Lilypie Pregnancy tickers

October 25, 2010

sabtu-day


last sabtu-day, mula2 ingat akan jadi sabtu yang membosankan... tapi tak pulak. bagus!

tengahari tu dok pikir2 la nak makan apa kan sebab memang lapar gila. tgk tweet yatie dia makan ikan bakar. sounds great. tp ajak si BF pegi keramat dia tak mahu. so ajak ke bihun sup chow-kit yang meletoppppssss... tapi halfway dah hujan. terus cancel sebab confirm chow-kit lecak2-becak2-sungguh-tidak-suka.

then end up pegi gym tapi bukan buat workout. pegi makan dekat foodcourt kat gym tu kat mrcb punya food court. makan mee bandung yang tawaaaaaarrr gila.

sambil2 online tiba2 terkomen2 ngan ja then we decided utk kelua2 tengok wayang. weehuuuu! terus suka lompat2 sebab tak rasa bosan.


Jumpa kat pavi pon dah pukul 7.30 camtu.. jalan jem la weekend as usual. tu yg lambat...then beli tiket wayang sambil kelaparan. ada gap 20 minit je mana sempat nak makan... tu yg take away je mana yang cepat.


we chose hot&roll. memang feveret aku. so no hal la nak masuk tekak. sambil makan sambil amek2 gambar kat depan wayang tu...



then movie yang kitorang tengok tu sungguh tidak best! Buried! bosan. save budget. tapi ada sesetengah pencinta filem cakap skrip dia bagus. bagus apa pun aku tak paham sebab pelaon dia sorang je.. lokasi pon 1 je.. modal, Blackberry seketul. oh tambah sebijik pencil. bosan bosan!

tepat 45 minit dah tak boleh belah sebab dah ngantok2 sambil2 main2 hp reply msg n twit.. hahaha... nampak sangat bosan kan... MEMANG PON!!! terus keluar pikir2 nak buat apa. nak karok, macam rush sangat. so decided lepak area Shah Alam sebab senang nak anta tiqah balik. die ada curfew...

balik sampai cheras pon dah nak dekat pukul 2. seram jugak lalu highway kota damansara-KL tu... eeee..... terbayang2 cik ponti dah... hahaha...



*all pics credit to Jojot*


0 LoveLoLLipop: