July 27, 2010

great family...♥

yes i am... my family is the greatest for me... they love me. so do i. masa balik weekend lepas, walaupun kejap je, but i had a blast with them. hari sabtu saje mama tunaikan permintaan anak dia yang mengada-ngada ni nak makan gulai ikan masin. so dia masak la untuk aku...not for me la, for the family of course. (sorry tiada gambar)

lepas lunch je terus keluar and balik pukul 10 malam. papa keja, so kami yang perempuan2 je keluar dengan mama. Haikal adik yang lelaki pon tak ikot. dah besar kan. budak lelaki mana la nak berjalan2 sangat dengan family. dia lagi suka duduk rumah, petang keluar main bola, balik rumah balik main game. itu lagi menarik minat dia. tak macam perempuan, keluar lebih menarik.

kami pegi ke rumah kawan mama jap, then pegi jumpa adik. then pegi shopping. mama la yang paling shopping sakan. handbag baru la, home deco la, make-up la. mama bole la shopping, laki dia gaji kan.... kan gomen gaji last week.

aku nih? melopong je. tak sampai hati pulak nak mintak2 itu ini kat mama sedangkan aku dah keja and ada duit sendiri. tapi memandangkan belum gaji, diam tengok je la. beli barang2 baju2 untuk adik2 jugak. semua...aku pilih.. hihi

then bila otw balik tu, papa dah call2 tanya kat mana. sebab papa dah sampai rumah dah pon. we tapau-ed KFC. sampai rumah papa tanya.


Papa: ni Along belanja ni?

Mama: tak la... Zai la beli.. (mama bahasa kan diri mama ngan papa, Zai. her name)

Papa: macam mana ni... kita gi KL pon kena ketuk. dia balik Ipoh pon dia ketuk kita.


ketuk means macam asik kena belanja la.

erk. sentap mak ok...!! tu la papa mama datang KL time tengah bulan. lain kali datang time gaji ok. ;)


0 LoveLoLLipop: