January 25, 2011

Beautiful day...


hari yang ditunggu-tunggu.... nak menunggu ke tanggal 15-Jan ni sangat la mendebarkan...

pagi2 sah memang bangun awal...nak mandi pun dah kena beratur...ramai la katakan... siapkan mana apa yang patut, tapi takde la apa yang last minit dah. semua ok rasanya.

bila masuk pukul 9.30, mak andam cakap dia sampai around pukul 10 lebih macam tu. dalam ati ni "sempat ke dia nak mekap" rombongan lelaki sampai dalam 11.30 macam tu. think positif! sempat la kot harap2...


mak andam sampai2 je takde bagi can, terus diconteng2 muka aku ni ha... slow and steady je yet cantik. puas hati dengan mekap but kureng tang rambut. ntah la, just tak berapa selesa dengan rambut yang tak berapa kemas macam tu.

pot pet pot pet je aku ni tau...


tapi takpe la, takde la nak menyessal ke apa, menda dah lepas kan....


tadaaaaa!!!! dah siap! tannteeekkk tak? ;)

sempat siap dalam 11.30 mcam tu. pihak lelaki tak sampai lagi. tak sempat nak gedik2 posing2 maut dulu, kejap je lepas tu rombongan laki sampai.

gila la time ni la ada drum la, tractor la segala mesin dalam jantung aku dok gerak laju je... neves neves! ai firsttime neves gila macam ni. nak amek SPM pun tak senervous ni tau aku rasa. gila! ni pun dah over melampau, apatah lagi nikah kenduri segala nnt.

malas dah nak cerita. sekejap je diorang orang2 tua bincang then aku dengar Ila terpekik "haaa....dah dah &^%$#*%$ ribu serba satu!" terus dengar suara makcik aku panggil keluar.

n let the pic do the talking!