ok ini live update...
terasa sangat mengantok sebab semalam berjaga tengok World*Cup Belanda vs Uruguay.. and seperti yang dijangka, Netherland a.k.a Belanda menang.
mula2 actually aku dah tido dah dalam pukul 10 macam tu... then memang ada set alarm pukul 2.30... jam bunyik, aku tutup. kat hall dah dengar dah bunyi vuvuzela dari dalam tv. then pintu kena ketuk sekali. aku buat endah tak endah je...
then kena ketuk lagi sekali. macam kena gegar gitu... aku jerit "ye la yela, dah bangun dah ni"
macam kena paksa pulak pon ada. tp 4 tahun sekali punya pasal, sanggguuuppp ko! arini keja morning session ok je lagi sebab busy. so takde la rasa mengantuk. tapi bila dah masuk lepas lunch time, perut dah kenyang, keja pon tak banyak.. mula la kan... menguap lapan ploh lima kali dah!
siap dapat bayang lagi bau bantal kegemaran kat bilik, feel comforter, bau bilik suma. oh no! tak sabar nak balik! confirm tido awal lagi. dan pasti malam ni bilik aku kena gegar lagi untuk Spain vs Germany. memang match malam ni yang aku tunggu2. aku rasa kan, sapa yang menang malam ni, confirm menang World*Cup punya lah.
korang rasa macamana? sapa menang eh? baru aku tau rasanya bila worldcup datang. before this tak la terlalu obsess sangat.
ahad ni pon game pagi2 buta Isnin. macamana nak gi keja esok paginya?? dah confirm2 final mesti la tengok kat luar kat. Bukit Bintang pon dengar kata tutup jalan n ada skrin besar. takkan ku lepaskan peluang. bukan selalu katanya kan....
macam nak amek cuti je Isnin depan nih..tp takmo la... nak simpan untuk cuti konvo lagi, raya lagi. kang boss cakap aku ni asek cuti je kan..
rabak pon rabak la mata aku ni pagi Isnin nanti.!
0 LoveLoLLipop:
Post a Comment