Lilypie Pregnancy tickers

October 29, 2010

october disease..


i hate october. tak tau kenapa... tapi rasa nak benci2 je bulan october ni... kalo dia adalah objek, dah gigit2 koyak2 dah rasanya... oh! mungkin tu la kot orang kata tragedy october kot.

yatie kata itu memang october disease. betol ke eh???
time ni la nak bergaduh besar2an dgn si BF.
time ni la nak emo lebih2. time ni la rasa nak brenti kerja.
time ni la rasa nak balik kampung tuai padi je.

bole macam tu?

salah satu sebab lagi i hate october sebab ada 5 minggu. damn! panjang ok. dah la gaji kena potong sebab unpaid leave raya aritu. belum setahun so takde la annual leave kan. nak harung 5 minggu pulak. memang hazab!

life must go on... october pon dah nak habes kan... next monday dah November. month i love the most. sebab bulan birthday ku!!!

btw, i need a rest i think. mentally rest. kerja kerja bosan jugak. so i choose pantai.


mari Lovely Tunics kita pergi pantai nak???

October 25, 2010

boh_sanggg!


paham tak??? boh_sanggg???? paham?? tak paham kalu kita tukar la jadi "bosan."

im tired. seriusly tired. dengan emosi tak berapa nak stabil lately, dengan workloadssss, dan macam2 lagi yang dok bermain kat kepala ni.. plus mama pon tak fully recover lagi.. dia demam dah dua minggu dah. last week as in last 2 weeks, dia admitted kat wad kecemasan. pengsan kat otempat kerja. terus masuk wad kecemasan and kritikal.

mama pernah macam ni dulu, kuman dalam darah. memang admitted seminggu kat hospital. tapi this case, demam biasa je. tapi sampai sekarang tak stabil lagi. kejap ok, kejap demam. check semua ok je.. she said that mungkin bukan demam biasa. takut ada benda lain. arini nak pegi berubat cara kampung pulak.

tot of dengar suara dia gelak gembira last Saturday, ingatkan dah ok betol. tapi tak...

arini pulak ramai jugak yg cuti. Yatie my crime partner pon EL... hell bosannnn ok takde kawan nak gosip dan ngumpat. hahahaha... itu je yang mampu dibuat kat opis kan....takkan nak belajar masak sama2 or menjahit tulang belut sama2... ok dah melalut.

pastu ada pulak staff baru naik division aku ni dia gila kuasa ke hapa tak tau la kan... mentang2 awek dia kerja sini jugak, so sikit2 awek dia je yang betolllllllll. sikit2 awek dia je yang urgent nak itu ini. macam ni aku pon nak BF aku jadi manager aku weh. senang. xde wujud korang2 sume.

btw, im on a serious tough seksa diet this week. so im gonna jadi weak pucat lesi. sila anda2 sekeliling jangan buat saya runsing. enuf said.




sabtu-day


last sabtu-day, mula2 ingat akan jadi sabtu yang membosankan... tapi tak pulak. bagus!

tengahari tu dok pikir2 la nak makan apa kan sebab memang lapar gila. tgk tweet yatie dia makan ikan bakar. sounds great. tp ajak si BF pegi keramat dia tak mahu. so ajak ke bihun sup chow-kit yang meletoppppssss... tapi halfway dah hujan. terus cancel sebab confirm chow-kit lecak2-becak2-sungguh-tidak-suka.

then end up pegi gym tapi bukan buat workout. pegi makan dekat foodcourt kat gym tu kat mrcb punya food court. makan mee bandung yang tawaaaaaarrr gila.

sambil2 online tiba2 terkomen2 ngan ja then we decided utk kelua2 tengok wayang. weehuuuu! terus suka lompat2 sebab tak rasa bosan.


Jumpa kat pavi pon dah pukul 7.30 camtu.. jalan jem la weekend as usual. tu yg lambat...then beli tiket wayang sambil kelaparan. ada gap 20 minit je mana sempat nak makan... tu yg take away je mana yang cepat.


we chose hot&roll. memang feveret aku. so no hal la nak masuk tekak. sambil makan sambil amek2 gambar kat depan wayang tu...



then movie yang kitorang tengok tu sungguh tidak best! Buried! bosan. save budget. tapi ada sesetengah pencinta filem cakap skrip dia bagus. bagus apa pun aku tak paham sebab pelaon dia sorang je.. lokasi pon 1 je.. modal, Blackberry seketul. oh tambah sebijik pencil. bosan bosan!

tepat 45 minit dah tak boleh belah sebab dah ngantok2 sambil2 main2 hp reply msg n twit.. hahaha... nampak sangat bosan kan... MEMANG PON!!! terus keluar pikir2 nak buat apa. nak karok, macam rush sangat. so decided lepak area Shah Alam sebab senang nak anta tiqah balik. die ada curfew...

balik sampai cheras pon dah nak dekat pukul 2. seram jugak lalu highway kota damansara-KL tu... eeee..... terbayang2 cik ponti dah... hahaha...



*all pics credit to Jojot*


October 22, 2010

fuhhhh fuhhhh...

tu sound efek bunyi buang habuk2 and sawang2 kat belog aku ni... dah lama benor rasanya jari jemari tak menari2 kat keyboard tulis kat belog ni...

mak super duper busy nyah!!!!!!!! serious. kali ni tak tipu. since last thursday rasanya tak update. bukan semalam ye...minggu lepas punya kamis. busy punya hal sampai nak jeling blog pon tak larat. eh bukan tak larat, tak mampu.

kisahnye sebab boss pegi outstation la ni. semua kerja + tanggungjawab aku pegang. time2 ni jugak la ada nak submit itu ini dan saya buat sorang2! kena tegas sikit. boss ada cakap mintak kelik2 ofis ni tolong buat sama. tapi aku tak tau nak mintak tolong diorang buat macam mana. susah la nak kena ajar lagi. nnt ada pulak tak paham itu ini, buang masa pulak ajar2 diorang.

kannnn dah kena buat sorang2 excel sheet yang ada 38-sheet dalam dia. tak termasuk satu lagi yang ada 57-sheet dalam dia. phewwww! nangis aku hari2 kat ofis ni. hari2 stress.

bila ada boss, rasa macam lagi bess kalo takde boss. bila takde boss, rasa macam nak jerit "boss, balik la malaysia cepat!"

esok baru flight dia balik malaysia. kalo dia cuti hari isnin depan ni, memang aku g gegar rumah dia. tak sanggup lagi dah pikul sebeban kerja ni. melainkan u bagi i gaji 5k, i buat ok boss???

hari2 balik rumah stress, penat. pantang baring je mesti tido. bukak laptop kejap je nak update apa pon takde hati. then tetido. bole tak korang bayangkan betapa penatnya haku??? sila bayang cepat ok.

tengok la next week kalo tak busy aku update secara bertubi-tubi dan mengganas yer.... HAPPY WEEKEND ALL!


October 12, 2010

penggemar tegar...


ok aku adalah penggemar tegar Auntie Anne - Cinnamon Sugar. walaupon aku tau ia terlalu manis dan tak berapa sesuai untuk kesihatan, tapi aku totap sukaaaaaaaaaaa...

semalam time pegi amek Beri_Hitam (dah siap dah) kat LowYat, sempat la singgah Sg.Wang tapaued mendalah Cinnamon Sugar ni... sempat la jugak jalan2 cari kasut tapi apakan daya tak jumpa yang berkenan. plusss, semua mahal2 takde diskaun langsung weyyyyyyyyyyy serius. semua kedai takde diskaun.

oh lupa nak explain. Beri_Hitam dah siap.. lepas selama dua minggu anta repair... lama gila. vudus kan... siap format lepas tu hilang semua benda. dammnnn... new BB pin also. jenuh aku nak menge-add semua orang balik.

ok back to story. tapaued and makan dalam kereta time rempuh jem dari pusat bandar KL balik ke Cengal. KL jammed macam tak tau kan... lama la jugak. so makan makan nom nom sedap jilat2 jari sorang2 dalam kereta. tiba2 dah habis makan terus rasa nak muntah. sebab terlalu manisssssss sgt, plus dicicah hazelnut dips lagi....... pluss takde air dalam kereta.

rasakan ko mira! tak menyempat2 nak makan kat rumah kannn.... ok sekarang aku rasa macam tak nak pandang Auntie Anne selama sebulan dah sebab rasa muak manissssssss teramat sangat.
pernah time bulan puasa dulu aku terlalu kat stall AAnne ni. time tu aku puasa. siap ting!!!! terus datang niat nak buka puasa sebab tak tahan bau nya yg sedap itu. teruk kan. mmg sukaaaaaaaaaa sgt la.


October 11, 2010

saje nak seksakan diri....


dengan gambar2 cuppies from W0ndermilk dibawah.... urghhhh....sedapnyaaa..... all those cuppies Ja yang beli untuk bagi kat kakak Te time tunang aritu...

kami2 yang datang sama pon dapat juga... weee....... sedapnya sedapnya... nak lagi... dah puas aku pekik kat si BF ajak g Uptown damansara smlm nk cari mendalah ni... tp idak nye die heran...


inilah sesi menyeksakan diri namanya. kata diet la konon kannnn, pastu makan manis2... pastu rasa menyesal sebab tak amalkan diet seimbang manis2 bagai. walaupun ada hati nak makan lagi... lepas tu terliur sorang2 tulis entry ni.. sakit jiwa!



October 10, 2010

its 10/10/10 babes..


hello.... happy sunday all.... typical sunday yang membosankan... back to normal balik dah rasanya... sebelum ni tak normal rasa nya sebab every week open houses berderet. so minggu ni ada jugak tapi tak pegi.. syawal pun dah habis kan...

btw, its 10/10/10 today... what a good date aite??? siapa yang kahwin hari ni untung la... n im very sure ramai jugak yang kawin, tunang, nikah hari ni.... untuk senang ingat la katakan... but the date isn't important....just a number...

i wanna say congrates to my so-called-officemate la sebab dia kahwin harini.. tapi dia ni dari Kuantan Branch. kahwin pon kat kuanta. so tak dapat pegi walaupon my boss punya abang ajak n kereta dia kosong. tapi tak rasa nak pegi. penat je nanti. SELAMAT PENGANTIN BARU KAK ITA! walaupun aku tau dia tak baca blog ni, tapi totap nak wish jugak.

n im gonna pos her wedding present tomorrow. but haven't decide yet what to buy. congrates toall newly weds!

my plan for today??? nothing... just keluar jalan2 cuci mata je la kot petang2 sikit nanti. balik rehat2 esok kena pergi kerja. oh damn...... cepatnya weekend berlalu pergi. i wish i can have 2 working days and 5 days of weekend!



October 8, 2010

best kan kalo banyak duit...


pre wedding pon dah sama taraf dengan gambar kahwin. punya semangat amek cantik2...ni semua duit la kan... ada duit, semua jalan.

gambar credit to google @ cand!dsyndrome


cantik kan shot diorang ni? kat Broga Hill pulak tu... jenuh perit nak memanjat. Ok Mira, kumpul duit dari sekarang. ayuh bekerja keras. kata nak kahwin grand2 kan... tettttttttttttt! muntah. muahahahaha.

congrates to SMS n wife. tengok la next week gambar kahwin dia pulak macamana.


Lovely Tunic's Faces


just pictures taken by Jojot. credit to her... btw, gambar dibawah kena letak watermark. sebab gambar kawan2 sorang2 pulak kan. n mereka semua taken pulak kan... takot ada yang salah guna pulak nnt.

Jojot a.k.a Ja

Te the tuan rumah

Titoh a.k.a Tiqah

Ayen a.k.a Yeyen


Ila... err takde a.k.a lagi so far...


and me... Mira moripin...

ada orang cakap gambar aku kat atas ni macam "bini menteri yang sedang menemani suaminya dalam satu majlis penganugerahan pingat." ni kira tengah tunggu la ni.. hahahahaha.... gila ka wey???

sume a.k.a a.k.a ni Ja tu weh yang bagi... hahahahaha.... ala2 nama timangan konon. tapi naseb baek name aku tak lekat tau. means takde orang panggil macam tu tau....

10 years of freindship and still counting babes!



Te Sis's Engagement


it was held last week... memang sebelum puasa lagi Te dah book tarikh ni suh kitorang datang... memang aku pon sengaja meng'free'kan diri hari ni sebab kawan2 punya pasal. nama je duduk dekat kitorang ni, tapi nk jumpa sebulan sekali pon susah tau...

Te suh datang rumah dia pkul 12 macam tu. and that nite before, aku mesej2 with Ja n she saih nak gerak pukul 11.30 pagi... aku pon gerak la g amek Ila 11.30 jugak. amek kat Jusco je... then call2 si Ja ni dia tak gerak lagi. pukul 12.30 baru gerak kot...

kitorang lepak je kat Jusco siap bole menyopping lagi... lepas tu tak tau nak pusing mana, duduk kat mcd pulak.... bole bayangkan tak betapa lama??? muahahahaha....nasib ada teman. kalo sorang, mati kutu aku.

sampai2 je terus makan... and the foods was like sangat sedapppppppppp... ada gulai ikan masin & nenas (all time favourite), ayam, daging, ikan goreng tepung ala2 cekodok.. sume makanan sedap2.. puas hati lagi gembira.


not only the Lovely Tunics were there... Mizah pon ada... lama gila kot tak jumpa dia. since form 3 la... lepas tu ada terserempak sekalu kat HUKM. itupun i was in rush sebab tengah praktikal. takde borak panjang pon...


kakak dah tunang Te.. ko bile lagi??? bahahahaha.... tapi tak bole tak bole... kena aku dulu. korang tak leh langkah bendul aku... nanti aku rasa aku tak laku kalo korang sume kawen awal dari aku... boleh?? tee heee......


sakan berborak sebab time ni dah tak ramai orang...so kitorang masuk dalam rumah la kan...prung prang prung prang sembang bla bla bla....sembang sembang gelak sembang gelak. tu je keje nye...


last group pic... tapi Ja takde sebab die yang amek.. takde orang time ni nak mintak tolong... kesiaaannn Ja. lepas je balik dari rumah Te, sume berpisah2 dah... Tiqah, Ayen n Ila je ikot aku balik Cengal. Then only aku hantar diorang balik..

seronok ok ada kawan2 macam diorang. heart them.

October 7, 2010

adakah?



berdasarkan gambar diatas, adakah aku seorang pompuan yang bermulut kepoh semangat cerita itu ini???

dengan rambut bengkok sana sini tak iron, muka huduh yg perasan mulut ala2 Angie Jolies lagi....siap berkerutan di dahi lagi.... mira mira mira.....

jaaa!!!! ni sume ko punya pasal la... pic taken by Jojot the shooter.


Roza Close House


bukan la Open House ye... Close House... sebab die jemput sikit2 je orang... yg terdekat terdekat je di jemput. sebenarnya ni entry basi. terluapa nak update. bila tengok2 gambar balik baru perasan. so update la kat sini! hehe...

aku actually dah tau awal seminggu macam tu dah pasal ni sebab dia buat status dekat BeriHitam dia... then dah ajak la time tu.

tapi officially ajak nya on that day itself. pukul 12tghari BBM aku, tp aku bangun pukul 1. makanya pukul 1 la aku baca mesej tu kan... ajak jemput datang pukul 2. mesej2 with ja tanya nak g camne sume ape kan. then decided untuk aku pegi umah ja dulu n gerak same2. sebab aku memang tak tau langsung umah Roza ni...


sampai2 terus makan walaupun tak tau mana nak duduk sebab ramai sangat kawan2 FA n FO Roza ni... shes stewardess yer.... and shes taken i think.. hahahaha...

dia pulak sibuk layan tetamu. siap ada jiran dia chinese datang lag. sempattttt pulak tu bergosip2 jiran tu jiran ni la... hahahaha... dah macam cik bedah kampung dah mulut roza time ni... bahahahahaha...

we had satay, nasi himpit, rendang, bihun goreng, choc moist cake n cookies! tq roza n housemates!

roza with housemate... err nama tak ingat.

sorang lagi housemate dia with her lil niece yang super comel yet garang!


then after sejam lebih macam tu, we olss pon gerak la. mula mula nak stay lama sikit. tapi macam ada lagi orang lain datang, and Ila pon kena balik jugak that time. so sekali gerak je la sume. aku pon terus gerak balik Ampang with Ila n boyfie... atenye si BF yang anta aku kat umah Ja tadi. so alang2 kan nak suh dia datang amek, baek tumpang Ila je.


last but not least, group pix! all pic taken from Jojot the shooter. ;)



October 6, 2010

Parcel parcel!


sila sebut ala ala Posto Posto!


semalam dapat parcel from Makwan.... a friend time kat UKM dulu... actually, aku beli dari dia... dia buat online business. so tlg support kawan2 kan...


so aku beli foot patch... ala yang tampal2 kat tapak kaki untuk buang toksin tu.. orang cakap benda buang2 toksin ni elok. so aku pon try la sebab seumur hidup aku memang tak pernah try lagi benda pelik-pelik macam ni. pelikkkkkkkk kata nya... ;)

murah sajo.... murah la sebab aku beli 10 keping je. cer aku beli 100, mau aku cakap mahal.. hihi...

tapi aku tak tahan bau herbs2 ala-ala bamboo tu la... kuat sangat bau dia. pakai semalam, harini melekat lagi bau dia even dah buang mandi basuh semua pon kaki aku ni... stillllllllll melekat bau ok... nnt aku bagitau cara nak guna n result dia ok...

ini bukan entry iklan. tapi kalo korang nak try, bole la tengok kat blog dia. http://babytomeimall.blogspot.com/


October 5, 2010

ke TUDM Subang kena tol sampai 3 kali???


hahahaha... tajuk entri adalah menipu... aku kena tol sampai 3 kali sebab terlajak dah sampai tol BATU3 Klang nun... hihi... sekali sekala bawak mama papa jalan jauh sket. then u-turn balik tu yang kena tol lagi. nak pegi TUDM Subang je ikot Bukit Jelutong...

as I said before, ade ke eh aku cakap??? my family nak datang KL tido umah aku satu malam.. Jumaat malam tu around 11pm macam tu diorang sampai la... bertolak pon lambat sebab diorang peegi open house boss mama dulu. my family + nenek aku belah mak aku datang. total 6 orang la..

kenapa macam mak lagi cantik dari anak??? dammmn.


TUDM Subang tu umah mak sue... dia ada buat open house pukul 2 baru start. tapi kitorang serbu pukul 11 oke.. awal kan... gi awal pon sebab my family nak gerak g Pahang pulak ada wedding sepupu mama hari Ahad tu.. aku tak ikot la nnt penat + malas nak jalan jauh. diorang saje je datang KL bawak nenek aku tengok2 KL. kebetulan pulak mak sue buat open house, pegi sekali la.


aku je ngelat pegi naik satu kereta dgn my family. terus balik pon sekali dengan diorang around 12 lebih. tak sempat nak tolong mak sue basuh periuk belanga. hehehehe....

sampai2 terus serbu makanan. makan nasi minyak lagi. macam kenduri orang kawen dah. dah la laparrrr, memang langkah kanan betol la. ;) tq mak sue for nasi minyak ayam masak merah yang sedap itu....


si Asyraaf pon seronok je ramai2 datang rumah dia kan.. senyum je manjang kalo orang ngusik2 dia pon...takde nak nangis2... tapi tak tau la pulak kalo takde orang die buat hal ngan ibu die.


gambar tak banyak. yang banyak nye dalam camera mak sue ha... lepak kat umah mak sue pon dalam sejam lebih je... lepas tu terus balik Cengal anta aku, then diorang gerak ke Pahang terus. tak de g jalan mana2 dah pon...

aku meneruskan misi menghadiri Open Housesssssss yang lain la pulak... 1 je pon lagi petang tu... bukan banyak pon...


October 1, 2010

raya raya an


hari ahad lepas memang full dengan makanan... berapa banyak open house dapat jemputan. tapi tak semua la aku pegi kan... ada yang termissed tu sorry lah ye...

one of it rumah si Watie kat Balak0ng. die dalam pantang, so takleh jalan sakan sangat, kite g la melawat die.... dalam pada tengah pantang ni pon sempat dia nak pose kat camera. padahal anak tengah menjerit lapar susu tu... mak yang kejam.. hikhikhik....


kitorang sampai awal dari yang lain. sebab mulanya ingat nak pegi jumpa mak si BF kejap lepas si BF amek aku tu, tapi macam nak hujan je n kalo hujan nanti jalan ke Ampang yang memang sesak tu confirm akan berlipat kali ganda jem kalo hujan, so baiklah membatalkan saja niat tu... terus gerak from sri permaisuri ke Balak0ng.

budak belemuih baru lepas mandi


sampai2 ada la orang sikit2 kawan dia yang kami tak kenal. then lepas makan2 baru yang kawan2 aku kenal sampai... ada nasi dagang, mee kuah, nasi himpit, ayam rendang, n kuih2 raya... aku berjaya menahan napsu dengan makan nasi himpit 3 ketul je... *clap*clap*


lepas rumah watie ni pon dah pukul berapa dah petang dah... pegi kajang kejap rumah Aboy, then pegi Ampang rumah Iwan kawan si BF. kat situ makanan terbaik.

ada nasi putih, ayam masak lemak cili api, sambal udang petai, ikan goreng, daging, macam2 lauk la.... plussssssssssssss ada roti jala n kuah durian!!!!!!!! my favvy! sedap gilos ok!!!! urrggghhh...bole terbayang2 lagi rasa dia... damn.

favourite tu ok... pernah dulu last two years kot kitorang buat open house kat Ipoh and ada menu ni... memang sampai roti jala tak cukup la kena tambah lagi. orang2 lain pun suka. me lagi la sukaaaaaaa!

ok ok enuf. lepas Ampang lari ke sri Hartamas balik umah kakak si BF. mak dia ada kat sana. tapi dah tebiat si BF ni kalo nak pegi takde dia nak call2 dulu. dah time sampai2 takde orang kat rumah. diorang keluar dinner. takpe la malas nk tunggu or cari diorang kat mana, kitorang balik sri permaisuri la...

tapi sempat melencong g karaoke 2 orang.. hahahaha dengan kebaya sakan nye...

bayangkan la Cheras > Balak0ng > Kajang > Ampang > Sri Hartamas > Cheras.



sudahnya pukul 1 baru aku sampai rumah ok... memang penat gile la dari pukul 2 3 kot keluar rumah... non stop berjalan je... n non stop makan juga... ;)

minggu ni pon banyak jugak wey open house, korang banyak tak???