Lilypie Pregnancy tickers

April 16, 2011

Blurrr dikala pagi...

Ok pagi tadi kan (Jumaat), time nak pegi keje, bila aku dah turun lif siap sampai bawah lagi dah, bole pulak tertinggal barang kat atas which is tingkat 19.

So naik la lif balik.
Naik dengan ada sorang kakak ni muka macam tak mandi lg, mungkin turun anta anak g skolah kot.
Dari Ground floor kitorang berdua je naik.
Aku tekan 19, akak tu tekak 15.

So lif gerak la, kat tgkat 2 ada orang masuk lagi.
Tingkat 2 ada parking kete so tak pelik la orang dr tingkat 2 naik atas...
Pakcik cino naik tekak 17.

15, 17, 19 k.
Bila dah smpai tingkat 15, xde sape pun keluar.
Akak tu siap tengok2 nombor2 kat lif tu and nampak lampu kat 15 tu dah terpadam.means dh smpai la kan.
Dia boleh buat bodo lagi... Sampai la lif tutup balik.

Tingkat 17, pakcik cino tu keluar la.
Si akak sorang ni mcm baru tersedar dari mengelamun muka dia.
Macam tercengang2 tu tgk dah tingkat 17. Dia pun ikot keluar wlpn aku dah dpt agak akak ni tadi memang dlm keadaan tido dgn mata terbukak.

So bila lif naik 19 aku keluar, masuk umah amek barang n tunggu lif balik.
Masuk lif, berenti kat 17.
Tengok akak ni masuk.
Tapi dia tak tekan 15 punnn!
Dia biar je ikot nak turun G la kot kan.

Tapi takkkkkk! Salah sangkaan aku.
Bila pintu lif terbukak sebab ada orang nak masuk n turun bawah, dia tiba2 sekali lagi macam tersedar dr menegelamun.
Kelam kabut plak tu.

Agaknya kalo takde orang nak turun abawah dr tingkat 15 tu, akak tu dah turun bawah balik kot.
Pagi2 penat main lif ye kakkk.

Hahahahaha.... Cho funneh la akak ni...
Nak mamai2 dalam lif pulak.



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 LoveLoLLipop: