July 5, 2012

Pregnant & Memasak


Awal2 preggy dulu like first 3 and a half months memang tak boleh masak langsung.
bukan tak boleh masak apa, bau2 tu yang tak boleh.
masak simple2 macam scamble egg tu bole la lagi. tapi no tumis-tumis ok.
mau time tu jugak muntah keluar isi perut semua balik.

ada jugak orang sebelah masak pun (read: tumis) aku rasa macam nak g hempuk pintu dapur dia terbalikkan kuali dia semua. 
dah habis ikhtiar dah nak buat macam mana tak nak bagi bau.
last2 masuk bilik, masuk selubung dalam comforter.
larat ke setiap kali tiap-tiap hari aku nak buat macam tu kan.

abes je morning and night sickness aku tu, lebih kurang dalam week 14 15 macam tu.
terus segar bugar rasa.
takde dah pagi2 bangun2 je terus terjah toilet bowl.
takde dah balik2 keje je melepet aku terbaring depan tv.
takde dah malam2 lepas dinner, muntah bercinta dengan toilet bowl lagi.
takde dah pegi pasar malam je aku sorang je tutup hidung lalu depan gerai2 makanan.
sampaikan time tu rasa nak tido dalam toilet pun ada. sambil tongkat dagu kat toilet bowl.

mood ke dapur dan memasak macam menggila dah. rajin sangaaaat masak.
macam2 yang susah2 pun aku masak. western ke, barat timur utara selatan semua ada.

ikan pekasam + sardin

macam ni menu semalam. simple je sebab asek makan yang sarat2 je kan.
sekali sekala makan yang simple2 ni pun boleh buat kau nak tambah nasik sampai 3 kali.
aku le tewwwwwwwwww... eh tak tak. aku dua pinggan je makan semalam.
tu pun sebab pekasammmmmmmmmmmm. tak paham aku kenapa ada orang tak suka pekasam.
puasa nanti kau bagi aku pekasam saje untuk sahur selama sebulan pun aku boleh je hidup.

kelmarin masak spaghetti. nak jugak bagitau even takde gambar. hubs berkali2 tambah haaa...
lega rasa bila tengok suami sendiri makan penuh berselera masakan isteri kan???

ni gambar yang lain2 ni saje nak letak kat belog.
tanda nya aku tak tipu korang la yang aku betul2 masak kat rumah. miahahahahaha....
kalo aku tipu pun ade orang kesah ke kan???? nan hado.

pari bakar portugese style + bendi goreng + ayaq asam

 ayam masak lomak cili api

ayam goreng bercili / ayam goreng berlado

ayam masak kicap

nasi ayam


perasan tak banyak lauk ayam je. ntah kenapa bila aku masak ikan ke, udang ke, sotong ke, aku tak amek pic. kebetulan or atau memang aku ada racist sikit ngan seafood. (eh aku suka tau makan seafood)

ada jugak aku twitpic gambar2 aku masak semua ni, sampaikan sorang officemate aku, lelaki tanya.
"eh kau pandai masak rupanya kan?"
Helloooooo... aku anak sulung, bukan manja, dah bersuami lagi. what do u expect?

masak pun senang je sebab masak untuk 2 orang kan. 
cer ko suruh aku masak untuk 10 orang tengok, berapa lama aku nak bersilat kat dapur tu nanti.

mmm.... malam ni nak masak apa pulak heh?





0 LoveLoLLipop: