kenapa alahai cik ketam kan??? bukan setakat ketam saje, malah ketam masak lemak campur udang dan ikan kembung goreng. bunyi macam sedap kan???
hari khamis selalunye aku akan melepet kat bilik ien tengok cite hantu tower 13 tu. die nih bawak tv, so aku yang penakut ni pon gagah jugak la nak tengok cite hantu, tapi takut nak tengok sorang2, so ien jadi mangsa.
sekali arung tengok tv, terus tido aje kat her room. hajat nye nak bangun sahur la. memang time berbuka tu dia ada cakap dekat aku, "tido bilik aku je la nok. kita sahur sama la, aku ada bawak lauk dari rumah dengan nasi jugak...banyak ni."
rezeki jangan ditolak kan.. so kitorang tido dan menunggu ke waktu sahur.. punya la lama aku rasa kitorang tido tu.. menanti2 jugak bila la nak bangun sahur ni... terasa dalam tido la kan. tetapi!!! kitorang sedar2 aje pukul 9 ok!!! terkejut mak...! jam handphone bunyik dua2 tak sedar.
hadoiyai... dengan si Napi balak si ien ni pon tak bangun utk kejutkan kitorang. melepas la nak makan masakan mak si ien ni.. dah la macam sedap jek kan. tak de rezeki nak wat camne kan. sedeyh je ai aritu tau. aku kali tak sahur memang macam lembik sket. ate sahur kan memang disunatkan. so kita sahur je la, mende senang. tak sahur tu yang jadi susah. :(
ien yang macam tak berapa rela nak gaulkan nasi + lauk utk disedekahkan
lepas meratapi naseb masing2 yang tak dapat makanan sedap tu, kami sedekahkan la nasi and lauk2 tu kat kucing. tu yang gambar kat atas ni siap gaulkan nasi dengan ikan goreng lagi. tapi ketam n udang tak bagi pon. jeles!!! ye la, orang tak dapat makan ketam, kucing plak dapat. hahaha...takde la.. takut kucing tu tercekik je kan.
0 LoveLoLLipop:
Post a Comment