Lilypie Pregnancy tickers

October 22, 2010

fuhhhh fuhhhh...

tu sound efek bunyi buang habuk2 and sawang2 kat belog aku ni... dah lama benor rasanya jari jemari tak menari2 kat keyboard tulis kat belog ni...

mak super duper busy nyah!!!!!!!! serious. kali ni tak tipu. since last thursday rasanya tak update. bukan semalam ye...minggu lepas punya kamis. busy punya hal sampai nak jeling blog pon tak larat. eh bukan tak larat, tak mampu.

kisahnye sebab boss pegi outstation la ni. semua kerja + tanggungjawab aku pegang. time2 ni jugak la ada nak submit itu ini dan saya buat sorang2! kena tegas sikit. boss ada cakap mintak kelik2 ofis ni tolong buat sama. tapi aku tak tau nak mintak tolong diorang buat macam mana. susah la nak kena ajar lagi. nnt ada pulak tak paham itu ini, buang masa pulak ajar2 diorang.

kannnn dah kena buat sorang2 excel sheet yang ada 38-sheet dalam dia. tak termasuk satu lagi yang ada 57-sheet dalam dia. phewwww! nangis aku hari2 kat ofis ni. hari2 stress.

bila ada boss, rasa macam lagi bess kalo takde boss. bila takde boss, rasa macam nak jerit "boss, balik la malaysia cepat!"

esok baru flight dia balik malaysia. kalo dia cuti hari isnin depan ni, memang aku g gegar rumah dia. tak sanggup lagi dah pikul sebeban kerja ni. melainkan u bagi i gaji 5k, i buat ok boss???

hari2 balik rumah stress, penat. pantang baring je mesti tido. bukak laptop kejap je nak update apa pon takde hati. then tetido. bole tak korang bayangkan betapa penatnya haku??? sila bayang cepat ok.

tengok la next week kalo tak busy aku update secara bertubi-tubi dan mengganas yer.... HAPPY WEEKEND ALL!


0 LoveLoLLipop: