lepas kekenyangan yang teramat sangat, and aku sampai tak tau nak buat apa dah. si BF dah terbongkang depan tv, takkan aku pon nak ikot jejak langkah dia kan. harus la i control ayu. dengan baju kurung moden finnkkk nye.... abes ayu la tu... bahahahaha...
Kadang2 ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat, Kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, Rupa-rupanya ALLAH memberi kita pelangi.
September 30, 2010
beraya di Sri Hartamas
lepas kekenyangan yang teramat sangat, and aku sampai tak tau nak buat apa dah. si BF dah terbongkang depan tv, takkan aku pon nak ikot jejak langkah dia kan. harus la i control ayu. dengan baju kurung moden finnkkk nye.... abes ayu la tu... bahahahaha...
sekitar supper bila ntah kan...
see kat bawah ni... mesranya kan makan sepinggan.. ahahahaha...
September 29, 2010
Juling Birthday Celebration
Juling ni kawan si BF... dah lama la kira aku pun berkawan dengan dia..... actually birthday dia ni jatuh time ari raya aritu. so semua kawan2 balik kampung kan, memang die tak celebrate la kot... kesiannnn...
so lepas semua kawan2 dah balik dari cuti, kita kasi celebrate la macam tahun lepas... ini pun bila tah yang pasti bukan baru2 ini... kakakakaka... kenampakan kemalasan updatean....
BF - Topet - Juling - Amy
nyanyi2 ada la dekat 3 4 jam naik penat... bukan penat nyanyi, penat tunggu giliran.. akaakakaka...ramai katanye kan..so kena beratur la nak nyanyi pon kan... apa nak buat. hidup kena bersabar dan bekerjasama. apekah???
diakhiri dengan cik puan belog bersama BF nya... yang.... perasan "mesti orang cakap i kiyut dan comel kan?"
sukahati la malas nak layan asalkan anda gembira ok BF.
September 27, 2010
corat coret weekend raya yang ke-3
mmm... nothing much pon... eh eh tapi rasa macam banyak jugak. sebab penat dia rasa macam ada anak kecik 5 orang...sorang merengek nak susu, sorang nak dukung, sorang nak tido dalam buai.. huhu.....aku cakap macam je eh... maaaaaa-cam. tak pernah la algi aku ni ada anak...
cerita pertama. ok first sekali nak cerita kerja yang menimbun banyak...actually bukan la banyak sangat pon. tapi ini adalah satu kerja yang tak siap2. lepas aku buat macam ni, boss suruh buat macam ni. lepas tu dia tukar pikiran nak macam tu pulak. then macam nun pulak... actually aku rasa mula2 dia pon tak tau apa yang dia nak... pastu nk menyusahkan aku buat banyaaaaaaak kali. haish...
since last Friday lagi aku dibelenggu kes ni... dan aku memang dah agak akan terbawa ke hari isnin yang sememangnya aku tak suka dan bertambah2 la ketidak-adaan mood aku di pagi Isnin... nasib baik la ada iponnn... hehehe...
cerita no 2. my BB rosak...!!! tension je baru 2 bulan kot beli... hmm...geram2 takleh tekan menatang satu hapa pon...on off la lapan juta kali dia dok macam tu jugak. last2 i fedap, cabut bateri campak masuk dalam handbag. ok tipu la kan campak, aku letak elok2 dia kat compartment kat tepi beg tu tapi belah dalam la...
cerita no 3. oleh kerana hp lama aku si BF pakai, and now dia dah pakai 2 simcard, niat aku nak amek hp lama aku nk guna buat sementara waktu ni tak rasa macam tercapai. sebab dua2 no yang si BF guna ni penting. taaaapppiiii aku nak pakai apa kan.. gila ke taknak guna hp nak tunggu sampai Berihitam aku siap??? tak sanggop! i kenot live without my hp... not BB, hp.... hp apa pon ok asal hp.
puas aku tanya budak2 opis aku suma. suma takde. tsk tsk sedih... T_T
tapi dengan kemengadaan dan kegedikkan aku berjaya, aku berjaya meraih simpati si BF dengan dia memberikan aku guna salah satu hp dia.. terpaksa la dia main tukar2 simcard kan... kesian dia... and he lend me his iphoneeee.... weehuuu!!! suke*suke*sambil*lompat*lompat.
aku dah memang lama dah tunggu dia offer "u guna la dulu iponn ni??" sebab aku memang jatuh cinta dgn iponn dah. itu pon lepas dah guna BB baru rasa nak bercinta dgn iponn, kalo tak, mesti aku dah beli iponn instead of Berihitam itu... dapat pinjam pun jadi la kan.... aku nak pakai BB pun tercungap2 mintak belas ihsan sana sini korek duit sana sini.. haha... ini kan pulak iponnn... makan la kau iponn tu sampai kenyang kot sebab nnt nak makan nasik takde duit. :LOL:
cerita no 4. jalan2 raya weekend?? hmmm....itu nanti la... sebab nak letak2 gambar lagi... ;)
September 23, 2010
soalan paling senang di dunia!
1) How long did the Hundred Years' War last ?
2) Which country makes Panama hats ?
3) From which animal do we get cat gut ?
4) In which month do Russians celebrate the October Revolution ?
5) What is a camel's hair brush made of ?
6) The Canary Islands in the Pacific are named after what animal ?
7) What was King George VI's first name ?
8) What colour is a purple finch ?
9) Where are Chinese gooseberries from ?
10) What is the color of the black box in a commercial airplane ?
Remember, you need only 3 correct answers to pass.
|
|
116 years
2) Which country makes Panama hats ?
Ecuador
Sheep and Horses
4) In which month do Russians celebrate the October Revolution ?
November
5) What is a camel's hair brush made of ?
Squirrel fur
6) The Canary Islands in the Pacific are named after what animal ?
Dogs
7) What was King George VI's first name ?
Albert
8) What color is a purple finch ?
Crimson
9) Where are Chinese gooseberries from ?
New Zealand
10) What is the color of the black box in a commercial airplane ?
Orange (of course!)
What do you mean, you failed?!!
Me, too...!!!
(And if you try to tell me you passed, you lie!)
mereply emel di tepi pantai
damn! terliur pulak....
then sambil tengok2 gelagat orang sambil reply2 emel ofis.. aku bukan la kejam sangat kan sampaikan kalo cuti tu, nak cuti betol. gelabah pulak my dear boss nanti kat opis.... "mereply emel di tepi pantai" haahahaah cun!
September 22, 2010
sesi berpantun di BlackBerry Group
mm...yang kaler merah tu je pantun aku... biasalakan pantun amatur, tak de la best mana... tapi yang lepas2 dari apa yang aku tulis ni pon panjang lagi sebenarnya mereka berpantun... bayangkan la dari pukul 12 sampai ke lepas lunch and sampai ke pukul 5 dok berpantun....
aku baca je la... nak reply pon busy2 jugak semalam kat opis...
September 21, 2010
pelita & bunga api di hati...
eh eh salah...di malam raya... apa di hati pulak... panas hati i nnt tau ada pelita and bunga api segala....
biasa la kat kampung kan main malam2 raya ni konfirm best. cer ko main kat Ipoh tengok, feel die tak sama oo macam main ramai2 kat kampung ok...
kami adalah main bunga api n mercun malam raya itu... aku takde la main sangat pon, just tengok2 je la...usik sana sikit. usik budak itu ini sket....
tapi kan time kecik2 dulu memang aku champion main bunga api n mercun2 nih... hebat tau aku...selagi tak pedih2 or kena bahang api ke kan, jangan harap la nak stop... rindunya zaman kanak2.... ;)
last but not least! ini dinamakan sesi menyelit di mana2 dan menggediks... hahahaha...
September 20, 2010
raya ke halloween nih?
sebenarnya, aku minggu lepas lagi dah start keja. dah boleh update2 la kiranya... tapi maklum saja la kan... dok kat rumah cengal pon still mood raya walaupon takde family. nak bukak laptop apatah lagi. super malas la weyyy... baek aku tengok cerita raya kat tv kan...
tapi apasal eh tahun ni semua cerita kat tv banyak cerita hantu? kau ingat kita sambut halloween ke weh? bodoh betul... daripada mood aku nak tengok cerita raya melayu yang sedih2 ke gumbira ke hapa kan, terus aku tukar american's next top model.. wahahahhahaha... siap marathon lagi... lantak la. ni sume cerita hantu yang tak berapa nak digemari sangat itu la punya pasaaaalllllll.
cite hantu tengok ramai2 syiookkkk ar tambah2 kat kampung kan ngan makcik2 budak2 kecik siap bole usik2 diorang kan... cer ko tengok dengan 2 3 orang yang semua nya memang keturunan bangsa penakut tengah2 malam dok ketuk pintu bilik aku nak masuk tido satu selimut dengan aku dalam bilik aku? tak ke goyangggggggggggg tu???
dengan kawasan condo aku yang macam hareeeemmmm sejak dua menjak ni banyak cerita hantu dijaja.. memang TAK LAH aku nak tengok kan.. terima kasih daun keladi je la...
kepada semua stesen tv, baek TV-3, mahupun C!TRA, WARNA ke, RIA ke, PRIMA ke.... tolong review2 sket sebelom korang tayang cerita yang korang nak tayang tu sebelom aku buat report.
RAYA update
RAYA! its all about food, family, relatives, new things, duit raya, baju raya, kuih raya, kasut raya, dan semua2 yang ada raya2 termasuk lebuh raya... tee hee... ;)
oh tak kelakar...
malas nak update day by day, so update sekaligus je semua. ingtkan semalam nak la buat autopublish banyak2 kan, tapi teiba takde idea, so tu yang jadi satu je entry tu... raya tahun ini di kampung mama, KEDAH. while papa tak dapat cuti. so pagi raya pertama papa takde, petang baru dia sampai kampung from Ipoh. raya second tengahari nye dah balik Ipoh balik. so lihat saja la gambar dan ga,bar dan gambar lagi ok.
me with my supe duper lovely mama!
sesi mengisi duit raya dalam sampul pada malam raya. nampak sangat gambar dah tunggang terbalik tak tau and malas nak susun2.
September 13, 2010
Salam Syawal (sticky post)
dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyambut lebaran yang bakal menjelang ini dengan penuh hikmat dan kebahagian di samping insan-insan tersayang... tiada yang lebih indah selain menyambut Syawal dengan insan yang kita sayang terutamanya keluarga masing2.
ku ingin juga memohong seribu kemaafan andai ada tersalah cakap, tersasul bicara, terguris hati, apa2 saja perbuatan yang mampu mengguris hati sesiapa dalam penulisan blog ini mahupun secara verbally. ku bukan manusia yang sempurna, memang aku ada buat salah. sekali lagi, maaf di pohon dengan ikhlas dari dasar hati.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
buat family tersayang, sanak saudara, kekasih hati, rakan taulan yang mengenali diri ini, yang tidak mengenali ku juga, rakan2 cyber, rakan2 blod dan sesiapa saja mengenali diri ni... Semoga Syawal ini membawa keceriaan kepada semua.
balik kampung, drive hati2. biar lambat asalkan selamat. ingat, orang yang kita sayang menanti kepulangan kita untuk menyambut hari mulia. doakan perjalanan aku juga ok...
gambar adalah gambar tahun lepas yang aku hantar kat Bingkisan Salam Syawal kat redmummy.com... gambar tahun ni malas nak godek2 cari letak gambar baru. so pakai gambar taun lepas je.
September 11, 2010
first day raya..
September 8, 2010
bad bad gastrik
yes. i had a bad bad gastric since monday morning pas sahur.. tak tau napa la... tapi monday tu still bole masuk ofis lagi walaupon perut yang kejap ok kejap tak tu...
tapi semalam which is Selasa memang dah tak boleh bangun. even time tengah tido pon bole terjaga dalam pukul 5 macam tu sebab sakit sangat2 perut ku ini... ubat memang nan ado! tu yang payah tu. nak kejut my housemate tak sampai ati pulak.
last2 den tetido sambil basah2 pipi air mata menahan sakit nye tu... aku memang dah syak kalo gastrik berpanjangan macam ni, confirm aku punya ulu ati dah membengkak.
and yes. bila pegi jumpa doctor pagi tu around 11am macam tu doc mmg cakap benda yang sama. sebab benda macam ni aku penah lalui last year macam tu. bukan selalu la. setahun sekali camtu la...
mintak injection and ubat. doc suruh cek darah sebab disyaki ada kuman la apa kan. and result kena tunggu 2 3 hari macam tu. so i say no la... baik balik buat kat ipoh and the cost pon mesti lagi murah dari klinik yang aku pegi smalam tu.
lepas makan ubat semua terus ok la sikit even still rasa saki baki sakit tu kadang2. in fact pagi td time sahur macam tu pon sakit tu menyerang lagi. harap2 la esok pagi takde buat hal so i can drive peacefully (alone) balik kampung ku Ipoh. aku akan dijangka bertolak around 6.00am esok pagi to avoid any jemmmmmm.........
Lumsum - sesi buka puasa(s)
ok2 tu nanti cerita lain ok... now nak cerita pasal buka puasa last weekend. ari Jumaat aku berbuka with officemate @ Cititel MidValley... ;) office belanja la of course.... kalo tak jangan harap la nak pegi kan... dengan mahal plus makanan tak banyak variety. sedih.
me pegi with Yatie n Kak Linda... tapi disebabkan sampai pon nganm2 je lagi ambil makanan dan terus berbuka, takde ape yang sempat disnap pon... kata balik ofis kan. confirm monfirm la jem nya tak hengat kan...
so hanya gambar2 dessert dan pencuci mulut (sama meaning) je yang sempat disnap... yang main course tak amek sebab tengah kebulur. plus tak tahan tengok beef n lamb steak yang superb itu... *yummy*
dessert dia sedap la... rojak best! kuah power.... bukan setakat rasa kicap n manis2 pekat je... cukup semua la...
my dear boss pon datang tapi lambat sampai sebab dia kena tinggal.. hahaha..orang lain dah gerak before 6 pm lagi. dia boleh sembang2 kat ofis then only dia perasan yang orang yang dia dok sembang2 tu semua tak join buka puasa...
ok habis cerita puasa di Cititel with my officemate.
next! cerita buka puasa pada hari sabtuday pulak.... me of course la buka with insan tercinta... die je yang mahu melayan kerenah nafsu makan macam2 aku kan... itu pon bercinta nak pilih berbuka kat mana... macam2 keluar.
nak buka kat ayam A1, tapi jalan nak kesitu jem. so cancel. nak buka kat Cheng Ho, tapi fully booked. si BF nak makan ayamas, tapi aku taknak sebab aku dah makan. dah tu demand pulak tak nak makan makanan bazaar sebab hari2 dah makan kan. so weekend je la masa untuk mencuba makanan selain bazaar. dekat sejam ok nak pikir buka kat mana. siap tanya pakcik gugel lagi.
last2 we decided buka puasa kat Jalan Alor je. all time feveret seafood restaurant. tah la kenapa suka sangat pegi situ. kedai2 biasa2 je, tapi mahal. tapi puas hati jugak sebab makanan memang super sedap.
we ordered Siakap 3 rasa, sotong BBQ, tomyam poktek, and telur dadar. nasi 5 tapi makan 4 orang je. it cost us RM 110.00 ++ ok... mahal kan?? tapi puas hati la sebab sedap.