Lilypie Pregnancy tickers

November 5, 2009

jalan2 cari baju


cari baju kurung pulak tu... raya dah lepas, takkan nak beli untuk raya haji pulak kan... haish... jangan berteka teki uollss... ni bukannye aku yang nak beli. MIL yang nak beli. so kami turutkan aje. katenye ada wedding theme dia purple. so nak melawa la cari baju baru kaler purple jugak.

kami keluar ni adalah hari Isnin ok. since aku pon tengah study week, i on aje. si BF plak still di KL sebab dia ada event kat PWTC. under FAMA of course... so by tengahari tu event dah habis. tak tau la dah totally habis ke or si BF ni yang cabut kan. i drove to his place, picked-up his mother, then terus mulakan mission.

mula2 cari kat butik2 yang ada kat Tesco Ampang. banyak, cantik cantik jugak. tp MIL tak berkenan. so jalan ke Ampang Point pulak. ni memang banyak kedai2 baju kurung kebaya jubah sume. tak berkenan jugak tak tau la den nak cakap apo laaiiee...


rasanya ini butik yang ke-6 ke 7 tah yang we ollss masuk. memang berbulu kitorang tunggu. belinye idak jugak. quiet choosy jugak la... hahaha mengutuk MIL sendiri. matik la, takde niat pon nak kutuk. just nak cite kat korang je.

spot me! ni dah tahap bosan sorang2 sendiri main snap2 sane sini with the fitting room's mirror. i loike!



si BF buat muka kebosanan dah. naseb baik ada kerusi kat butik ni. kami duduk je tunggu his mom cari2 baju and try2... aku ade la jugak tolong pilih2kan, tapi sumenye tak berkenan di hati my MIL tu.. eh eh! ada satu tu berkenan, tapi takde saiz. so kiranya aku ni ada la jugak menepati citarasa MIL tu kan.. nak jugak bangga diri kan. ;p

tengah2 si BF bosan dok garu2 kepala tu, aku tanya la dia.

Me: u penat tunggu i shopping ke tunggu mak shopping??

si BF: ntah... (sambil angkat bahu)

confirm sebenarnya jawapan itu adalah his mom. kalo jawapan adalah aku konfirm2 kena kondem dah..siap jerit2 lagi panjang elaboration die. ni diam jawab sepatah je confirm his mom. tapi maybe tak sampai hati nak cakap, tu yang die cakap entah tu kot.



akhirnya, mission accomplish. dapat satu dari Ampang Point. butik yang aku snap2 tadi tu la.. nasib baek snap2, rupa2nya itu butik yang terakhir.. keluar2 AP dah senja dah pon.


0 LoveLoLLipop: