Lilypie Pregnancy tickers

July 30, 2012

Hari pertama tanpa....


sejak puasa ni, ini lah hari pertama berbuka tanpa nasi.

makan kuey tiau goreng. homemade. terbanyak taugeh sikit.
nasib baik sedap + kenyang kenyang sama macam kenyang nasi.

selama ni memang tak pernah tak makan nasi.
asal berbuke je nasi asal berbuke je nasi.
kau letak la roti john sepuluh bungkus ke, murtabak lapan keping ke, chicken chop ke, kalo ada nasik kat situ, memang aku tuju nasi dulu.


Alhamdulillah.
lepas ni boleh la try masak untuk sahur pulak nanti.

ini adalah menu berbuka pada hari Jumaat ye.
sekian wasalam.
eh tu ke ko update mira???




July 27, 2012

Salam Jumaat


Selamat pagi uolls!!!

Alhamdulillah dah masuk hari jumaat. hari ke-7 berpuasa.
sekejap je dah masuk seminggu kan. lepas ni 2 minggu tau2 dah nak raya.

plan weekend memang dah sedia ada. just nak kena susun betul2.
kalah PM nak susun susun jadual bagai.
hubs siap suruh pegi keluar dgn kawan2 lagi pegi cari baju raya.
aku memang tak hadap pun dia teman aku cari baju raya.
nanti siki2 nak ajak balik cepat. tot of beli kaftan je la tahun ni.
tu je yang bole masuk rasanya ngan badan aku sekarang ni..

banyak cantik2 aku tengok kat fb orang dok jual2...
tapi aku jenis if ada beading2 ni tak yakin nak beli online.
kang ade je aku tak puas ati. so baik aku pegi cari sendiri kat jalan tar masjid india sana.

sabtu still KIV nk keluar jalan2 ke tak. berbuka kat umah in laws kot kat damansara.
ahad buke rumah maksue. alhamdulillah murah rezeki.

selamat berhujung minggu!





July 25, 2012

Ramadhan 2012


dah masuk hari ke-lima puasa baru rasa nak cerita2 pasal bulan puasa ni.
Alhamdulillah 4 hari berjaya puasa dengan baby kat dalam pun x buat hal.
just hari ketiga tu je (Isnin) pukul 6 pun rasa nak pitam dah.
6.30pm terbaring terlentang dalam bilik macam budak2 baru belajar puasa tu.

after berbuke pulak, makan je selesai solat maghrib memang kebaboom tertido dengan telekung2.
hubs pun kesian nak kejutkan sbb memang muka aku time tu memang muka simpati penat gila.
sedar pun bukak telekung je and sambung tido balik sampai pukul 1030pm.
being mira, keluar depan g meja makan, makan roti john pastu lepak depan tv jap and sambung tido balik. heheheheheheh....

gambar2 menu berbuke takde la pulak.
sebab nye malas nak amek + malu dengan in law. she's here since lepas buat minor surgery aritu.
tapi today dah balik ampang balik dah....
so kembali kami berbuka dan bersahur berdua saje.

sekarang kat opis masuk je waktu petang, sebok aku dok google resipi nak masak ape.
takkan asek nak makan lauk yang slalu masak je kan.

maybe after this bole la kite share2 menu berbuke and bersahur kita ye dok?
semalam ade buat agar2 santan gula melaka. tapi takde gambar.
teringin sangat nak makan sebab teringat2 mama punye agar2 santan gula melaka tu.
cepat2 whatsapp mama mintak resepi. padahal dah google but stillllll nak tanya mama jugak.

cubaan pertama adalah 70% berjaya.
agar2 tak keras tak lembik sangat. gula melaka kurang so kaler adalah cair2 saje.
santan terlebih sikit so lemak dia lebih la...
dalam pada 70% berjaya pun hubs ulang amik je dari dalam pinggan.
kira misi berjaya la tu kennn???


pasni nak buat dessert apa pulak ye???




#WW2 - How Big is Your Baby This Week?



Nearly as long as a ZUCCHINI





July 24, 2012

Excited - 3D 4D scan...


siapa tak excited kan anak pertama... tambah2 dah 6 bulan dia dok dalam perut ni.
sekali sekala nak jugak intai2 dia gerak2 buat apa kat dalam nun...

bila dapat je green light from mr hubs, terus bukak website bayi-ibu.com buat appointment.
kitorang buat hari sabtu first day puasa tu... jalan adalah smooth saje nk menghala ke ampang tu.
nak sampai ke klinik tu je macam jem sikit. tapi sikit je la...

jezz was so friendly and know how to pujuk baby buat itu ini..
sbb tangan baby time scan ni banyak kali asek la tutup mulut dia..
susah nak snap best pic. pastu pulak, punyaaaaaa la aktif gerak sana sini.
kejap2 gerak kejap2 gerak.

tapi takpe, as long as die happy and sihat kat dalam tu dah ok dah.
kesihatan berat panjang semua ikot week yg sepatutnya. not too big not too small.
dah 700g dah berat nye... sex gender pun dah confirm 100% dah. :))


korang layan gambar kaki dia je la eh aci tak??? ;p





July 23, 2012

Susah



susah betul la dia nak lepas bb dia.
ni time nak pi tarawih ni bole lagi. yang aku dok tercongok la tunggu punya tunggu.
pi masjid nasib baik tinggal hp semua kat rumah.
kang mau nye imam baca doa iftitah ke alfatihah ke, hubs baca blackberry messenger.



bebel temuduga


ingat tak entry ini? kalo tak ingat pi terjah balik...

ahad semalam adalah turn aku interview untuk jawatan ni la. tu yang kena sakan study tu.
tapi being me mesti ada last minit tudy n study rilex2 je.
tapi niat hati mmg berharap betul dengan jawatan tu...
mira just being mira.

hari yang dinanti telah tiba. (ceyyyy)
hubs hantar and tunggu sampai habis interview. diiringi restu suami tercinta of course.

dalam bilik E, nombor 6.
pukul 1045am jugak la baru masuk tunggu since pukul 8.
sorang estimate dalam 25-30 minit. yang first tu siap sampai 40 minit kot.
yang lain2 dah cuak lebih sebab lama sangat.
agaknya dah lama2 interviewer tu pun dah makin tak larat nak tanya banyak2 soalan, tu yg jadi 30 minit pulak lepas2 tu.

everything goes smoothly. tapi ada satu soalan kantoi teruk kaw kaw punya la..
VISI. failed! aku jawab berprestij, tapi sepatutnya bertaraf dunia.
pegawai interviewer tu dah 2 kali bagi can suh aku pikir and jawab betul2 balik.
harap2 takde la tolak sampai 10 markah untuk soalan tu.

ada rezeki, ada la. insyaAllah.
sekarang doa dan tawakkal je la. semua dah selesai.




July 22, 2012

Khamis lepas ku cuti...


cuti pun ala2 EL sebenarnye... sbb MIL ada minor surgeri kat HUKM.
hubs pulak takut tak sempat sebab dia kena kerja jugak petang tu. 
dia lagi la cuti since isnin selasa rabu kot. bawak pegi check apa semua.
so Khamis tu kena buat minor surgeri. MINOR je la ok...

ape benda tak tahu la kan yang minor tu. 
surgeri apa pun tak payah la aku bagitau kat sini...
surgeri nye kejap je, tapi sebab MINOR kan, kau kena tunggu turn la jugak.

eh, perut i nampak kempis

berkicap jugak la nak tunggu.. nasib baik tempat tunggu best and selesa sejuk semua.
aku memang sarung tshirt je. plus spec. tak kuasa nk ber-lens2 bagai.

ni haaa hubs lagi selamba baring kat situ tido.
nasib area kitorang tunggu tu takde orang sangat.. so senang lenang la dia baring celah tu.

sampai hospital pukul 8.15am macam tu...
habes nye dekat2 pukul 1.... dengan lapar nye tuhan saje tau.
aku makan kaya ball je kot 10 bijik pagi tu. mana cukup 10 bijikkkkkkk!!!!
me want more ok. tapi sebab hubs tak nak pegi beli lagi, dan aku confirm2 la lagi malas nak jalan jauh2, abaikan je la niat di hati tu.



time ni dah nak balik dah... tunggu nak amek next appointment and ubat je kot.
MIL boleh balik rumah. tapi kena jaga la... so kami bawak balik kajang je umah kitorang.
xde la nak ulang alik ulang alik kg pandan nnt.

next week bole bukak jahitan. hoefully semua ok la..
ni pun MIL cakap sakit2 n ada darah2 lagi kat tempat jahit tu...
me so scared la bab2 jahit darah2 ni...




July 21, 2012

Ramadhan Al-Mubarak...







July 18, 2012

Tak free sangat nak update

Tajuk dah explain semuanya. Semalam aku x free sangat nak buat entry.
Sbb nye balik keje pun beli makanan kat pasar malam je.
Tak masak pun. Sampai rumah makan2 online baca blog kejap.
Pastu studyyyyyy!

Study untuk interview kastam tu la.
Memang I'm looking forward and memang letak harapan la.
Tu yang macam nak struggle untuk dapatkan jawatan tu.
Dulu kemain senang kan nak masuk gomen ni. Sekarang.... Hamek kau susah gila.
Berapa stage nak kena lalu. Ni final stage rasa if tak lepas macam sayang (read: rugi) pulak.

So! Chaiyok! Gambate!

Oh yes! Semalam hubs dah bagi green light buat 3D 4D scan.
Terus cepat2 bukak website bayi-ibu.com buat appointment sabtu ni.
Dah dapat confirmation dah pun. Can't wait!!!
Bole pulak lepas booking slot appointment tu, tido malam tu termimpi2 ko buat scan tu.
Hahahahahahaha... Typical mira.


~Till then~



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

July 17, 2012

Cerita makan


muka aku kat opis dah terkenal dengan makan makan dan makan lagi...
so adalah tak heran kalo ade orang nak cakap "mira ni asek buat entry makan je"
selalu ke???

ok back to the topic.
(saje publish entry makan time orang tengah lapar nak tunggu lunch time)

macam yang aku dok cakap2, memang sekarang dah rajin masak. 
cuma kalo balik kampung je kot jadi malas.
maklum la nak rasa air tangan mama kot. hehehe alasan je tuuuuu....

ni adalah menu2 sepanjang minggu lepas.
tapi ada yang tak complete la sebab ada yang terlupa nak amek gambar pulak.
maklumlah dah kebulor sangat agaknye.

sardin + ikan pekasam

meleleh wa cakap lu makan nasik panas2 dengan ikan pekasam ni....


udang goreng kunyit

ni buat basah2 sikit bagi macam ada kuah2 sikit kang hubs bising lak takde kuah.
sekali dia bising daaaaa kenapa tak masak kering bagi garing2... T____t


ikan masak sambal + telur goreng + sayur lemak kobis

time ni makan sorang sebab hubs keje ke apa tah tak ingat.
lagipun memang aku sorang je dalam rumah ni yang makan ikan termenung aka kembung tu.


ayam masak kicap + cendawan goreng

mula2 time before goreng tu nampak macam banyak je cendawan nye.
sekali dah goreng ciput2 plak jadi sikit.
bedal je lah labu janji kenyang perut suka hati.


ada yang teringin nak request resepi ke???
tak payah la.. korang google je la dengan pakcik google tu.
lagi senang sap sap soi keluar macam2 link ha.
aku selalu cari resepi kat Dapur Tanpa Sempadan and MyResepi je...
senang mudah pantas. hanya dihujung jari. ehhhh.....terbuat iklan plak...







July 16, 2012

Confirmed sudah!!



saje je kan nak berahsia bila pergi and dengan siapa...
hehehe... tengok nama macam ramai kan tu.
cer teka cer teka.

ni pun last minit plan and booking. tapi takde la last minit mana pun.
still ada 1 month time.
last year pegi. this year pegi lagi.
syiokkkkkk woooo! bole shopping lagik.

harus simpan duit gaji bulan ni. T___t

~till then~



Bajet Artis letteww.....


ini adalah entry nak bercerita pasal hari ahad lepas.
dua2 laki bini dok sok sek sok sek macam nak demam dah. dengan hidung berair bagai.
sampai satu masa tu hubs cakap, jom keluar la. dok rumah macam nak sakit je.

