Lilypie Pregnancy tickers

September 22, 2010

sesi berpantun di BlackBerry Group


hahahaha...tak bole belah kan activity kitorang... actually ini group kolej aku kat UKM dulu... and orang2 dalam group ni rapat la jugak dengan aku... so time2 raya aritu meriah la group ni kan dok chat sana sini post gambar itu ini... tapi bila dah lepas raya diammmm je...

then ada la tetibe sorang hamba Allah ni mulakan topik... yg melayan sesi berpantun ini hanyalah 3 orang je termasuk aku.. tu pon aku post 2 3 pantun je... lain nye dok gelak2 guling2 baca pantun diorang.

2 3 kucing berlari,
Mana habis korang lari?

Berlari2 sederap kaki,
Duduk terperap mencari rezeki.

Abu dhabi Abu jalal,
cari rezeki mesti yang halal.

Abu Jalal pakai serban,
rezeki halal lagi toyyiban.


hahahahahaha aku dah start gelak gila dah time ni... ok sambung2 kita tengok lagi ok...


dapat rezeki halal Alhamdulillah,
ni dok main pantun2 ni tak dak pekdah.

rezeki halal lagi toyyiban,
mari mencari kerana kewajiban.

sapa kata takdak pekdah,
hidup indah bila bermadah.

awek lama nama shidatun,
hidup indah bila berpantun.

Dulu shida sekarang yati,
dah mula tak leh berenti.

yati sekarang segak dan tinggi,
pantun punya pasal gelak tak henti.

yang segak dan tinggi Mei Ling,
gelak takpe jangan berguling.

dulu mei ling cantik sekarang dah boyot,
berguling takpa jangan smpai cramp perut.


hahahaha...ok dah aku tulis itu je.... sebenarnya banyak lagi ok lepas ni... tak sanggup nak tulis lagi dah... boleh terkencing aku gelak sorang2 buat entry ni... dah la semalam dalam opis pon terkekek2 aku gelak sorang2... Mek Ti kat sebelah aku dah pelik2 dah tak bagi aku gelak sorang. nak gelak kena share cerita sebab dok opis kan stress kena buat keja... hahaahaha

mm...yang kaler merah tu je pantun aku... biasalakan pantun amatur, tak de la best mana... tapi yang lepas2 dari apa yang aku tulis ni pon panjang lagi sebenarnya mereka berpantun... bayangkan la dari pukul 12 sampai ke lepas lunch and sampai ke pukul 5 dok berpantun....

aku baca je la... nak reply pon busy2 jugak semalam kat opis...



0 LoveLoLLipop: