June 9, 2010

bilikku kebanjiran....


ni last week punya cerita.. kan aku cakap monday aku cuti coz anta mak si BF g airport gi umrah kan...and amek2 borang and isi2 borang kan... so tuesday tu aku MC pulak... so kira nya dua hari cuti la...

nak dijadikan cerita, hari selasa tu, lepas setel sume keje menghantar borang and pegi clinic utk amek MC tu, then balik la rumah tido sebab tak berapa sehat kan... dah lunch sume dah, siap tapau lagi kat semua housemate aku... suzi pon malas nak keje, so memang meriah rumah tu hari tu...

tengah2 tido tu, petang tu hujan lebat. aku dengar la bunyi2 angin sume sebab aku tingkat 19, so bunyi angin yang kuat agak scary la jugak.. tapi aku buat bodo je malas nak bangun angkat kain jemur sume sebab aku tau housemate aku ade kat umah. tapi bole plak tetibe aku rasa muke aku kebasahan. so bangun tutup tingkap. ye katil tepi tingkap.... sambung baring balik.. tapi still menitik... damn. apakah ini...

rupe2nya bumbung bocor daa....dah la hujan lebat. macam bumbung atas sekali tu tercabut agaknya. so siling umah aku masuk air. bukan rumah aku la, bilik aku je sbenarnya. bilik suzi sikit je. basah ok katil aku..

terus tarik katil, ubah suai kedudukan segala..and macam ni la hasilnya...

basah tu tau tak..bertakung air die.. mula2 aku guna penyodok sampah tu buang air..penuh baldi merah tu tau...lepas tu rehat jap gi dok kat depan. masuk2 je bilik bau masammmmmmmmmm ok... busuk gile air tu. time tu pulak hujan dah berenti. mula la sesi membasuh bilik aku.. hoh hoh! penat! langsir pon basah tau tak.


ni la siling yang bocor tu.. maintainence dah betulkan bumbung luar atas sekali tu rasanya sebab bila hujan dah tak bocor. tp siling bilik aku je tak tukar2 lagi. sabtu ni baru nak datang tukar.

but its ok la.. janji dah tak menitik2 air kan...

oh haa.... lupa nak bagitau, time hujan lebat menggila ni jugak, time ni la siren kecemasan bunyi ok. sume cuak... tapi aku ngan suzi tak turun pon.. adik die yang kembar je turun.. dah tu lif rosak pulak!!!! masuk air tiga3 lift tu.. menapak naik tingkat 19...

0 LoveLoLLipop: