Kadang2 ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat, Kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, Rupa-rupanya ALLAH memberi kita pelangi.
July 6, 2012
Tak paham aku ape nak jadi dgn office aku ni...
July 5, 2012
RIP - Ikan Division
ni satu time ni, around 2 minggu lepas, tetibe kitorang perasan perut dia kembung melampau.
macam nak meletup tu. then Alex pun pegi put sticky note "no feeding".
sebab ada jugak orang lain pun gatal tangan pegi bagi makan tak ikot time.
over makan la kot.
sampaikan Isnin lepas time aku nak bagi makan, dalam pukul 10 macam tu baru perasan dah terapung haa ikan ni. mati dah. ajal la kot kan...
tapi cer tengok perut dia. memang kembung macam tu la...
kembung macam nak meletup la tu kan?
warna dia pun dah takde biru2 merah ala2 peacock tu. dulu masa mula2 beli cantik je.
sakit kot perut kembung kan terus tukar warna.
semua budak ofis cakap ikan ni kena torture ngan kitorang. tu yang mati tu.
kuaja ok. kitorang bela dengan penuh rasa kasih sayang. miahahahaha....
June 27, 2012
HR office aku ni baik jugak kan... *TDDMKA*
Division aku nak buat/organize training bagi kat sales team.
Untuk tambah product knowledge diorang la...
Kitorang ada request nak buat pukul 430pm.
Which means before office hour habes la kan...
Office hour kitorang smpai 530pm...
Bole tak HR x bagi.
Dengan alasan kacau working hour.
Kacau sales team. Nnt takde sales masuk.
Company rugi bla bla bla...
Taknak la start training lambat sangat kan sbb nanti confirm abes lambat drag2 smpai maghrib semua.
Tapi tapi tapi... Yang nak jadi amukan skrang ni...
Bole pulak baru kejap je tadi ni, kejap je tadi, dalam 450pm macam tu...
Diorang si cino2 yg ala2 xnak bagi company rugi ni dok kat pantry celebrate birthday...
Boleeeeee pulakkk kannnnn!!!!!
Geram plak kan.. Sbb yang training nanti aku terlibat.
Confirm2 la aku xnak balik lambat.
Dah tu celebrate birthday bagai x ajak aku pun makan kek.
Tu je sebab amukan. Bahahahahahahah....
*Pang sedas*
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
March 4, 2011
Yatie's Farewell
semalam (Khamis) adalah Yatie punya last day kat I.A ni... so ada la kitorang buat farewell party sket2... my ex-boss yang kasi kitorang coach bag tu sponsor semua.... as in semua dia bayar. aku tolong arrangekan aje.
kami ada cake (choc banana), Dominos, and K-hep-si! buat dekat office punya pantry je termampu. sebab if nk buat kat luar macam takut tak sempat je kan...
gambar adalah banyak jugak but semua dalam camera. and laptop rosak macamana nak transfer? cer crite cer crite? so ini gambar dari BB je... if dapat transfer aku hapdet ok the gambarsss...
oh yes! arini malam ni nak balik Ipoh. berweekend kat Ipoh. so transfer gambar kat ipoh je la. one problem solved! yeeehuuuu.. tak sabar nak balik Ipoh ni.
to Yatie, "clean ur dest before u go">>> that was what orang kedai kek tu tulis. DEST instead of DESK! choiiii.....
- remember we had so much fun in ICS team?
- PD trip
- skytrex adventure together gether.
- eating like nobody cares during Singapore trip
- gantung kaki session after jalan2 @ Chinatown Singapore. :}
- photography session which is lompat2 session as u r the best photographer for my lompat2.
- badminton competition - where u and ur emo partner kalah. hahahahaha...
- gossip2 session - El1za, chiz0ba, S bibir pink, Sol_out, Spoon_fed, kak DD, mak mah, ABANG J a.k.a Losai, etc.
and too many memories to write it here! All the best in whatever you do! KAWEN JANGAN LUPA JEMPUT!
October 22, 2010
fuhhhh fuhhhh...
mak super duper busy nyah!!!!!!!! serious. kali ni tak tipu. since last thursday rasanya tak update. bukan semalam ye...minggu lepas punya kamis. busy punya hal sampai nak jeling blog pon tak larat. eh bukan tak larat, tak mampu.
kisahnye sebab boss pegi outstation la ni. semua kerja + tanggungjawab aku pegang. time2 ni jugak la ada nak submit itu ini dan saya buat sorang2! kena tegas sikit. boss ada cakap mintak kelik2 ofis ni tolong buat sama. tapi aku tak tau nak mintak tolong diorang buat macam mana. susah la nak kena ajar lagi. nnt ada pulak tak paham itu ini, buang masa pulak ajar2 diorang.
kannnn dah kena buat sorang2 excel sheet yang ada 38-sheet dalam dia. tak termasuk satu lagi yang ada 57-sheet dalam dia. phewwww! nangis aku hari2 kat ofis ni. hari2 stress.
bila ada boss, rasa macam lagi bess kalo takde boss. bila takde boss, rasa macam nak jerit "boss, balik la malaysia cepat!"
esok baru flight dia balik malaysia. kalo dia cuti hari isnin depan ni, memang aku g gegar rumah dia. tak sanggup lagi dah pikul sebeban kerja ni. melainkan u bagi i gaji 5k, i buat ok boss???
hari2 balik rumah stress, penat. pantang baring je mesti tido. bukak laptop kejap je nak update apa pon takde hati. then tetido. bole tak korang bayangkan betapa penatnya haku??? sila bayang cepat ok.
tengok la next week kalo tak busy aku update secara bertubi-tubi dan mengganas yer.... HAPPY WEEKEND ALL!
August 16, 2010
IA Dinner @ Se0ulGarden OU
ok aku akan kembali menghapdet dengan rakus cerita2 yg hampir basi!
game event habis around 5 macam tu. then terus drive ke OU for our dinner. tapi dinner at 8, so jalan2 WINDOW shopping dulu la... nak beli belah, takut duit habis. sebab dah tau dah puasa mesti nafsu membeli menjadi semakin besar dan memuncak2. so simpan duit...
masuk sana sini semua ada sale.. menguji keimanan betol.. nasib baik tak draw duit and duit dalam purse hanya ada 8 ringgit tepat. so kita boleh mengelakkan kejadian membeli dengan rakus di kala melihat kasut primavera sale 40%, guess handbag 50%, baju2 di Zara 30%, dan Charles&Keith 20%... fuhh...mencabar mental. dah la time ni baru gaji kan...
8.30pm baru masuk makan...most of the table IA yang conquer.. so memang bising... agenda time tu adalah, makan, makan, dan makan lagi. sampai kenyang!
just enjoy the random pic ok?
GM and his wife..

yatie - me -ray

game dah nak mula.... ;)
bahan2 yang diperlukan...
sudah dicampur and my dear boss tambah ice-cream lagi ok... jijiks!
kita tengok siapa yang kena!!! lap lalilai taplom...
luckily aku menang...so yang kalah kena makan itu fishcake dicelup dengan sos2 segala macama plus ice cream tadi.
lets see their faces.
happy nampak??
Yatie... sebab kau tak letak gambar ni kat belog kau, jadi aku letak...



we had so much fun that nite. plus letih juga.. tapi gembira. tido dengan muka puas sebab letih + kenyang, memang best tido!
IA Badminton*Tournament
entry basi... last two weeks punya cerita. a week before puasa la... Sabtu tu I*A ada tournament badminton. yang selama ni every week pegi main badminton berlatih tu, utk tournament ni la konon.
was held at Kota Damansara there. game start tentatively pukul 1, tapi pukul 10.30 dah kena kumpul kat ofis ok...gila awal kan???? aku pun bangun pukul 9.30am tu pon sebab Kak Linda call. kalau dia tak call rasanya dah terbabas sebab aku memang tak set alarm pon. biasa la kan janji Cino pukul 10.30, tapi pukul 11 baru diorang sampai. we ollss pulak yang sharp.
pukul 12 daftar katanya... daftar kejap je tak sampai 15 minit. nasib baik start awal, bukan pukul 1 tu... dah la banyak team... ni bukan dari HQ je.. semua branch ok... Klang, Sg.Petani, Penang, JB, B. Pahat dan sebagainya malas nak tulis boleh?
tengok2 gambar je ok kan??? rasa macam tak larat nak tulis... ;(
AJK - ahli jadi kepoh (bak kata Harry)
oh yes..saya memang akan melompat begitu. trademark ok...

my partner - Kak Linda
jatuh2 gelak2 pon we wond 2nd place k... dapat duit raya RM100 sorang. bole wat beli baju raya kan...
kami, tiada dalam gambar - sebab pegi mandi and salin baju..
lepas game ni.. perut memang lapaq tahap dewa la..tak lunch pulak kan.... gerak terus pegi O*U sebab malam we olss ada dinner kat Seoul*Garden.. sampai2 O*U je terus sebu Makcik*Annes (Auntie*Annes) sebab lapar gila...
to be continue...
August 4, 2010
tidak baik untuk kesihatan...
jika pandang excel hari2... naik juling bijik mata aku dok pandang2 table kejadah sume tu...all the formulas, vlookup, adn lagi dan lagi makes me sick! sampai darah pon dah rendah ni tau.
ni yang rasa macam stress je nih...
ting! muncul satu idea nak ajak si BF g shopping lagi this weekend untuk hilangkan stress dan keJULINGan yang melanda diri ini... hahaha...alasan kukuh. stress je ajak shopping. motif???
July 23, 2010
kerja buang masa...
ok ni my dear boss bagi.... ada name cardssssss....
and jugak kotak name card...bukan card holder ye...
kite transform la jadi macam ini....
nice...sudah siap... dan KEMAS!
July 21, 2010
wednesday vs cerita pandan...
happy wednesday!!!
sebenarnya semalam adalah sangat busy. benci! lepas tu dah buat auto publish..bole tak aku buat tarikh selasa minggu depan. sila salahkan kalendar ye... so memang takkan keluar la entry tu..takpe2 aku dah betulkan tarikh tu balik.
mmm...yaya (my car) sekarang bau segar je...sebab ada daun pandan.
belas ihsan dari auntie cleaner kat ofis ni...aku mintak tolong die amekkan untuk aku sket.. kat umah die banyak die cakap. so mintak free je.. tengkiu auntie!
auntie ni banyak cakap ooo...asal nak g toilet or pantry je, kalo terserempak ngan die, memang takde can la nak lari. mesti die tahan ajak sembang2 walaupun die tak berapa nak pandai cakap melayu. but at least she tried.
memang kalo nk g toilet or pantry tu, usha2 dulu la takot die ada.. bukan malas nk layan, tapi kadang2 tu melampau lamanya dia ajak sembang. sape tahan beb!
July 16, 2010
Friday...
sedar tak sedar arini dah masuk ari Jumaat. cepat je aku rasa maca berjalan walaupon macam bosan dok opis tak berapa nak ada kerja sangat.. bukan takde keja, ada. tapi tak buat sebab takde sape mintak lagi. hahaha...bole tak macam tu???
actually my boss pegi outstation this week. sepatutnya busy la sebab aku yang kena buat kerja dia. kena angkat phone call dia. kena approve semua quotation. tapi bukan bole main approve je. kena wat kira2 dulu. sepatutnya kena jadi busy la kan...? tapi sumpah tak busy ok......tak busy! buat2 busy ada.
naik bosan dah dok opis ni.. nak mengadap muka Yatie nanti mengantok sebab muka dia hari2 muka ngantok. kekekeke... tapi dia MC pulak arini. kaki seliuh jatuh tangga katanya. hahaha...tak tau la betol ke tak kan. sejak2 aku ajar dia cara menipu aritu, tak tutup lampu kereta la, bateri keta kong la, macam2 lagi la, terus dia jadi lagi master dari aku. hahahaha....
so layan intern3t sampai hang pc aku semalam... hahahahaha...tapi aku kalo online, memang cover baek punya.
ini lah contoh pekerja berhemah!
July 14, 2010
neslo sejuk...
bukan neslo ais ye kawan2.. tapi neslo sejuk...
pagi semalam time nak buat air tu, kat pantry ada la auntie cleaner and one of I*A division manager Mr.T. lepas tu boleh pulak rancang bersembang ngan diorang pasal neslo. diorang tengok aku campur milo n nescafe tu la terus tanya aku macam2 pasal takde rasa ke kalo tak campur, tak manis sangat ke dan macam2 lagi.
lepassssssssssssss tuuuuuuuuuuuu...
aku selamba je tadah air biasa. means tak sejuk tak panas. lupa nak tekan red button which is hot! damn....
dah half dah macamana ni. gamble. tekan "hot" then isi sampai penuh. ok la bole kacau and jadi suam2 je air ku...
penah dulu kat I*A jugak, aku lagi selamba terus tekan blue button. sejuk gila air tu. nak minum macam mana not blended well la.. macam berketul2 kannn. terus ke sinki la jawabnya....
June 22, 2010
nasi goreng daging punya hal...
gerai masakan panas kat tepi ofis aku ni memang la sedap... tapi dia punya servis super lembab ok... sume waitress2 sume indon... jalan punya la hai lenggang kangkung mak limah betol. sakit ati aku tengok diorang jalan macam tu di kala perut aku menyanyi2 lagi rock kapak tahan lapar.
dah tu semalam aku mintak cili potong + kicap, sampai kesudah tak dapat.. dapat la, tapi time aku baru last kunyah suapan terakhir aku. gila lembab kan??? sabar lagi...
tadi pulak lunch kat situ lagi... aku order nasi goreng daging. macam sedap je aku nampak ofismate aku makan aritu, so aku pon order la... mmg aku nye order yg terakhir sampai. dah tu satu hiris bayang daging pon aku tak nampak.
aku panggil la akak tu tanya.
me: kak, ni nasi goreng apa?
akak: adik order nasi goreng daging kan. tapi tersalah buat. ni nasi goreng biasa. mau?
me: aaa...takpe la ok la ni. telur dadar satu k.
dah la salah buat tak bagitau langsung kan. anta2 pinggan kat aku terus blah. aku plak terpinga2 tengok "ni bukan nasi goreng daging." pastu makan punya makan sambil aku still dok menanti telur dadar aku. sampai kesudah tak datang. hampeh.
haish..nak makan pon susah. naseb baek la sedap tau masakan kedai tu. kalo tak memang sume customer lari ok. naseb baik jgk dekat dengan ofis aku, sebab aku aku dok tuju kat kau je kedai oi!!!
June 18, 2010
Friday yg menguji kesabaran...
sakit kaki!!!! penat berjalan kat exhibition tadi...plus melecet pulak jari kaki. lepas penat sume balik la ofis to do some paper work, ordering, replying email sume kan... sebenarnya tak nak stay lama2 sebab nanti kena kemas booth yg suoer messy tu aku rasa.
then timbul satu masalah yg betol buat aku macam nak makan orang. uuurrrggghhh!!! geram nye... geram dengan orang ni je la...bukan korang2 or orang2 sekeliling aku ok. kalo dia ada depan mata, sure kena tikam dengan aku nih...berkira sangat.
they are actually same like us, distributor. diorang dah mintak tolong aku, for free, takde aku kenakan bayaran ape2, no mark-up mark-up, tolong pon sebab untuk tolong macam kawan even aku langsung tak kenal diorang, dan diperkenalkan oleh Singap0re principal kitorang. so fine aku tolong. barang kitorang dah tolong belikan. tapi lepas sebulan baru bayar. kedekut.
but when barang dah sampai tempat diorang kat Thai*land nun, bole diorang tak nak bayar transportation charges and bill us balik. what the fish man... be profesional la.. u want the goods. we bought it for you. yes you paid for it but shortage of berapa ringgit tah. tapi we still release the goods. then bole tak they bill us back for the transportation!!!!
oooo em ge...! sungguh tak profesional. ko nak suh anta cepat, tapi nak by road kan. dah suh anta cepat tu, confirm aku suh bagi priority service. tapi skng ko macam2 pulak. we are not blaming our principal at all. kami marah dengan Thai*land makan lipas and cengkerik goreng tu...
serabut ok. penat cungap2 balik exhibition naik tangga jalan angkat catalog tak abes lagi, ko buat hal pulak.. diorang ni bukan customer kitorang. sama taraf macam kitorang, but it Thai*land.
sabar mira sabar. hari Jumaat nih. sabar.
June 17, 2010
Japanese dinner
semalam...as you all now, my company ada exhibition kat KLCC nun... so ada principal from S'pore datang... so kena la entertain kan... so kena bawak pegi dinner. mula2 suppose me and Yatie saje...tp ditambah2 jadi la dinner berlima at Subang area. kami pilih Japanese food sbb memang si client ni suuuuuukkkkkkkkkaaaaaaaaaaa makanan jepun. Sumi-ka @ SS15.
kedai ni kat atas.. so kena naik tangga... its still shop-lot, just kat atas je. bawah tu ada kedai ape tah. but kedai ni cash only k!! CASH!

man of the house... if im not mistaken la.. dia la owner, dia la chef. jimat kan... hahahahaha... tp rasanya macam dia jugak receptionist kot. hahaha...sebab semalam we olls sampai2 je, die yang bukak booking book nak check. kat tempat grill grill bagai tu jgk die check. gile kentang kan..

atas adalah beef, bawah mackerel. ini adalah super sedap bagi aku la... sebab daging die mmg leeeembuut gile ok... ikan tu plak sedap sebab aku memang pencinta segala jenis seafood. ada lagi yg kitorang makan like ayam, potato, egg plant, chicken wing, nasi yg triangle tu. tp sume tu ok je. yg dua ni super sedap sebab tu letak gambar.

kedai ni takde raw food k. all grilled... so aku yg tak makan raw memang tak payah nak takut sangat la.. heee..... hye salmon belly....eeeiiiiuuu!
all together RM 250 ++ cam tu.. ok la utk 5 person kan. berbaloi jgk. sebab mula2 rasa macam tak kenyang, tapi kenyang pulak.. haha..apa2 la.
ni alamat die..
No. 19 First Floor
Jalan SS15/4
Subang Jaya.
Tel:03-5632 9312/016-2249312
tapi kalo nak pegi ramai, better buat booking dulu.. sebab macam penuh je.. tapi kalo pegi 2 orang je, ok la bole lagi duduk kat kerusi2 bar keliling api chef tu sambil tengok2 dia grill food.
and one of my boss ada cakap, kalo nak pegi makan kat japanese restaurant, kalo tengok ramai local people makan kat situ, maknanya makanan kat situ tak menarik. tapi kalo kedai tu ramai orang jepun, thats means kedai tu best!
and kedai ini sangat ramai orang jepun. tiba2 feeling macam dok jepun pulak..
June 16, 2010
just nak tanya...
Apa pendapat korang eh??? Let say kalo aku bonding dengan company aku sekarang for a year. Then tiba2 dapat gov, bole ke main blah macam tu je??? Kena bayar denda tak??? tapi memang sepatut nya dalam surat agreement ada tulis kena bayar berapa2 if nak blah kalo tak cukup setahun.
sebab aku ada dengar kalo G0V nak kite, company swasta memang takkan bole buat apa2... tapi takkan la tak kena apa2 denda langsung kan...
sapa2 yang tau pasal law2 ni plsss advise plssss.......
**eh eh jangan salah anggap pulak, aku takde dapat G0V mane2 lagi eh... saje je nak tau dulu kan... ape2 nnt senang la at least dah buat preparation...tak yah nnt sebok2 nak tanya dah...
plssss2 respon kat my comment box ok...tengkiu mucho!
June 15, 2010
quick and short update~!
rasanya penat minggu lepas baru nak habis haaa.... the whole last week banyak buat OT. Banyak keja ok. Sabtu ahad pon kena keja. Tp aku keja Sabtu je. Ahad tak bole sebab need to accompany si BF tok amek mak die balik dari umrah.
tapi dalam tak keja hari ahad t upon still penat jugak. Dok dalam keta almost 1 hour nak pegi and balik KLIA lagi dah satu hal. Satu hal lagi masa arrival tu, more than 2 hours kena tunggu untuk dapat luggage and air zam2 ok...
macam tak practical je kena buat passenger kena tunggu lama2 macam tu kan... dah la most of the people yang pergi umrah tu orang2 tua. Kesian la sikit kan.. ada pulak tu aku tgk sorang pakcik tu sorong trolley yang macam berat gila, rasanya sebab roda trolley tu rosak kot so that jadi macam kena tolak berat jee.... tapi takde sorang pon yang tolong pakcik tu.. kami yang tengok dari luar arrival hall tu hanya bole tengok je la.
Even Polis*bantuan bajet macho yang tercongok kat situ pon buat bodo je k...kalo mat2 minah2 saleh lalu rajin pulak ko nak sengih2 layan semua kan... haish... teremo sekejap.
eh eh ni bukan short dah ni kan.. dah macam long dah ni... hope this week bole bersenang2 lenang la kan.. macam dah tak banyak keja je rasa. Kurang la sket stress... last week punya stress sampai rasa nak makan komputer aklu kat ofis tu. Sampai tak tau nak buat keja mana satu dulu sebab semua macam penting je. Banyak jugak la rambut gugur time mandi syampoo tu... haha...
ok then! CUL8R!
June 11, 2010
Top*Hat Restaurant...
Last Friday, we had a farewell dinner for Saras and Noor. they are leaving the company... so anak big bos buat makan2 kat Top*Hat. sila imagine kat restoran tu ada topi besar ke ok...
sume pegi sendiri2 since dinner start at 6.30pm after keja... dah sampai Jalab St0n0r tu bole plak terlepas pandang. terus kena pusing satu kali lagi keliling KLCC tu ha..dengan jem tak sudah2 tu... haish! KL KL....
tapi bila sampai2, terus hampa. takde satu pon topi. tapi kenapa name kedai tu macam tu kan. but the interior was damn good ok... tak macam feeling2 restaurant langsung la..
ok ini Sa*ras and We*chard... Noor tak dapat datang sebab ade family matter. so kitorang celebrate Sa*ras je la yang nak blah.. hahaha...bunyik celebrate macam happy je kan die nak blah...
oh yes! you should try the dessert there. superrr sedap!
minggu yang sangat busy
yes... this week is totally busy week for me... plus bos cuti pulak time2 minggu busy ni, lagi la bertambah busy kan.. bole tak die pegi holiday kat Krabi Island nun? sungguh tidak adil.. yang tinggal me and Yatie terkapai2...:( tapi tak pe la...die tak pernah cuti kot.... asek me and Yatie je cuti. sekali sekala kan... "jgn lupa souvenir ok bos!"
almost everyday aku sampai rumah 9 10 macam tu... buat kerja yang tak siap2.. tapi sekarang dah siap la.. siap keja A, buat keja B pulak... banyak ok. sume kene cepat dan pantas. if tak buat cepat, effect sales growth division nnt kan dah rugi...
weekend ni kena kerja lagi. sebab dateline Monday depan. our company ada participate dalam satu exhibition next week kat KLCC. memang penat. tambah2 bila boss takde. salahkan boss lagi...
sabtu kena keja!!! if tak sempat siap sabtu, ahad kena datang jugak. ni la orang bekerja. kena ada tanggungjawab kat kerja sendiri. even it is not in my job scope, but as a team, i really need to help Yatie since my boss is not around. lagi sekali boss... hahaha...
ok sebenarnya penat nak buat keja ni. otak dah tak bole berpikir. sebab tu tulis blog sementara nak tunggu lunch hour. lepas makan baru sambung buat keja. tu pon kalo tak mengantok la.. kalo mengantok mesti lemau je kan... tambah2 pulak Friday blues ni.. kepala asek ingat weekend je... walaupun weekend kena keje.
ok then. itu saje. takde cite lagi. eh ade.... tapi next entry ye.
April 19, 2010
caca marba tapi bukan Penang
entry ini adalah sambungan dari first paragraph kat sini...
tiba lah masa untuk membahan orang...wakakakakakaka.... im corry!
u is correct! = awak betul
is no mistaken = kalau tak salah saya
is receive the item? = dah dapat barang tu?
i can no accept = saya tak boleh terima
no have this model = takde model ni
hahahaha....maha payah nak paham bahasa dia nih...tambah2 kalo dia tulis panjang2...perghhh...berbelit2 nak menterjemah...
aku bukan la nak cakap aku ni tereer english ke ape kan... takde la tere mane pon, tapi setakak basic2 grammar tu boleh lagi la kan is are was were tu.... is dengan if pon ko tak boleh differentiate ke???
macam mane ko leh dapat jadi B*r*a*n*c*h*m*a*n*a*g*e*r huh? (please remove the * sign).
dah la bukan calang2 gaji BM ni... dapat sebijik waja company lagi... ish ish ish...
dah tu bukan sahaja tidah fasih berkata2, malahan pelupa jugak kot rasanya.. arini bagi code baru, esok lusa still pakai code lama lagi.. sapa tak berbulu??