dah keluar takpe lagi... melantak macam nak gila pulak.
keluar petang, makan pizza hut yang baru tu steak steak apa tu kan.
dah malam pulak kita pekena seafood kat jalan alor lagi.
imagine je la macamana perut tu membesar dengan jaya nya.
tapi aku takpe ade reason.
bak kata officemate "now you can hide ur tummy fat" - sebab mmg perut besar pun kan.

sorry takde gambar semuanya. :|

opssss! excuse the blog owner.


sebenarnya bukan nak cerita apa sangat pun...
just nak bagitau kepayahan aku nak amek gambar dengan mr.hubs.
susah betoi weyyy kalo tak kena dengan mood bergambar dia.
dia kena sampai mood dia baru ok ajak bergambar.

nampak sangat macam aku yang terhegeh2. (read: padahal memang betul pun)
bhahahahahahaha.....




you see!




T_________T

ok memang aku je la yang terhegeh-hegeh itu.




July 15, 2012

Menjadi Amalan...


sekarang aku ada habit baru... bukan habit sangat la. just for the sake of my baby...

baca asmaul-husna and buat sudoku.
mostly memang aku akan buat time malam bila dah landing2 nak tido tu la.
aku baca asmaul-husna tu sekali pasang yang dalam galaxy tab punya. 
well baru ada rythm and alun2an sikit kan.
sudoku pulak asal ade time rajin je memang aku buat even kat opis pun.
tu yang nampak kadang2 macam aku busyyyy je buat kerja. padahalllllll......



buku sudoku tu dah agak lama beli.
just kadang rajin kadang malas tu yang tak terbuat2 tu.
sekarang ni je baru rajin sehari sampai 10 puzzle boleh buat.

hope this effort boleh menjana otak baby dalam perut la kan...
kita hanya merancang dan berusaha, Allah yang menentukan.
Amin.



July 13, 2012

24 weeks


Hari ni genap tepat 24 weeks.

Next check up pun lagi 2 minggu lambat lagi. so tak tau berat sekarang berapa.
yang pasti, dagu berlapis2 macam kuih lapis, lengan sebesar paha nicole richie dah rasanya ni.
mengembang dengan jayanya...


gambar ni amek semalam lepas balik kerja.

senyum... tak perlu kata apa-apa.




July 11, 2012

Karnival Keluarga 1 KDN


Sabtu lepas hubs ada Karnival keluarga 1 KDN kat Maktab Penjara Kajang.
Sekangkang kera je dari rumah aku penjara tu.
So agensi2 jabtan2 yang under KDN semua terlibat.

Ada hari keluarga, sukan, and barbeku. Dapat agak tak aku pegi ke tak?
aku dah semestinya la tak pegi siang tu... memang harapan tinggal harapan la aku nak pegi.
Barbeku je la nampak muka aku... hehe...


hubs kena pegi office dia dulu and datang penjara kajang tu naik bas.
sebab diorang ada perasmian bagai pagi tu. 
and ada karnival sukan jugak kan. so kena awal la....
aku dok berdengkur lagi time dia pegi nih... ;p



hubs masuk acara menembak okkkkkk... believe it or not? believe it....
dalam group dapat no 1. dah campur2 ngan team lain sume total up dapat tempat ke-4.
jadi la dari takde tempat kan... tu pun bukannya berlatih apa..
tau2 masuk menembak terus je.

 tengok tu laki ku... gaya harus ada ok!

aku time ni sebok kemas rumah baru laki ku balik...
malam pukul 8 terus g majlis barbeku makan2 semua.
tapi harap maklum takde gambar.
sebab aku adalah sangat malas nak pegi pun sebenarnya. tp bab makan rajin je...

rambang mata okkkk sebab diorang buat macam gerai2 tu...
tp bukan gerai la sebab besar sangat.
satu agensi/jabatan satu khemah.
so ada sate, laksa, ikan bakar, ayam bakar, kambing golek 5 6 7 ekor, mee rebus, mee jawa, char kuey tiaw, nasi goreng bihun goreng, sata, otak-otak, etc...
banyak-banyak...sumpah banyak gila. 
buffet durian pun ada. haaaa amek kau sorang angkut sebijik!

belum pukul 10 lagi aku dah cabut balik.
kata rumah dekat gila je kan. memang tak la aku nak tunggu lama2.




July 10, 2012

Alhamdulillah...


aku lulus ujian CAC Kastam bulan April aritu...
Alhamdulillah... rezeki baby dalam perot ni kot...
just tinggal 1 stage je lagi after this which is interview. kalo tak salah aku la....


punya la lama nak tunggu result ni keluar.
bila dah boleh check tadi, debor2 lak nak masukkan no ic sendiri..
dah key in no ic, tak sanggup nak tekan hantar.
suruh hubs yang tolong klik kan.

Alhamdulillah lagi sekali.

diakhiri dengan ucapan tahniah peluk cium dari suami tercinta depan pc. ehhhhhhh!



Bibik in da house


Sabtu lepas memang plan nak kemas rumah secara besar2an.
besar xde la besar mane pun...
tapi ubah jugak la katil bilik kitorang and guest room. 
kau ingat senang nak ubah2 katil bagai semua tu??? 
dah kemas haru la sapu, harus la mop, harus la kemas bahagian lain pulak kan.
takkan katil je ye dok.
bangun pun dah agak lambat. breakfast pun dah pukul 11 macam tu ha...
after breakie baru start mengemas tu...

u will never imagine muka belengas aku time mengemas tu....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 pang sedas
.
.
.
.
.
.
nak tengok lagi satu???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



ok thanks bye!




July 6, 2012

Tak paham aku ape nak jadi dgn office aku ni...


Baca tajuk pun dah tau aku nak bebel apa kan...
sudah semestinya pasal office la... sejak2 ada HR manager baru ni, makin menjadi2 auntie cleaner mengadu domba. mungkin mintak senangkan kerja dia
Fine! sukati dia la nak mengadu ke apa kan... tapi agak2 la.

Printscreen email adalah pasal kebersihan toilet semua.
Dia (HR manager) sent kat perempuansss je.
ok tak pe la sebab dia macam concern kan pasal kebersihan toilet. Bagus la kan.
tapi tapi... cer ko baca email tu.

klik gambar untuk tumbesaran

1) Ada jugak orang yang still mencangkung atas toilet bowl? apekahhhh...
Toilet cangkung ade je, masuk la sana. yang pegi masuk toilet duduk kau dah kenapa pulak nak pegi mencangkung atas tu. selagi tak jatuh tergelincir semua selagi tu la nak buat?

FYI dalam washroom office ada 3 toilet. 1 cangkung, 2 duduk. 2 sinks. and cermin besar. CLEAR?

Ni second picture plak paling latest. Hari Selasa lepas.
lagiiiiiiiiiiiiii tak boleh belahhhhhhh weyyyyyyyyyyyyyyyyy!
klik gambar untuk tumbesaran


2) Siapa punya kerja tak flush bagai weh? Kau tak sekolah ke?
Sorry to say la.. aku rasa bukan kaum aku (read: mim layu) yang buat macam tu. 
kita even buang kecik ke besar ke basuh cuci dengan air kan? 
macamana timbul isu tak flush kalo dah bukak air? terlupa tekan flush??? tak masuk akal...

Kaum aku ni bukan macam kaum kau yang calit pakai tisu je. 
and kaum2 mim-layu kat office aku semua aku rasa beradab nak flush and cuci after habis keje ehem ehem tu. takde nye nak main tinggal macam tu.

Agaknye HR office ni senang lenang sangat kot sampai nak tengok siapa yang pegi balik toilet if diorang kunci nanti. If la kan...

pastu kalo aku dah balik dari toilet, diorang akan pegi cek toilet tu tengok aku flush ke tak kot. 
tak pun tengok ada kesan tapak kasut aku tak kat atas toilet duduk tu.
miahahahahaha.... gilos!





July 5, 2012

RIP - Ikan Division


kat office aku ni, boss aku ada la bela ikan. bela dalam box (product yang kitorang carry) sendiri.
so macam nak menunjukkan betapa waterproof la product kitorang tu.
and kitorang buat box tu jadi aquarium. 

kitorang tu means people dalam division aku je. not satu office k. 
aquarium ni letak kat meja boss aku. dia la hari2 bagi makan.
rajin jugak dia cuci and tukar air ikan tu.
if dia kena outstation, kitorang2 la yang akan take over keja2 tu. 
or admin yang buat if kitorang pun busy.

ala beli ikan biasa je. ikan laga eh kot nama dia yang cantik2 colourful bagai tu.
mula2 beli 2, lepas tu tambah lagi dua. yang sekor first beli ni je hidup.
lepas yang lain mati, tambah lagi 2 ekor. saja la kan nak bagi kawan.
yang baru tu pun mati jugakkkkkk. kena buli ke apa pun tak tau la.
so tinggal yang otai sekor ni je. 
lama jugak la since feb 2012 tak salah aku.


ni satu time ni, around 2 minggu lepas, tetibe kitorang perasan perut dia kembung melampau.
macam nak meletup tu. then Alex pun pegi put sticky note "no feeding".
sebab ada jugak orang lain pun gatal tangan pegi bagi makan tak ikot time.
over makan la kot.

sampaikan Isnin lepas time aku nak bagi makan, dalam pukul 10 macam tu baru perasan dah terapung haa ikan ni. mati dah. ajal la kot kan...
tapi cer tengok perut dia. memang kembung macam tu la...


kembung macam nak meletup la tu kan?
warna dia pun dah takde biru2 merah ala2 peacock tu. dulu masa mula2 beli cantik je.
sakit kot perut kembung kan terus tukar warna.

semua budak ofis cakap ikan ni kena torture ngan kitorang. tu yang mati tu.
kuaja ok. kitorang bela dengan penuh rasa kasih sayang. miahahahaha....



Pregnant & Memasak


Awal2 preggy dulu like first 3 and a half months memang tak boleh masak langsung.
bukan tak boleh masak apa, bau2 tu yang tak boleh.
masak simple2 macam scamble egg tu bole la lagi. tapi no tumis-tumis ok.
mau time tu jugak muntah keluar isi perut semua balik.

ada jugak orang sebelah masak pun (read: tumis) aku rasa macam nak g hempuk pintu dapur dia terbalikkan kuali dia semua. 
dah habis ikhtiar dah nak buat macam mana tak nak bagi bau.
last2 masuk bilik, masuk selubung dalam comforter.
larat ke setiap kali tiap-tiap hari aku nak buat macam tu kan.

abes je morning and night sickness aku tu, lebih kurang dalam week 14 15 macam tu.
terus segar bugar rasa.
takde dah pagi2 bangun2 je terus terjah toilet bowl.
takde dah balik2 keje je melepet aku terbaring depan tv.
takde dah malam2 lepas dinner, muntah bercinta dengan toilet bowl lagi.
takde dah pegi pasar malam je aku sorang je tutup hidung lalu depan gerai2 makanan.
sampaikan time tu rasa nak tido dalam toilet pun ada. sambil tongkat dagu kat toilet bowl.

mood ke dapur dan memasak macam menggila dah. rajin sangaaaat masak.
macam2 yang susah2 pun aku masak. western ke, barat timur utara selatan semua ada.

ikan pekasam + sardin

macam ni menu semalam. simple je sebab asek makan yang sarat2 je kan.
sekali sekala makan yang simple2 ni pun boleh buat kau nak tambah nasik sampai 3 kali.
aku le tewwwwwwwwww... eh tak tak. aku dua pinggan je makan semalam.
tu pun sebab pekasammmmmmmmmmmm. tak paham aku kenapa ada orang tak suka pekasam.
puasa nanti kau bagi aku pekasam saje untuk sahur selama sebulan pun aku boleh je hidup.

kelmarin masak spaghetti. nak jugak bagitau even takde gambar. hubs berkali2 tambah haaa...
lega rasa bila tengok suami sendiri makan penuh berselera masakan isteri kan???

ni gambar yang lain2 ni saje nak letak kat belog.
tanda nya aku tak tipu korang la yang aku betul2 masak kat rumah. miahahahahaha....
kalo aku tipu pun ade orang kesah ke kan???? nan hado.

pari bakar portugese style + bendi goreng + ayaq asam

 ayam masak lomak cili api

ayam goreng bercili / ayam goreng berlado

ayam masak kicap

nasi ayam


perasan tak banyak lauk ayam je. ntah kenapa bila aku masak ikan ke, udang ke, sotong ke, aku tak amek pic. kebetulan or atau memang aku ada racist sikit ngan seafood. (eh aku suka tau makan seafood)

ada jugak aku twitpic gambar2 aku masak semua ni, sampaikan sorang officemate aku, lelaki tanya.
"eh kau pandai masak rupanya kan?"
Helloooooo... aku anak sulung, bukan manja, dah bersuami lagi. what do u expect?

masak pun senang je sebab masak untuk 2 orang kan. 
cer ko suruh aku masak untuk 10 orang tengok, berapa lama aku nak bersilat kat dapur tu nanti.

mmm.... malam ni nak masak apa pulak heh?





July 4, 2012

#WW1


Hubby's shirt - bought from Krabi




Weekend bersama Sayangsss...


Sabtu lepas elok je celik mata terus received a call from Te....
Cakap nak ajak jumpe sebab Tqah baru sampai KL je... dari Penang. bukan senang minah tu nak datang KL. So harus la berjimba since memang takde plan pape pun weekend.

Petang camtu after Te abes conference, Ja abes keje, and Tqah abes kenduri baru diorang datang pick up mak buyong ni. sambil2 datang jalan umah la...
Mula2 blur tak tau nak buat apa. tapi takkan la nak lepak rumah je kan...
so pikir2 tetibe ternampak roza update bbm status.
kitorang sume ingat die dah fly gi Jeddah (keje), rupenye takkkk lagi.


contact2 calling2 and decided pegi rumah die je kat Puchong.
before gerak dari umah aku, harus la camwhore dulu. antara gambar aku ada dalam entry ni.
sume amek dari instagram diorang. aku malas nak keluarkan phone. so keje aku curi je.


Kajang-Puchong bukannye jauh mana pun if lalu LDP n putrajaya tu...
sekejapan je sampai rumah Roza.

borak2 cakap nak buat apa semua siap ada bagi idea nk g PD la Genting la bagai....
heyyyy aku tak bawak baju apa pun... plus tak bagitau hubs pun nak overnite.
last2 decided nak overnite kat hotel kat KL je.... tapi tak nak kalah.
call buat reservation sume hotel 5stars je.
Mandarin Oriental la, Hotel Maya la, PNB Darby park la and yang lain2 call sume tak angkat.
memang betul2 dah call booking ni masa otw dari puchong ke KL sebab memang cari hotel tengah2 KL pun.

tapi malangnye bile dah sampai area Jalan Tun Razak tu, one of us receive a msg yang tak berapa nak baik sangat. and macam not nice la nak pergi berjimba.
family member one of us (and of course bukan aku) tak berapa sihat.
mula2 ingat warded, tapi alhamdulillah takde pape and balik rest kat rumah je lepas check kat hospital.

pung pang pung pang gedebuk gedebak semua, dah malam.
takde hotel motel nye, balik Puchong tido rumah Roza je.
since esok nye (read: Ahad) petang die dah kene fly g Jeddah keje kat sana for 2 months.
kang kelam kabut pulak die kan. so tido rumah die je senang.


pukul 12 dah melepak kat rumah dah.... baju pun baju pinjam je ok.
aku mana bawak apa2 pun. nothing. nasib baik satu malam je.

esok nye bangun pagi Roza dah tengah siap2 dah.
awal minah tu bangun. kitorang bangun siap mandi semua pun dia tak siap lagi.
buat rambut la, make-up la, last check barang2 yg nak bawak la.
dia ada chartered flight kat Jeddah. stil under AA tapi base kat sana for 2 months je.
nasib dia sempat balik before raya. kalo tak mauuu sedih kot.

sedih la dia nak pegi. sedih jugak bila jumpe kawan2 and time nak balik tu peluk2 semua.
memang bukan senang nak jumpa ramai2 macam ni.
Ila pun dah bising sebab jumpa tak bagitau dia awal2.
kitorang pun tak plan kot, tetibe je macam terjumpa gituuuu.
Ila lak tak dapat join sebab dia ada team building ke company trip macam tu la.


we all gonna miss u so much Roza!


aku pun akan rindu korang semua jugak. tah bila la dapat jumpa lagi.



July 3, 2012

Preggy...

Siapa ada perasan aku ada letak ticker kat blog aku ni bahagian atas tu.
me and hubs adalah mummy and daddy to be...
yes we are.

rezeki Allah nak bagi cepat. kami terima amanah ni. sukaaaaa sangat!
aku sekarang dah 5 bulan setengah dah pregnant ni....
memang tak dapat aku gambarkan perasaan camne aku rasa sekarang. 
sape yang pernah mengandung je kot rasa. im too blessed.

for the sake of my baby, tak kesah la aku nak gemuk pun sekarang. (Read: padahal kesah, tapi sayang kepada janin dalam perut ni melampaui segala2nya)
tapi harus la lepas pantang nanti pulun kaw2 bagi kurus.
aku nak lagi kurus dari before pregnant. boleh ke eh???
tengok je la nanti.. insyaAllah boleh....

nak tengok perempuan gemok ini????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
gambar last week je.... paling latest la boleh dikatakan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tadaaaaaa!!!!
aku tengah cakap pasal diri aku ni ok, bukan kawan2 aku tu....




Week: 22 weeks
Current weight: 68 kg

8 kilo lebih dah naik dalam masa 5 bulan. and akan menjangkakan angka yang lebih besar pada masa hadapan. :/





EURO2012 Final

Semua tau kan ahad ritu ada EURO Final. Pitams sape tak tau...
Aku memang dah sokong spain dari mula lagi.
Memang tengok game Espana tu je... game lain tak tengok punggg...
So dah final, kena plak team laki bini fight.
Harus la tengok. kat luar lagi.
tak sedar diri ni esok (Read: Isnin) nak keje.
tapi mentally physically kena prepare. pukul 1030 malam aku dah tido.
pukul 1 pagi lak dah bising dah hubs kejut aku taknak bangun...
nak ke KL, so kena gerak awal jugak even dah reserve kan seat kat port tu...
kitorang tengok kat restoran Al-Andalus. Jalan Tun Razak sana...
kedai Arab, so makanan pun arob arob ye semua. nasib baek sedap.
*eh tetibe cerita makanan pulak*

eh aku pelik kenapa time ni perut tak nampak. padahal gambar sebelum ni (tak letak) gemok gila kot.


ni la laki bini yang dok fight team tu.
hubs memang dari mula jugak sokong Italy. so memang musuh disitu ye...
laki tak laki. Espana tetap vs Italia.
dapat port cantek, depan tv 60 70 inchi rasanya. clear takde sape halang.
bukan screen projector so kira clear sangattttt la...

sampai2 je lepak2 sembang2 dulu. sejam lebih gak la menganga je kat situ nak tunggu game start.
dah la ramai kawan2 kitorang sokong Italy. aku dah macam cuak 'eh sikitnye sokong spain'
sikit2 pun menang apa kennnnnnn.....

gol first tak bole duduk tenang lagi.
masuk second gol aku dah bole ejek2 italy dah.
siap suruh2 hubs gi tido dalam kereta dulu sebab dah confirm2 akan kalah...
bhahahahahaha padan muka.. tu la sape suh sokong Italy sangat....


muka orang tengah menenangkan diri sebab dia dah dapat rasa Italy akan kalah teruk malam tu.


berbaloi2 la tido awal, bangun kul 1, tido balik kul 5, bangun balik kul 6.30pagi gigih pegi kerja semua sebab Sepanyol menang. MENANG BESAR pulak tu ok.
drive gi keje cam rasa nak makan orang sebab mengantuk sangat.
sampai je opis terus beli nescafe kaw punye, segar sampai ke petang haaa....


akhir kata, Chicken Kebab and fresh fruit juice kedai tu tersangatttttttttttttttttt la sedappppppnya... ehhhhhh!