Lilypie Pregnancy tickers

August 2, 2012

Iftar @ Vistana


Selasa lepas ada buka puasa dengan satu department semua.
kat Vistana Hotel KL. nak menyampai ke sana adalah hazab kot dari Jalan Loke Yew tu.
jammed gilaaaaa... naik kematu bontot dok dalam kereta tu.

boss belanja la. buffet. so nafsu adalah macam dah keluar tanduk sikit.
Astagfirullahalazim.

semua sekali 10 orang. 2 table. ni je yang sempat di snap. tu pun sebelum azan.
bila dah azan paham2 la ye macamana keadaan semua orang. nom nom nom....


overall makanan adalah ok. means ok saja. aku bagi 7/10 stars la. 
ada yang tak kena dengan tekak aku. plus seafood aku tak nampak pun.
ikan ada la. udang sotong oyster ke??? nan hado.

rate: RM 50.00 nett per person. kira murah la tu. sebab murah la takde seafood kot.
redha sahaja la.
orang belanja takleh complain lebih2. teeeheeeeee....

lepas tu macam tersentap sikit hati naluri seorang isteri.
sebab hubs buke sorang kat rumah. aku buke sorang takpe, jangan dia.
dia post gambar ni kat fb. sayu hati. 


bini makan sedap2 kat luar, laki makan bungkus kat rumah.
dia makan ayam percik, muratabak, and ayam uncle bob je. fresh orange pun beli. T_____T

sampai2 rumah dari Vistana tu, dia dah tunggu depan pintu sambil cekak pinggang ala-ala marah gitu. (tapi buat-buat je tu bukan marah betul)
aku pun memang takut if dia call-call tanya kenapa tak balik lagi? 
kat mana dah ni?, sampai mana dah ni?, etc.
takut dia marah la sebab tak sampai2 rumah lagi.
he is very particular bab2 aku drive malam2 sorang-sorang ni.

sapa tak sayang bini woi!!!!





0 LoveLoLLipop: