July 13, 2010

This time for Africa...


woot woot!!!! bahang weh malam world cup ahad lepas ni... terasa macam kat africa dah ok sebab bunyi segala macam horn, trompet, vuvuzela la segala adik beradik dengannya. bising bising tapi baru dapat feel mcm kat africa kan...

aku actually dari rumah. bangun tido pukul 11. kira macam charge batery/energy siap2 la sebab tau takkan tido punya malam tu. lima jam tido cukup la. then pegi karaoke jap, then pukul 1 macam tu jalan ke Bukit*bintang.


orang ramai ke sikit tak payah tanya la k... sah sah la ramai kan.... budak2 pon ada ramai jugak. sebab macam pack, terniat jugak nak g dataran, tp si Bf msg mmber dia yang kat sana, dataran lagi la sesak plus jalan jem. cancel! stay kat BB je.


sementara nak tunggu game start tu kitorang jalan2 la dulu. berapa orang tak yah tanya la kitorang nih. ramai jugak kerabat dia ni, dia tu. campur tolak, RAMAI.

then terjumpa booth free face painting kan. apa lagi memang excited la nak buat face painting. kalo ade yang kena bayar pon memang aku nak buat jugak. sekali sekala katakan. tapi punya la tak ikhlas pompuan yang lukis2 kat muka aku tu kan sampai jadi macam kat bawah ni.


dia boleh hentam tulis H-O-L-A-N-D kat pipi aku... aku punya la ingatkan dia lukis bendera kan. dah la eja pon salah. ooo... kat mamat hensem bole kan ko lukis flag colour2, kat aku tulisan je. satu kaler plak tu. dah la tulisan tak cantik! tau la free kan, agak2 la nak rosakkan muka aku yang cantik ni. *muntah*.

terus lepas tu kena bahan2 ngan si BF. sekajap je tahan. then jumpa toilet terus cuci!!!!!



game tak start lagi dah main lawan2 tiup2 vuvuzela and horn. semangat aku bawak vuvuzela dari rumah tau.. lepas tiup confirm penat.. nasib baik ada air dari karaoke tadi. bole jugak minum.

time tengok bola tu dah la kena berdiri, bersesak lagi. siap ada yang gado2. bodoh betol! sampai rela kena pegi tangkap la budak tu. last2, rasanya organiser padamkan skrin time minit ke-40 camtu. terus potong mood.

gerak pegi tengok kat restoran lagi ok.. sikit je orang. mamak pon ada yang penuh. end up pukul 5.30 baru sampai rumah. tak tido! kalo aku tido konfem ke laut tak bangun nye g keje kan. baik aku takyah tido. bukan takyah tido. paksa tak bagi tido. ;)

**ada cerita hot time kitorang otw g BB ni. nnt aku cite next entry ok**

2 LoveLoLLipop:

bspotgurl said...

fuyyooo dasat gak penangan bola - final ni ek

MYRAspberry said...

aah ni final... dasyat kan! hehehehe