September 30, 2010

beraya di Sri Hartamas



beraya memang tak pernah habis kan??? dah dua minggu berturut2 dah ni weekend manjang je full... open house sana sini... ni kisah dua minggu lepas... lepas seharian penat kat rumah masak sikit2 panggil kawan2 antara aku n suzi je. sorry la kepada sape yg tak dpt jemputan tu.. kitorang masak pon untuk 10 15 orang je.. hehehe... bajet tak cukup..

apa kes ni ada orang yg memang asal dok kl suh aku buat open house lagi sedangkan dia satu family memang dah sejak azali duduk kat KL ni tak buat open house. kena sembur sekali dengan aku siang semalam... kau dok paksa2 aku, kau la buat dulu. aku ni perantau ok. duduk pon menyewa je. kau duduk rumah mak bapak kau lagi. kalo ko rapat sangat dengan aku takpe la kan nak melawak2 gitu. ini takde la rapat mana pon dah paksa2. bukannya nak berkira pasal makan ke apa, tapi kenyataan. ok ok dah termelalut.


otw ke rumah kakak si BF. actually, aku dijemput untuk datang pada siangnya.. tapi mesti la malu kan nnt ramai orang n takleh makan banyak2.. so aku pegi petang2 sket membawa ke malam.. bukan sahaja takde orang, malah rumah telah dikemas. selamat disitu. paling penting! dapat makan laksa johor tambah 2 kali. kalo perut tak penuh mesti dah tambah 3 kali tu.


serius aku tak pernah makan laksa johor. kesian kan aku??? pernah makan time kecik2 lepas tu rasa macam tak sedap je, terus tak berkenan. ini sekali makan sedap daaa.... dan terus rasa macam nak terbalikkan periuk kuah tu atas kepala bagi takde sape yang lain dapat makan lagi dah. hahaha...


lepas kekenyangan yang teramat sangat, and aku sampai tak tau nak buat apa dah. si BF dah terbongkang depan tv, takkan aku pon nak ikot jejak langkah dia kan. harus la i control ayu. dengan baju kurung moden finnkkk nye.... abes ayu la tu... bahahahaha...

ok berbalik kepada cerita sampai aku tak tau nak buat apa dah, aku pon snap la sana sini. tapi muka aku takde pulak aku snap. just love the place. balinese. tenang damai. cantik yang penting. kemas juga. kalo la rumah aku macam ni, mampu ke aku nk pastikan ianya kemas sepanjang masa?? bersih sepanjang masa?



oh! aku sangat berkenan dengan gambar kat bawah ni. i mean, painting dalam gambar di bawah. nampak tak nampak tak??? tiap kali aku datang mesti aku dok perati bila la aku dapat curi keluar. eh eh salah... mesti aku perati sambil berpikir cantiknya... macam mana la ada orang lukis secantik n sekreatif ni..


gambar 2 orang pompuan dok menari....


ni macam bukan entri raya lagi dah... huhu... sedih. sebab aku tak dapat duit raya dari family si BF... dulu time belajar dapat je.............siap menjeles lagi si BF aku dapat duit raya dari mak dia. tapi taun ni nan ado. sakit jiwa bila dah kerja ni.



1 LoveLoLLipop:

Nor_Emylin said...

myra, even aku org Johor, aku pun tak berapa nak makan laksa Johor...hahaha..tapi still sedap jg la.....but but, Laksa Penang my Favvy!!!..