D.

si tak suka sejuk *tu la sape suh kurus sangat*

si peng-suka sejuk

actually, 4D movie tu start pukul 1.30am. ada masa lagi sebelum nak ke 1.30 tu kitorang jalan2 la... seperti biasa, muka takkan pernah lekang dari camera. dah la tak cas camera b4 keluar. nasib sempat tahan bateri tu sampai balik..


dengan ronald pon jadi. siap cakap "saaaaaaaaaaaayyyyyyyaaaaaaaaaaaanggggggggg ronald"




benci tau aku diorang ni. pakai sneakers tak ajak. act, diorang pun tak rancang. aku je hegeh2 ngan heels nye. ye la if aku tak pakai heels, aku nampak pendek gile kot dikalangan diorang dua ni. so tak nak malu nye pasal, heelssss kooo tengah2 malam.



lastly, gambar kami kawen.. hahaha bosan tahap gaban dah ni nak menunggu pukul 1.30... lepas je 4D movie, terus chow balik around 2 lebih macam tu.

sekejap je kat sana. 2 jam je kot........... uollssss!!! nanti pegi siang kita main2 naakkk????


January 12, 2011

sabtu-day-out


first thing first, kasi tepek dulu gambar Miss blog ni ok... kang lama dah aku tak letak gambar aku kat blog ni korang lupa pulak. so selang2 la kejap letak, kejap takyah letak. kang ari2 negnok muka aku pon naik muak ye?



and the pelakon2 cerita. watak2 dalam entry ini adalah Syak + Acheem. my besties time kat UKM. syak ni dah banyak kali dah korang tengok muka dia kat sini kan. Acheem ni je tak pernah letak muka dia rasanya. ;)

kami adalah sangat rapat. kemana selalu bertiga dulu. dalam UKM ke luar UKM ke, compom bertiga. tapi time 3rd year dah tak rapat sgt sebab masing2 busy. kali ni kita buat gahtering la konon nya.

Acheem diapaksa menjadi driver la as usual. dia dari gombak kena kutip kitorang. sorang kat B.Tun Hussien Onn, pastu sorang lagi kat B.Sri permaisuri. nasib kau la labu....



aku decide pukul berapa nak jumpa. syak kena decide tempat nak pegi mana. so kita ke curve la. harus sampai2 diroang ajak cari makanan dulu. depa lapaqqqq.... aku kenyang sebab baru lunch pukul 5 ptg camtu. keluar nya pukul 6.

so serbu la Dome. cong ceng cong ceng sembang2 gelak tengok menu sembang tengok menu balik sembang gelak baru order! fuhhhhh!




both of them had pasta. aku je makan wedges. kata dah kenyang kan. mmg tak bole masuk lagi dah. ada la 2 3 4 5 suap from them.


lepak sini pon sampai pukul 9++ dah.. then jalan2 sikit terus blurr na g mana lagi. sebab semua tak mau balik lagi. ye la... tak puas sembang kot....

so kita continue lagi sesi bersembang dan bergelak2kan...



January 11, 2011

a friend, accident.


Last Friday, dapat sms dari si BF tanya "pian accident ke??"

Then selamba je aku reply "tak tau" and terus buat bodo. takde nak tanya kawan2 lain. balik keje pegi dinner dengan kawan2, lepas tu baru dapat tahu si Pian ni accident. agak teruk. haish memang teruk la cakap.

terus pegi melawat right after die keluar OT. tu pon dah around pukul 10 11 dah. nasib hospital private, bole je bila2 masuk kan... mujur dia ada insuran weh!

watie (baju kuning) - mira (wife pian) - pian


dia accident motor... belah kanan semua teruk. paha kanan patah, ibu jari kaki kanan patah, tangan and bahu kanan retak. hope dia cepat sembuh la. kesian Qaseh tak boleh main dengan papa dia nanti.

pian n mira ni rajin datang lepak kat rumah kitorang. bawak Qaseh anak die sekali. siap tinggalkan bini kat rumah kitorang (me n suzie) lepas tu P!an ni siap bole keluar lagi. lepas ni setengah tahun jugak kaki takleh tekan pedal minyak kete tu.

get well soon ok Pian! setahun 2 tahun jugak la ko tak dapat main futsal. siap ada orang dah melawak2 dah nak beli his kasut futsal. lawak kasar.