December 30, 2009

cinta telur separuh masak...

tolong la jangan gelak bile bace tajuk ni ok.. hahaha..tapi aku pulak tergelak bile ulang tengok tajuk tu.. ada macam cinta si penggali kubur tak?

tapi kan...yes! tajuk tu betul punya..bukan main2.. tajuk entry ini adalah berkaitan dengan aku. bukan rekaan, bukan copy-an, tp memang cerita asal aku..

pernah tak korang couple2 gado then sampai kedai makan? i mean, time tengah jalan tu dah gado, and memang tujuan diorang nak g kedai makan. then mestila kat kedai makan tu masam muke kan... ini lah yg terjadi pada aku beberapa hari lepas. last weekend la citenye ni.

FYI, aku kalo makan telur separuh masak, mesti share dengan si BF. jarang la makan sorang2 tu amek 2 bijik.

so kitorang dah sampai ORIGINAL KAYU dah ni dekat ngan umah aku. still masam muke. order2. tapi aku tak order makan pon. si BF order telur separuh masak n roti planta. bile telur tu sampai, die bukak la and makan makan makan.. aku tengok2 jeling2 je. sebab aku ni jenis bukannye nak makan sangat pon, just nak rasa je.

tapi sampai one part tu, die stop makan. then tolak tepi makan roti planta die. aku pon bersuara la walaupon tengah gado kan, tanya

"ni u tinggal untuk sape?"

"u nak makan amek la"

hehehe...terus berbunga ati laju je aku capai. sebenarnye aku dah tau die memang saje je simpan kat aku kan. heee...semarah2 semasam2 muke die pon still ingat kat aku.

0 LoveLoLLipop: