August 17, 2010

dugaan Ramadhan...


semalam petang hujan lebat kan??? dah la aku keluar ofis lambat..time tu baru je renyai2 ujan, so pikir nak pegi bazaar ramadhan la kan. bukan pikir, memang kena pegi dah...kata duduk bujang, mama papa takde nak tolong masakkan.. ;(

so drive balik rumah, elok je nak sampai bazaar tu, hujan turun dengan selebat-lebatnya... takde bagi can langsung ok aku nak keluar kereta.. ada la jugak dalam sepuluh minit aku tunggu dalam kereta kat tepi bazaar tu kot2 hujan nak slow kan, tapi takdenye..

apa lagi, terus buat u-turn balik rumah la... dah nak jalan pon tak nampak pape ok.. memang super duper lebat la wa cakap lu... kena bawak slow2 biar lambat asal selamat kan.. balik rumah terus bersilat kat dapur la...

housemate aku dah beli makanan...mula2 dia call aku nak tolong belikan makanan untuk aku, tapi my berry habis batery pulak.. memang tak dapat la kan dia nak call.

dalam masa sejam yang ada la aku buat ayam dalam freeze sampai lembut, and masak ayam masak kicap. itu je yang termampu. itu pon berkali2 aku masak air panas nak bagi ayam tu lembut. penat hokey... fuhh! sampai sakit2 tangan ni tau...

elok je azan, aku makan kurma, and rasa ayam masak kicap yg still mendidih dalam kuali. SEDAP! angkat terus makan dengan rakusnya...

sumpah serius dua rius aku tak selera langsung tengok lauk2 kat bazaar tu.. so kalo pegi bazaar pon aku beli macam yg senang2 je.. yang lauk2 macam tu memang tak kot aku nak beli. takut sakit perut sama... huhu.

0 LoveLoLLipop: