July 1, 2010

pengemis vs seposen


sekarang ni makin ramai pengemis2 mintak2 duit dari pelanggan kat kedai2 makan kan... tengah2 makan datang tepi hulur tangan mintak duit. terkejut jugak la kalo tak perasan kan...kalo ada lemah jantung, mesti lagi teruk jadinye kan...apa nak jadi la dunia sekarang nih...nak cakap tak de kerja, kerja bersepah2 siap amek pekerja asing lagi. tapi ada sesetengah golongan ni lebih suka mengemis dari keja sebab terlalu memilih kot. sebab mereka rasa mengemis ni lagi menguntungkan.

semalam aku ada hang out kat oldtown*ampang dengan my pet sis, Yanie. shes going to Bandung this weekend, so saja la nak lepak2 sebab lama tak jumpa kan. weekend ni dia tak da pulak. dalam 3 jam jugak la kami lepak, ada la dalam 7-8 orang datang mintak2 sedekah macam tu.ok not to be mean la... aku pon bukannya baik sangat. bukan aku ni jenis tak kesah dengan masyarakat, bukan nye aku ni jenis tak prihatin, tapi kalo samapai 7-8 orang datang dalam masa kurang dari 3 jam, siapa tahan kan?

nak dijadikan cerita, BF si Yanie ni langsi skit mulut dia. Piong nama dia. bila ada orang yang ala-ala buta datang dengan ada seorang perempuan pimpin tangan si buta tu datang mintak sedekah, kami diam lagi. geleng2 kepala je cakap taknak. taknak la jd biadap kan marah orang tua. bukan tak kesian, kesiaannnnnnnnn. tp aku pernah terserempak dengan orang tua macam ni, lepak kat kedai makan, tengah2 malam, mungkin lepas habis diorang mintak2 sedekah kat kedai2 makan tu la. siap bole gelak2 besar lagi. pelik kan. time mintak sedekah kau buat muka sedih.

lepas orang tua buta tu blah, ada pulak budak kecik yang aku percaya dari agensi peminta sedekah.ala, macam dalam cerita indon kat tv tu. diorang datang siap paksa2 lagi. mula2 perempuan sorang, lepas tu lelaki, lepas tu siap satu group of 4 macam tu pulak.

budak P1: kak, abang...mintak duit sikit.
me: takpe la dik... taknak taknak...
budak P1: mintak la sikit. seringgit ka, 50 sen ka, 20 sen kan...
Pi0ng: duit ni nak bagi sapa?
budak P1: mak...
Pi0ng: mak mana??
budak P1: mak kat rumah... bagila bang..seposen pon bole la...
Pi0ng: tak mau tak mau..
budak P1: alah! seposen pon kedekut!
(dalam nada jerit dan marah terus blah)

tu satu kisah... ada lagi lepas tu ha.... jangan ingat sikit.. budak2 ni kadang2 tak leh bagi muka. sebab diorang datang naik van ramai2 ok.

budak L: abang kakak mau duit...
Pi0ng: nak buat ape duit?

budak L: nak makan..
Pi0ng: rumah kat mana?
budak L: kat _____ (nama tempat ni pelik, so aku tak ingt. tp macam tak pernah dengar langsung tempat ni)
Pi0ng: datang sini naik apa?
budak L: bas..
me: mana da bas malam2 nih.
Pi0ng: eh aritu nampak naik van ada orang hantar.
budak L: mana ada...
Pi0ng: panggil polis mau???

then budak tu terus blah sambil jalan hentak2 kaki sambil mulut menyumpah seranah. nampak sangat kan diorang datang mintak2 sedekah ni ada orang hantar kan...

memang la ada yang betol2 mintak sedekah kan...tapi kalo yang bukan betol ni macamana? kalo yang sekadar tipu2 ni je macamana??

0 LoveLoLLipop: